Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
maklum (kata kerja)
Bersinonim dengan tahu, mengerti, faham, sedar, mafhum;,
Kata Terbitan : memaklumi, memaklumkan, termaklum, makluman, pemakluman,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
(1)Tolong jelaskan apa bezanya di antara imbuhan "me...kan" dengan imbuhan "me....."? (2) Bolehkah menggunakan perkataan "melaksana" berbanding dengan "melaksanakan"? (3) Bolehkah menggunakan perkataan "memaklum kepada" berbanding "memaklumkan"? mana satu betul? (4) Perkataan "memaklumkan" sudah memadai atau "memaklumkan kepada"? (5) perkataan "berdasarkan" sudah memadai atau "berdasarkan kepada"? (6) Apa beza penggunaan di antara perkataan "ialah" dengan "merupakan"?

1. Perkataan 'memberi' dan 'memberikan' merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan 'memberi' hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala 'memberikan' hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Contoh: Abang memberi adik sebatang pensel; Pengetua memberikan nasihat kepada semua  pelajar.

2. Penggunaan yang betul ialah melaksanakan (tidak ada melaksana).

3. Penggunaan yang betul ialah memaklumkan (tidak ada memaklum). Kata memaklumkan mesti diikuti dengan objek seperti "Ia datang hendak memaklumkan hal ehwalnya" dan tidak boleh diikuti dengan kata sendi kepada. Begitu juga dengan kata bersandarkan juga tidak perlu diikuti dengan kata sendi kepada.

6. Penggunaan kata pemeri yang betul "ialah", manakala kata merupakan digunakan bagi maksud melambangkan atau menggambarkan.

Tatabahasa11.10.2011
Cikgu DBP, ayat berikut susunan yang mana betul? 1. Puan Nor Azlina memaklumkan kepada pelajar 4 Cerdas bahawa waktu balik sekolah pada hari ini telah ditangguhkan hingga 5.00 petang. 2. Puan Nor Azlina memaklumkan bahawa waktu balik sekolah pada hari ini telah ditangguhkan hingga 5.00 petang kepada pelajar 4 Cerdas. Minta penerangan tuan juga berasaskan jawapan yang diberikan oleh tuan.Struktur binaan ayat yang betul ialah "Puan Nor Azlina memaklumkan kepada pelajar 4 Cerdas bahawa waktu balik sekolah pada hari ini telah ditangguhkan hingga 5.00 petang", ayat majmuk ditandai kata kerja komplemen "bahawa".
Tatabahasa26.05.2014
Yang mana betul 1) Pengurus diminta memaklumkan Unit Pentadbiran sekiranya.. atau 2) Pengurus diminta memaklumkan kepada Unit Pentabiran sekiranya...

Puan Robiaton,

Ayat yang betul ialah 'Pengurus diminta memaklumi Unit Pentadbiran sekiranya... 

Tatabahasa06.05.2010
saya ingin bertanya dalam penulisan minit mesyuarat, apakah perkataan lain yang sesuai dgunakan selain "memaklumkan"? ini kerana saya merasakan perkataan "memaklumkan" berulang terlalu banyak dan menjadi redundant. sekian, terima kasih.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, definisi memaklumkan ialah 1. membuat maklum, men­jadikan maklum, memberitahukan, mengkha­barkan, menyatakan; 2. mengumumkan sesuatu (keputusan dll), menyatakan (perang dll), mengisytiharkan (kemerdekaan dll). Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua pula, definisi memaklumkan ialah memberitahukan; mengkhabarkan; menyatakan.

Oleh itu, sekiranya bersesuaian dengan konsep penulisan tuan, perkataan-perkataan ini boleh digunakan untuk menggantikan perkataan memaklumkan.1">

