Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.ham.kan] | ممهمکن

Definisi : 1. memberitahu (supaya difahami): Mingguan Malaysia difahamkan bahawa sidang penting itu akan turut mengkaji segala masalah; 2. mengecamkan (supaya difahami): lihat peta ini dan perhatikan serta fahamkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.ham.kan] | ممهمکن

Definisi : 1 mempelajari atau meneliti sungguh-sungguh supaya faham: Utk ~ puisi itu, ia terpaksa membacanya beberapa kali. 2 memberitahukan sesuatu supaya dpt difahami: Demikianlah kita difahamkan. 3 mengertikan: Ayat itu disusun dgn baik supaya tidak salah ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memahamkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
assalamualaikum.. saya nak tau apakah perbezaan antara peribahasa dan pepatah? dan nyatakan sekali contoh2 yang boleh memahamkan diri saya..Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu, atau kadangkala dikenali sebagai bidalan atau pepatah.Tatabahasa22.03.2012
SAYA NUR-INI NACHI BELAJAR BAHASA MELAYU DASAR INGIN BERTANYA TENTANG BAHASA MELAYU APAKAH MAKNA.Sila kemukakan soalan tuan dengan jelas untuk memudahkan kami membantu memahamkan permasalahan yang tuan hadapi.Makna28.10.2015
Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai untuk "corotron"? Tiada padanan yang ditemui di pangkalan data PRPM. Contoh penggunaan: Charge Corotron Maksud: Peranti yang menggunakan cas elektrik pada fotoreseptor. Mohon bantuan tuan/puan. Terima kasih.Tidak ada padanan bagi perkataan corotron dalam bahasa Melayu. Dalam hal ini puan hendaklah menghuraikan konsep peralatan tersebut bagi memahamkan pembaca.Penyemakan dan penterjemahan23.06.2015
(Tolong cari satu kesalahan ejaan dan satu imbuhan bagi setiap ayat.)1)Perpustakaan eletronik merupakan perpustakaan alternatif yang dapat menyediakan maklumat dalam program pendidkan jarak jauh.2)"Amalan Gaya Hidup Sihat" merupakan selogan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di seluruh negara ini.3)Taksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan popolasi spisis laut itu kian berada dalam keadaan yang genting.4)Balagah dalam bahasa Arab ialah bidang ilmu yang lahir untuk tujuan memahamkan kandungan al-Quran.(Tolong cari satu kesalahan ejaan dan satu imbuhan bagi setiap ayat.)

Soalan:
1)Perpustakaan eletronik merupakan perpustakaan alternatif yang dapat menyediakan maklumat dalam program pendidkan jarak jauh.

Jawapan:
1)Perpustakaan elektronik merupakan perpustakaan alternatif yang menyediakan maklumat dalam program pendidikan jarak jauh.

Soalan:
2)"Amalan Gaya Hidup Sihat" merupakan selogan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di seluruh negara ini.
Jawapan:
2)"Amalan Gaya Hidup Sihat" merupakan slogan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di negara ini.

Soalan:
3)Taksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan popolasi spisis laut itu kian berada dalam keadaan yang genting.
Jawapan:
3)Ketaksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan populasi spesies laut itu kian berada dalam keadaan yang genting.


Soalan:
4)Balagah dalam bahasa Arab ialah bidang ilmu yang lahir untuk tujuan memahamkan kandungan al-Quran.
Jawapan:
4)Balagah dalam bahasa Arab ialah bidang ilmu yang lahir untuk tujuan memahami kandungan al-Quran.

