Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.kan] | مماکن

Definisi : 1. makan (dgn lebih aktif): mereka pun duduk ~ sarapan pagi; 2. me­merlukan atau menghabiskan (waktu, belanja, dll), mengambil: ini tentulah ~ belanja lebih drpd satu ribu ringgit; pelayaran itu ~ masa selama lapan minggu; 3. merosakkan, mem­binasakan, memusnahkan: rumah itu dima-kan api; pisau itu dimakan karat; 4. memati­kan (dlm permainan catur dll): hampir dima-kannya raja saya; dimakan akal masuk akal; dimakan pakaian cocok benar padanya (pakaian); dimakan tikus bp digelapkan (di­gunakan) wang dll; dimakan tua bp telah lama hidupnya, sudah tua; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.kan] | مماکن

Definisi : = makan 1 memasukkan sesuatu ke dlm mulut serta dikunyah dan ditelan: Orang Islam diharamkan ~ daging babi. 2 menggunakan atau menghabiskan masa (wang, tenaga dll); mengambil: Pembinaan rumah itu telah ~ masa satu tahun. 3 membuat sesuatu menjadi rosak, haus dll: Mata pisaunya habis dimakan karat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.ma.kan] | مماکن

Definisi : mengunyah sesuatu dan kemudian menelannya; memasukkan sesuatu ke dlm mulut utk ditelan (dihisap, dikulum dll): Ketika saya sampai, dia sedang ~ nasi. ~ sirih; ~ ubat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Anak babi memakan siput,
     Siput bercampur batang keladi;
Kasihkan padi buangkan rumput,
     Kasihkan rumput buangkan padi.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Seperti api memakan lalang kering,
     tiada dapat dipadamkan lagi.

Bermaksud :

Marabahaya yang tak dapat ditolak.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Unta memilik bibir yang kuat yang membolehkannya memakan makanan berduri. memakan atau makan?Perkataan seperti makan, minum boleh menerima awalan me-.... Merujuk Kamus Dewan, terdapat sedikit perbezaan makna antara kata makan dengan memakan. Makan bermaksud memamah serta menelan makanan, mengunyah (menelan, melulur, menghisap, dan lain-lain) sesuatu, dan memakan bermaksud makan dengan lebih aktif. Bagi perkataan minum sama makna dan penggunaannya dengan meminum. Berdasarkan huraian tersebut ayat "Unta memiliki bibir yang kuat yang membolehkannya memakan makanan berduri. Kedua-dua memakan dan makan adalah betul bergantung pada konteks makna yang dibawa atau visual yang disertakan. Walau bagaimanapun kata makan tanpa adanya awalan me-... lebih mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa23.11.2012
Salam sejahtera tuan/puan, untuk ayat yang bagaimanakah kita harus menggunakan perkataan imbuhan 'memakan' atau 'meminum'?Sekian, terima kasih.Perkataan seperti makan, minum dan sebagainya boleh menerima awalan me-.... Merujuk Kamus Dewan  terdapat sedikit perbezaan makna antara kata makan dengan memakan. Makan bermaksud memamah serta menelan makanan, mengunyah (menelan, melulur, menghisap, dan lain-lain) sesuatu dan memakan bermaksud makan dengan lebih aktif. Bagi perkataan minum sama makna dan penggunaannya dengan meminum. Walau bagaimanapun kata makan, minum dan minta tanpa adaanya awalan me-... lebih mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa17.01.2013
Salam tuan, adakah asai sama dengan anai-anai? Mksd: 1. sj binatang kecil yg memakan kayu, bubuk: rumah papan yg telah dimakan ~; 2. lapuk (dimakan bubuk).
Menurut data kami, asai ialah  1. sejenis binatang kecil yang memakan kayu, bubuk: rumah papan yang telah dimakan ~; 2. lapuk (dimakan bubuk). Manakala anai-anai ialah serangga yang biasanya bersarang dalam tanah dan selalu merosakkan kayu atau apa-apa yang dibuat daripada kayu, Macrotermes spp. atau Odontermis spp.. Oleh itu, kedua-dua haiwan ini tidak sama sifatnya.
Makna14.08.2016
Yang manakah betul? Memakan atau makan? Meminum atau minum? Meminta atau minta? Memohon atau mohon? Betulkah keempat-empat perkataan Ono tidal memerlukan imbuhan meN-? Kenapa? Terima kasih.Keempat-empat perkataan tersebut boleh menerima awalan meN-, namun penggunaan kata tersebut tanpa awalan meN-telah melengkapkan makna kata.  Contohnya perkataan makan juga bermaksud memakan.Tatabahasa06.12.2012
Salam, terima kasih atas penjelasan tuan. Saya masih merujuk soalan saya pada 30/8 dan 2/9. Mengikut Arkib Soalan (bil. 65), soalannya: Saya memakan nasi (salah). Saya makan nasi (betul). Saya difahamkan ada beberapa perkataan dalam Bahasa Melayu tidak memerlukan imbuhan seperti kata kerja makan, minum, tidur, tinggal dsb. Harap penjelasan.Perkataan seperti makan, minum dan sebagainya boleh menerima awalan me-.... Merujuk Kamus Dewan  terdapat sedikit perbezaan makna antara kata makan dengan memakan. Makan bermaksud memamah serta menelan makanan, mengunyah (menelan, melulur, menghisap, dan lain-lain) sesuatu dan memakan bermaksud makan dengan lebih aktif. Bagi perkataan minum sama makna dan penggunaannya dengan meminum. Berdasarkan huraian tersebut ayat saya makan nasi dan saya memakan nasi kedua-duanya betul bergantung pada konteks makna yang dibawa atau visual yang disertakan. Walau bagaimanapun kata makan (saya makan nasi) tanpa adaanya awalan me-... lebih mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa05.09.2012
Tuan, Macam manakah agaknya 'pagar' memakan padi dan bolehkah pagar makan padi? Kita semua tahu yang 'pagar' itu adalah benda tidak bernyawa, anpa mulut dan sistem untuk menghazam makanan dan membuang apa-apa yang tidak di perlukan, seperti manusia atau binatang makan dan minum, menghazam apa yang di makan dan di minum dam sama ada membuang air beasr ataupun air kecil. Pagar tidak boleh buat semua itu. Burung Pegar atau Ayam Pegar (lihat gambar) adalah nama umum dari kelompok burung famili Phasianidae ordo Galliformes (pheasant), termasuk burung-burung jenis Kuau dan lain-lain. Mereka dicirikan dengan sifat dimorfisme seksual yang kuat, warna spesies jantan lebih cerah dan kaya warna serta memiliki ekor yang lebih besar dan panjang. Ukuran tubuh jantan umumnya lebih besar dari pada betina. Jantan tidak memiliki peran dalam membesarkan Burung Pegar muda. Burung Pegar umumnya memakan biji-bijian dan beberapa memakan serangga.