Lain-lain11.07.2019
Salam 1 Malaysia. 1. Pensyarah kursus Penterjemahan memaklumkan yang bagi Bahasa Melaysia moden sekarang perkataan 'telah' tidak digunakan lagi. Contoh: 'saham syarikat A telah jatuh 50%'. Jadi sepatutnya 'saham syarikat A jatuh 50%'. Tetapi saya lihat melalui panduan penggunaan tatabahasa yang betul yang dibentangkan di MOSTI oleh DBP, masih digunakan perkataan 'telah'. 2. Kami jugak dimaklumkan bahawa perkataan tidak digandakan. Contoh : 'projek dilaksanakan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan' ditulis sebagai 'projek dilaksanakan dengan kerjasama agensi kerajaan yang berkaitan'. Mohon panduan berkaitan perkara ini. Terima kasih.Maklumat yang disampaikan oleh penceramah tersebut lebih kepada gaya penulisan dan nilai ekonomi. Kecenderungan penulis pada masa kini tidak lagi menggunakan kata telah dan kata ganda dalam penulisan mereka.  Penulis tidak lagi menggunakan kata telah terutamanya dalam melaporkan peristiwa yang telah berlaku, seperti "Saham syarikat A jatuh sebanyak 50% ...". Begitu juga dengan penggunaan kata jamak. Penulis lebih gemar tidak mengulangi perkataan yang sememangnya diketahui umum bersifat jamak, seperti "peserta-peserta seminar" dan "negara-negara yang bersidang". Seminar dan persidangan semestinya melibatkan ramai peserta dan banyak negara. Tatabahasa22.10.2011
Salam sejahtera, saya pernah bertanyakan tentang "memaklumi". Saya ingin mendapatkan kepastian adakah kefahaman saya betul. 1. menerima surat yang memaklumi bahawa.. (dimaklumi) 2. menerima surat yang memaklumkan bahawa...(dimaklumkan) memaklumi/dimaklumi TIDAK boleh digunakan untuk merujuk "memberitahu" sebaliknya hanya membawa maksud "telah faham" Adakah tanggapan saya ini betul?Ayat yang betul "menerima surat yang memaklumkan bahawa ...", memaklumkan bermaksud membuat maklum, menjadikan maklum, memberitahukan, mengkhabarkan dan menyatakan.

Tatabahasa28.06.2018
Pohon penjelasan yang mana penggunaan yang tepat: 1) Sukacita memaklumkan bahawa... atau 2) Sukacita dimaklumkan bahawa... Sekian, terima kasih.Penggunaan yang betul ialah Sukacita dimaklumkan bahawa ...Tatabahasa18.01.2008
1. Adakah perkataan 'jarang' boleh dimaksudkan sebagai 'kadang-kadang'? 2. -menceritakan tentang/mendoakan agar dianggap salah kerana KKTransitif perlu diikuti dengan objek. Bagaimana dgn ayat seperti yg berikut: mencadangkan supaya/menyatakan bahawa/memaklumkan bahawa? 3. Bolehkan 'ia' dirujuk kepada haiwan, sedangkan tiada dinyatakan dalam Kamus Dewan, 'ia' boleh digunakan utk haiwan?

1. Perkataan jarang juga bermaksud  kadang-kadang kerana terdapat persamaan makna antara kedua-dua perkataan tersebut, iaitu tidak kerap.

2. Kata kerja transitif diikuti oleh objek, seperti dalam ayat "Dia memaklumkan bahawa murid itu telah pulang" - bahawa murid itu telah pulang merupakan objek kepada kata kerja transitif memaklumkan dan ayat bahawa murid itu telah pulang seolah-olah menjadi objek kepada kata kerja transitif itu.  Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga.   

3. Ia selain kata ganti nama diri ketiga juga kata ganti benda yang dibicarakan. Merujuk makna yang tersebut ia boleh digunakan untuk benda yang dibicarakan termasuklah binatang.

Tatabahasa11.06.2010
Tolong betulkan ayat berikut: 1. Para nelayan pantai dikehendaki mempelbagaikan cara menjerat ikan. 2. karim sedang memperbaiki basikal. 3. Aimin memaklumkan dia terlambat sampai di sekolah kerana keinggalan bas. terima kasih

1. Para nelayan pantai dikehendaki mempelbagaikan cara menangkap ikan.

2. Karim sedang membaiki basikal.

3. Aimin memaklumkan dia terlambat sampai ke sekolah kerana ketinggalan bas.

Tatabahasa03.05.2011
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera, Saya ingin bertanyakan kemusykilan berikut untuk memantapkan penguasaan dalam menyediakan minit mesyuarat yang efektif dan berkesan. 1. Saya dilantik sebagai Setiausaha Satu jawatankuasa Induk peringkat Bahagian dan dalam masa yang sama sebagai pencatat minit. Soalan : Jika mesyuarat tersebut telah membubarkan Jawatankuasa Pengelola, adakah boleh diletakkan ayat berikut : " Oleh kerana tiada hal-hal lain, Pengerusi memaklumkan kepada Majlis Mesyuarat, Jawatankuasa Pengelola Majlis Ibadah Qurban Perdana 2015 dibubarkan dengan rasminya. " Mesyuarat ditamatkan pada jam 12.00 tengah hari ATAU Pengerusi memaklumkan kepada Majlis Mesyuarat, Jawatankuasa Pengelola Majlis Ibadah Qurban Perdana 2015 dibubarkan dengan rasminya. " Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari * Mohon pencerahan Terima kasih.Pengerusi memaklumkan kepada Majlis Mesyuarat, Jawatankuasa Pengelola Majlis Ibadah Qurban Perdana 2015 dibubarkan dengan rasminya. Mesyuarat ditamatkan pada pukul 12.00 tengah hari.Tatabahasa07.10.2015
1234

Kembali ke atas