Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.main.kan] | مماءينکن

Definisi : 1. melakukan sesuatu dgn suatu benda selaku bermain-main atau bersuka-suka: ~ lembing; 2. melagukan nyanyian dgn bunyi­bunyian: ~ lagu keroncong; 3. membunyikan alat bunyi-bunyian: budak itu telah pandai ~ piano; 4. menayangkan (wayang dll): filem ini pernah dimainkan tahun lepas; 5. me­lakonkan (sandiwara, drama, dll): Badan Keluarga Dewan Bahasa akan ~ drama Tamu Di Bukit Kenny esok malam; 6. me­megang peranan sbg (dlm sandiwara, drama, dll): ia ~ watak ayah dlm drama itu; ~ peranan a) berlakon sbg; b) ki mengambil bahagian dlm; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.main.kan] | مماءينکن

Definisi : 1 menggunakan sesuatu utk bermain-main atau utk bersuka-suka: ~ pedang. 2 membunyikan sesuatu alat bunyi-bunyian; membuat lagu dgn alat bunyi-bunyian: ~ gambus; Beliau telah ~ lagu Joget Pahang dgn pianonya. 3 menunjukkan lakonan atau wayang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
auffuhrungspraxis (G)auffuhrungspraxis (cara memainkan muzik lama)KesenianTiadaTiada
gramophonegramofonKomunikasiTiadaAlat untuk memainkan piring hitam. Alat ini telah dicipta oleh Emile Berliner pada tahun 1887.
playbackmain semulaKomunikasiTiadaProses memainkan semula hasil rakaman sama ada dalam bentuk audio atau visual.
gramophonegramofonPendidikanTiadaAlat untuk memainkan piring hitam.
figurantpelakon pelengkapKomunikasiTiadaPelakon yang memainkan peranan sekadar untuk melengkapi dan mengukuhkan sesuatu adegan.
play buttonpunat mainSosiologiTiadaPunat untuk memainkan pita.
central characterwatak utamaKomunikasiTiadaWatak yang memainkan peranan penting yang wujud hampir dalam kesemua adegan filem. protagonis.
supporting actorpelakon pembantuKomunikasiTiadaPelakon yang memainkan peranan yang kedua terpenting di samping pelakon utama. Contohnya, watak yang menjadi teman atau ahli keluarga pelakon utama semasa berhadapan dengan sesuatu keadaan atau peristiwa.
audioplayeralat main audioPendidikanTiadaAlat yang memainkan isyarat audio tetapi tidak boleh merakam.
axonaksonPerubatanTiadaCuaran serat neuron yang memainkan peranan penting dalam penjalaran impuls.
12345678910...

Kembali ke atas