Saudara, seperti yang dinyatakan dalam jawapan sebelum ini mungkin ada benarnya 'Harapkan pegar, pegar makan padi' beranalogikan fakta pagar tidak boleh makan padi dan pada zaman dahulu pagar tidak memagari sawah padi. Namun sehngga kini tidak ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Wallahua'lam.

Lain-lain27.01.2012
Yang manakah betul? Memakan atau makan? Meminum atau minum? Meminta atau minta? Memohon atau mohon? Betulkah keempat-empat perkataan ini tidak memerlukan imbuhan meN-? Kenapa? Terima kasih.Keempat-empat perkataan tersebut boleh menerima awalan meN-, namun penggunaan kata tersebut tanpa awalan meN-telah melengkapkan makna kata.  Contohnya perkataan makan juga bermaksud memakan.Tatabahasa06.12.2012
Mohon pencerahan berhubung : 1. Perbezaan kata 'memerhatikan' dengan 'memperhatikan' dan cth penggunaan yang tepat. 2. penggunaan kata 'memakan', 'memakankan', dan 'makan'. Terima kasih

Jawapan 1

Mengikut takrifan Kamus Dewan Edisi Keempat memperhatikan sama maksud dengan memerhatikan.

Memperhatikan ialah kata terbitan daripada kata dasar hati dan ditambah apitan memper_kan, manakala memerhati ialah kata terbitan daripada kata dasar perhati dan ditambah awalan me_kan,dan kedua-duanya membawa makna yang sama, iaitu mengendahkan.

Penggunaan yang betul ialah “memerhatikan” yang bermaksud mempedulikan, mengendahkan, menaruh minat, mengawasi, atau menjaga. Kata “memperhatikan” tidak digunakan kerana awalan 'Memper -'  lazimnya digabungkan dengan kata nama (memper + alat = memperalat), kata adjektif (memper + besar = memperbesar), dan kata sendi (memper + oleh = memperoleh).

Contoh ayat ialah Pegawai polis sedang memerhatikan setiap pergerakan penjenayah itu semenjak minggu lepas.

