Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.kan] | مماکن

Definisi : 1. makan (dgn lebih aktif): mereka pun duduk ~ sarapan pagi; 2. me­merlukan atau menghabiskan (waktu, belanja, dll), mengambil: ini tentulah ~ belanja lebih drpd satu ribu ringgit; pelayaran itu ~ masa selama lapan minggu; 3. merosakkan, mem­binasakan, memusnahkan: rumah itu dima-kan api; pisau itu dimakan karat; 4. memati­kan (dlm permainan catur dll): hampir dima-kannya raja saya; dimakan akal masuk akal; dimakan pakaian cocok benar padanya (pakaian); dimakan tikus bp digelapkan (di­gunakan) wang dll; dimakan tua bp telah lama hidupnya, sudah tua; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.kan] | مماکن

Definisi : = makan 1 memasukkan sesuatu ke dlm mulut serta dikunyah dan ditelan: Orang Islam diharamkan ~ daging babi. 2 menggunakan atau menghabiskan masa (wang, tenaga dll); mengambil: Pembinaan rumah itu telah ~ masa satu tahun. 3 membuat sesuatu menjadi rosak, haus dll: Mata pisaunya habis dimakan karat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.ma.kan] | مماکن

Definisi : mengunyah sesuatu dan kemudian menelannya; memasukkan sesuatu ke dlm mulut utk ditelan (dihisap, dikulum dll): Ketika saya sampai, dia sedang ~ nasi. ~ sirih; ~ ubat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Anak babi memakan siput,
     Siput bercampur batang keladi;
Kasihkan padi buangkan rumput,
     Kasihkan rumput buangkan padi.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Seperti api memakan lalang kering,
     tiada dapat dipadamkan lagi.

Bermaksud :

Marabahaya yang tak dapat ditolak.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
vegetarianvegetarianMakanan dan PemakananTeknologi MakananSeseorang yang hanya memakan hasil-hasil tumbuhan dan tidak memakan daging atau hasil-hasil haiwan atas sebab-sebab kesihatan, agama atau kemanusiaan. Terdapat juga vegetarian yang memakan beberapa haiwan seperti ikan, susu, telur, dan mentega kerana hasil-hasil ini tidak melibatkan penyembelihan.
carnivorekarnivorBiologiEkologiHaiwan yang memakan haiwan lain. Misalnya, cicak memakan serangga. Bandingkan herbivor.
monophagousmonofagusBiologiEkologiBerkaitan dengan herbivor yang memakan hanya satu spesies tumbuhan sahaja. Misalnya, ulat daun, Hipsyphya robusta yang memakan daun pokok surian wangi, Toona sureni. Bandingkan oligofagus.
planktivorousplanktivorusSains MarinTiadaOrganisma yang memakan plankton sama ada fitoplankton atau zooplankton. Planktivorus memperoleh makanan daripada pelbagai cara, sama ada yang memakan plankton secara selektif atau secara rambang. Contohnya, spesies ikan karang yang secara selektif mengutip zooplankton dari badan air. Organisma penuras ampaian seperti Bivalvia menapis sejumlah besar air dan menelan plankton secara pukal. Organisma besar seperti pari manta dan jerung paus berenang dengan mulut terbuka untuk menyaring air. Terdapat juga organisma yang mengepam air dan menapis menggunakan lembaran mukus.
herbivoreherbivorPerikananTiadaHaiwan yang memakan tumbuh-tumbuhan untuk hidup. Haiwan jenis ini mempunyai usus yang panjang. Contohnnya, ikan kaloi dan lampam jawa yang memakan fitoplankton, rumpai dan lumut.
mycotoxicosismikotoksikosisBiologiPatologiPenyakit pada manusia dan, atau haiwan akibat memakan bahan makanan yang tercemar mikotoksin tertentu. Contohnya ialah penyakit aleukia toksik saluran pencernaan (ATA) manusia akibat memakan makanan yang dijangkiti Fusarium sp.
phagocytefagositBiologiHistologi dan Sitologi1.Korpusel darah putih berbentuk seperti ameba yang memakan zarah-zarah asing, terutama sekali bakteria. 2. Sel akar yang nukleusnya bercopeng atau berlobus dan boleh memakan filamen kulat endotrof.
timid feederpemakan kumat-kamitPerikananTiadaIkan yang mempunyai tabiat memakan makanan secara perlahan-lahan dan tidak gelojoh, serta mempunyai sifat pengecut. Ikan yang mempunyai tabiat seperti ini terdiri daripada jenis herbivor yang memakan daun, rumput atau menapis makanan dari dasar yang berpasir. Ikan ini mempunyai mulut yang kecil, menyebabkannya amat sukar dipancing. Contohnya, ikan telinga gajah.
book-lousekutu bukuBiologiEntomologiSerangga berbadan lembut, bersesungut panjang bak benang, dan bersayap kecil. Serangga ini memakan pelekat buku lama yang telah kering, tetapi genus-genus lain yang serupa dengan kutu ini ditemukan di luar rumah dan memakan daun dan sebagainya.
Japanese beetlekumbang JepunBiologiEntomologiKumbang dalam famili Scarabaeidae yang biasanya terdapat di timur Asia dan merupakan serangga perosak tumbuh-tumbuhan rumput dan bijirin. Larvanya memakan bahagian akar, manakala serangga dewasa memakan daun, bunga dan buah.
12345678910...

Kembali ke atas