Tatabahasa17.03.2013
Asslammualaikum nama saya suhailee sohnui binti Mustofa sedang belajar bahasa Melayu asas di universiti Fatoni Thailand ingin bertanya tentang Objek bahasa linguistik dan ciri bahasa linguistik dan apakah perbezaannya. Adakah betul yang saya telah dicari.Tidak ada maklumat tentang objek bahasa linguistik dan ciri bahasa linguistik dalam pangkalan data kami. Sila rujuk buku yang berkaitan seperti Asas Linguistik dan Linguistik Umum bagi membantu tuan memahamkan tajuk ini. Jika mengambil bahan melalui Internet juga perlu merujuk guru yang bertauliah.Tatabahasa14.09.2015
Tuan, dua ayat di sebelah yang manakah betul? 1. Wit cuba mengagak peristiwa itu. 2. Wit mencuba mengagak peristiwa itu. Saya merasakan bahawa "mencuba" lebih sesuai, kerana "mencuba" bermaksud berusaha untuk mencapai maksud. Jadi, "mencuba mengagak peristiwa itu" bermaksud "berusaha untuk meneka peristiwa itu". Adakah pendirian saya betul? (Sumber: Novel Hantu Gadis Opera, lembaran 19, terbitan Syarikat Pelangi)Kata mencuba lebih sesuai dalam konteks ayat tersebut. Mengambil ayat daripada sumber karya kreatif sebagai contoh untuk memahamkan aspek tatabahasa, perlu dielak kerana sebahagian karya kreatif tidak mematuhi seratus peratus peraturan tatabahasa.Tatabahasa20.03.2015
Salam, saya ingin bertanya tentang penggunaan simpulan bahasa. Simpulan bahasa yang bakal saya berikan ini hanyalah contoh bagi bermacam-macam simpulan bahasa yang mengalami situasi yang sama. Contoh yang ingin saya nyatakan ialah 'ikat perut'. Jika 'ikat perut' dimasukkan ke dalam ayat, bolehkan menerima imbuhan? Ayat contoh: 1. Nalia terpaksa mengikat perut kerana dia ingin berjimat. 2. Nalia terpaksa ikat perut kerana dia ingin berjimat. Sila berikan penjelasan tuan/puan yang boleh memahamkan saya. Terima kasih.Simpulan bahasa boleh menerima imbuhan sekiranya menghasilkan makna yang sama. Contohnya, berpeluk tubuh, bercakap besar, berkecil hati, bertegang leher, bermurah hati dan lain-lain.Tatabahasa22.07.2013
Tuan, adakah ayat ini betul? Ayat: Narut terbayang gadis dalam kostum opera Cina yang berwarna merah. Adakah "dalam" digunakan dengan betul dalam ayat ini? Pada pengetahuan saya, "dalam" sebagai kata sendi nama bermaksud lingkungan yang tidak berjarak atau tidak beruang. Tetapi, "baju" ada ruang dan merupakan benda konkrit. Jadi, adakah kata "dalam" tidak patut digunakan dalam ayat ini? Adakah "dalam" perlu diganti dengan "di dalam"?Betul, kata sendi nama "dalam" hadir di hadapan kata nama yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Mengambil ayat daripada sumber karya kreatif sebagai contoh untuk memahamkan aspek tatabahasa, perlu dielak kerana sebahagian karya kreatif tidak mematuhi seratus peratus peraturan tatabahasa.Tatabahasa20.03.2015
Tuan, adakah ayat "Dia pernah kenal gadis itukah?" harus dibetulkan kepada "Pernah mengenal gadis itukah dia?" ? Betulkah predikat "pernah mengenal gadis itukah" perlu didepankan kerana adanya kata penegas -kah pada kata "itu"? Atau sebahagian daripada predikat sahaja yang perlu didepankan? Jika sebahagian predikat, bahagian predikat manakah yang wajar didepankan? Bolehkah bahagian "gadis itukah" sahaja yang didepankan, membentuk ayat: Gadis itukah dia pernah mengenal? Bolehkah ayat ini "Gadis itukah dia pernah mengenal" diterima, dengan pendepanan objek "gadis itukah" dan frasa kerja transitif "pernah mengenal" tiada dijudulkan? Boleh tak macam ini? (Sumber: Novel Hantu Gadis Opera, lembaran 21, terbitan Syarikat Pelangi.)

Dia pernah mengenal gadis itukah? Sila ambil contoh ayat daripada buku bahasa untuk berhujah atau memahamkan peraturan tatabahasa. Mengambil ayat daripada karya kreatif bukanlah langkah yang tepat kerana sebahagian karya kreatif tidak mematuhi seratus peratus peraturan tatabahasa. 


Tokoh20.03.2015
Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang penggunaan imbuhan dan perkataan asing. Contoh: 'bertadabbur', 'pentarjihan'. Adakah dibolehkan? Jika tidak dibenarkan dalam penulisan, bagaimana perkataan-perkataan asing tersebut harus ditulis? Adakah harus mengitalikkan hanya perkataan asing itu tanpa dicondongkan kata imbuhan itu atau bagaimana? Sekian, terima kasih.Untuk makluman tuan, kedua-dua perkataan tadabbur dan tarjih tidak ada dalam pangkalan data kami. Penggunaan kata asing dalam bahasa Melayu hendaklah mengikut konteks penggunaannya. Contohnya, jika penulisan tersebut berkaitan dengan bidang agama seperti kertas kerja yang dibentangkan dalam seminar keagamaan, penggunaan perkataan tadabbur dan tarjih (bertadabbur dan pentarjihan) diberi kelonggaran, namun ejaannya hendaklah diitalikkan. Jika penulisan tersebut tentang wacana umum, eloklah kata tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu bagi memahamkan orang awam.Ejaan05.02.2015
12

Kembali ke atas