 

Jawapan 2

Memakan

Perkataan memakan biasanya digunakan dalam menyampaikan maksud mengambil (contoh ayat, Proses baik pulih rumah itu memakan masa enam bulan), merosakkan, membinasakan, memusnahkan (contoh ayat, Anai-anai telah memakan tiang rumah usang itu), dan mematikan (contoph ayat, Dalam permainan dam aji, pemain yang dapat memakan lawannya yang paling banyak dinobatkan sebagai pemenang)

Memakankan

Perkataan memakankan mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat mempunyai dua maksud. Pertama, memasukkan benang pakan pada kain yang ditenun. Kedua, mengusahakan supaya sesuatu dimakan atau memakan untuk seseorang.

Makan

Perkataan makan digunakan untuk menyampaikan pelbagai maksud. Pertama, bermaksud memamah serta menelan makanan atau mengunyah sesuatu. Kedua, merujuk kepada rezeki (contoh ayat, Dia tidak dapat mencari makan hari ini kerana teksinya rosak). Ketiga, bermaksud menggunakan, menghabiskan atau memerlukan (contoh ayat, Projek membina jambatan itu makan belanja yang besar). Keempat, makan merujuk kepada melukai atau menembusi (contoh ayat, Tikaman kerisnya tidak makan). Kelima, bermaksud bekerja seperti yang dijangkakan (contoh ayat, Brek basikal itu tidak lagi makan). Keenam, bermaksud dapat masuk (contoh ayat, Paku itu hanya setengah inci masuk ke dalam papan. Ketujuh, bermaksud mengikut atau menerima (contoh ayat, Inilah jadinya kalau orang yang tidak makan nasihat). Kelapan, bermaksud menggelapi atau mengambil secara haram (contoh ayat, Pegawai perumahan itu kuat makan duit).

Makna25.02.2014
1. adakah kata kerja makan, minum, minta perkataan yang tidak boleh ditambah imbuhan me? yang mana satu betul? i)saya meminta maaf ( atau meminta maaf) atas kesalahan yang dibuat . II) Saya sedang memakan nasi( atau makan nasi) apakah beza antara minta maaf dan mohon maaf?Kata makan, minum dan minta boleh menerima awalan me-.... Merujuk Kamus Dewan kata terdapat sedikit perbezaan makna antara kata makan dengan memakan. Makan bermaksud memamah serta menelan makanan, mengunyah (menelan, melulur, menghisap, dll) sesuatu dan memakan bermaksud makan dengan lebih aktif. Bagi perkataan minum sama makna dan penggunaannya dengan meminum, begitu juga minta sama makna dan penggunaannya dengan meminta. Walau bagaimanapun kata makan, minum dan minta tanpa adaanya awalan me-... lebih mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa22.06.2011
Tuan, Minta memberi ulasan, perkataan-perkataan berikut dilihat sangat relevan dan menepati makna pada tempat pengunanya dan mudah difahami. Tepi ia masih tidak mantap status dalam kamus Melayu, antaranya: 1) (Pembaikian) rumah itu memakan masa sebulan. 2) (Perasmi) majlis ialah YB Lee. 3) DYMM Raja perempuan Kelanta (mengampuni perkenan) untuk mencemar duli melawat sekolah kita. 4) Dia ingin tahu (duduk) perkara sebenar. Terima kasih. frpd: liahhooi

Encik Lee,

Berikut dikemukakan ayat yang mengikuti tatabahasa Melayu yang betul;

   (1)  Jangkamasa membaik pulih rumah itu memakan masa sebulan. Atau; Jangkamasa pembaikan rumah itu   memakan masa sebulan.

 (Rujuk makna kata "pembaikan"; perihal (perbuatan, usaha, dsb) membaikkan atau membaiki; ~ tanah perbuatan)  

  (2)  Perasmi majlis itu ialah YB Lee. atau Majlis itu dirasmikan oleh YB Lee.

(Rujuk makna perasmi ialah orang yang merasmikan majlis ).

  (3) DYMM Raja Perempuan Kelantan perkenan untuk mencemar duli melawat sekolah kita. 

perkenan

izin (keizinan), kelulusan, kerelaan, persetujuan; ~ diraja persetujuan rasmi yg diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan, Yang Dipertua Negeri dsb.

 (4) Dia ingin tahu  akan kedudukan perkara sebenar. 

Makna kedudukan keadaan yg sebenarnya (bkn sesuatu hal dll):

Tatabahasa13.03.2009
1234

Kembali ke atas