Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.hir.kan] | مماهيرکن

Definisi : melatih seseorang supaya ce­kap, mempelajari dgn sungguh-sungguh supaya mahir: pelajar akan didedahkan pd latihan yg dapat ~ mereka dlm menghadapi peperiksaan sebenar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.hir.kan] | مماهيرکن

Definisi : mempelajari sesuatu dgn sungguh-sungguh supaya mahir; melatih diri supaya mahir: Dia ~ diri dlm bahasa Inggeris (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kami "berlatih" badminton atau kami " melatih " badminton? Manakah satu ialah jawapan yang paling betul? Apakah perbezaan " berlatih " dan " melatih"? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Kami berlatih badminton". Berlatih bermaksud "memahirkan diri", ayat "Kami berlatih badminton " bermaksud kami memahirkan diri dengan permainan badminton, manakala melatih bermaksud "mengajar atau mendidik supaya mahir", ayat "Kami melatih badminton" bermaksud kami mengajar atau mendidik badminton, jelas sekali ayat ini tidak tepat maknanya.Tatabahasa22.06.2009
maksud latihanAntara makna latihan ialah pelajaran atau didikan utk memahirkan (membiasakan), ajaran yg diterima. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna19.10.2009
Apakah perbezaan antara latihan dan kursus?Salam sejahtera,

Latihan bermaksud  pelajaran atau didikan untuk memahirkan (membiasakan), ajaran yang diterima.

Kursus bermaksud pelajaran mengenai sesuatu perkara (kepandaian, pengetahuan, dan sebagainya) yang diberikan dlm jangka masa yg agak singkat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/

Sekian, terima kasih.
Lain-lain06.04.2018
bagaimanakah peranan laman web dalam penguasaan berbahasa.Laman web memang berperanan dalam memberikan maklumat dan memudahkan pengguna mendapatkan pelbagai maklumat selain merujuk buku dan bahan bacaan. Ini bermakna bahan/maklumat yang diperoleh boleh membantu dalam menguasai atau memahirkan penguasaan berbahasa.Lain-lain14.08.2007

Kembali ke atas