Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.main.kan] | مماءينکن

Definisi : 1. melakukan sesuatu dgn suatu benda selaku bermain-main atau bersuka-suka: ~ lembing; 2. melagukan nyanyian dgn bunyi­bunyian: ~ lagu keroncong; 3. membunyikan alat bunyi-bunyian: budak itu telah pandai ~ piano; 4. menayangkan (wayang dll): filem ini pernah dimainkan tahun lepas; 5. me­lakonkan (sandiwara, drama, dll): Badan Keluarga Dewan Bahasa akan ~ drama Tamu Di Bukit Kenny esok malam; 6. me­megang peranan sbg (dlm sandiwara, drama, dll): ia ~ watak ayah dlm drama itu; ~ peranan a) berlakon sbg; b) ki mengambil bahagian dlm; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.main.kan] | مماءينکن

Definisi : 1 menggunakan sesuatu utk bermain-main atau utk bersuka-suka: ~ pedang. 2 membunyikan sesuatu alat bunyi-bunyian; membuat lagu dgn alat bunyi-bunyian: ~ gambus; Beliau telah ~ lagu Joget Pahang dgn pianonya. 3 menunjukkan lakonan atau wayang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
asid ribonukleikribonucleic acidAsid nukleik yang memainkan peranan yang penting dalam sintesis protein semua organisma hidup. Ia adalah bahan genetik bagi kebanyakan virus.Menengah Atas
asid deoksiribonukleikdeoxyribonucleic acidAsid nukleik yang memainkan peranan penting dalam juzuk utama kromosom yang membentuk bahan genetik kebanyakan organisma hidup.Menengah Atas
spesiesspeciesSekumpulan organisma yang serupa, berkongsi ciri sepunya, memainkan peranan yang sama dalam ekosistem serta boleh membiak untuk menghasilkan anak.Menengah Rendah
adenosina trifosfatadenosine triphosphateSebatian kimia yang bertenaga tinggi dan memainkan peranan yang penting dalam metabolisme.Menengah Atas
algaalgaeKumpulan mikroorganisma yang terdiri daripada satu atau berbilang sel. Kebanyakan alga terdapat dalam air dan memainkan peranan yang penting dalam siratan makanan. Contoh alga ialah Chlamydomonas, Euglena dan Spirogyra.Menengah Rendah

Kembali ke atas