Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
maklum (kata kerja)
Bersinonim dengan tahu, mengerti, faham, sedar, mafhum;,
Kata Terbitan : memaklumi, memaklumkan, termaklum, makluman, pemakluman,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
maklum1. sudah tahu, sudah mengerti, faham, mengerti, mengetahui: kamu semua sudah sedia ~ bahawa perjumpaan ini adalah yg terakhir utk tahun ini; 2. = maklumlah tahu sahajalah, sudah barang tentu, tentu sudah tahu: ~ aku ini orang miskin; ~ balas maklumat yg diterima kembali sbg menjawab pertanyaan (soal selidik dsb atau sbg reaksi dsb sesuatu tindakan (kegiatan, keputusan, dsb); memaklumi memahami, mengetahui: aku harap kamu semua telah ~ perkara ini; memaklumkan 1. membuat maklum, men­jadikan maklum, memberitahukan, mengkha­barkan, menyatakan: ia datang hendak ~ hal ehwalnya; dipermaklumkannya yg ia hendak membalas kematian isterinya itu; 2. mengumumkan sesuatu (keputusan dll), menyatakan (perang dll), mengisytiharkan (kemerdekaan dll): mereka ~ perang dgn Belanda; termaklum sudah dimaklumi, sudah dike­tahui;makluman apa-apa yg dimaklumkan, pem­beritahuan;pemakluman pengumuman, pengisytiharan,penyataan;pemaklum orang yg memaklumkan sesuatu,orang yg memberikan makluman.Kamus Dewan Edisi Keempat
memaklumkan1. membuat maklum, men­jadikan maklum, memberitahukan, mengkha­barkan, menyatakan: ia datang hendak ~ hal ehwalnya; dipermaklumkannya yg ia hendak membalas kematian isterinya itu; 2. mengumumkan sesuatu (keputusan dll), menyatakan (perang dll), mengisytiharkan (kemerdekaan dll): mereka ~ perang dgn Belanda;Kamus Dewan Edisi Keempat
beritahu; memberitahu memberi khabar kpd seseorang supaya tahu, memaklumi: ia ~ tiap-tiap orang tempat penginapan masing-masing; memberitahukan memberitakan, memaklumkan: ia tidak ~ hal ini kpd sesiapa pun;pemberitahuan 1. perihal memberitahukan, perbuatan (tindakan dsb) memaklumkan (mengumumkan dsb); 2. maklumat, kenyataan, pengumuman: ~ mesyuarat agung Persatuan Linguistik Malaysia; pemberitahu orang yg memberitahu.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengumumkan1. memberitahu kpd orang ramai, memaklumkan, menyerantakan: beliau ~ hari ini bahawa pelajaran sains akan diadakan menerusi televisyen; 2. menyiarkan (dlm akhbar dll), menyebarkan: keputusan-keputusan lengkap peperiksaan akan di-umumkan dlm akhbar-akhbar tempatan; 3. menjadikan umum, menjadikan tersebar di merata-rata tempat, melazimkan;Kamus Dewan Edisi Keempat
pemberitahuan1. perihal memberitahukan, perbuatan (tindakan dsb) memaklumkan (mengumumkan dsb); 2. maklumat, kenyataan, pengumuman: ~ mesyuarat agung Persatuan Linguistik Malaysia;Kamus Dewan Edisi Keempat
menyatakan1 menjadikan nyata; menerangkan; menjelaskan: Dia telah ~ pendapatnya ttg perkara itu. 2 menunjukkan sesuatu sbg bukti; menandakan; membuktikan: Boleh­kah saudara mengadakan bukti utk ~ tuduhan saudara? 3 memberitahukan; memaklumkan; mengatakan: Beliau telah ~ bahawa undang-undang itu hanya utk sementara waktu saja.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyatakan1. menjadikan nyata, me­ne­rangkan, menjelaskan: di dlm buku ini ada dinyatakan dgn ringkas perihal mengubat penyakit yg biasa terjadi; 2. menampakkan, menunjukkan: Ya Tuhanku, hendaklah engkau ~ kebesaran-Mu akan hamba-Mu; 3. mem­beritahu, melaporkan, memaklumkan: Ismail berjumpa dgn pegawai tingginya utk ~ ke­tibaannya; berkali-kali ia ~ keinginannya hendak bertukar kerja;Kamus Dewan Edisi Keempat
menyatakan1 menjadikan nyata; menerangkan; menjelaskan: Dia telah ~ pendapatnya ttg perkara itu. 2 menunjukkan sesuatu sbg bukti; menandakan; membuktikan: Bolehkah saudara mengadakan bukti utk ~ tuduhan saudara? 3 memberitahukan; memaklumkan; mengatakan: Beliau telah ~ bahawa undang-undang itu hanya utk sementara waktu saja.Kamus Pelajar
beritahu; memberitahu menyebabkan seseorang mengetahui sesuatu (berita, khabar dll); memaklumkan kpd; melaporkan kpd: Dia ~ saya bahawa isterinya telah meninggal. memberitahukan menyampaikan atau melaporkan sesuatu (berita dsb): Dia ~ kemalangan jalan raya itu kpd pihak polis. pemberitahuan 1 perbuatan (hal dsb) memberitahu atau memberitahukan; pengumuman. 2 pernyataan utk memberitahu; maklumat. pemberitahu orang atau pihak yg memberitahu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
unjuk I; ~ beritahu bp memberitahu atau memaklumkan; ~ yg tidak diberikan prb berjanji akan mem-berikan sesuatu tetapi hanya tinggal janji sahaja; mengunjuk 1. mengangkat serta menghulur-kan tangan (ke atas atau ke hadapan), meng-unjurkan tangan; 2. memberi kpd (seseorang) dgn tangan: “Ini surat drpd abang,” Samad ~; mengunjukkan 1. mengangkatkan tangan ke atas (ke hadapan), menghulurkan atau mengunjurkan tangan (kpd): sampai di Brunei, Nor dikerumuni oleh kawan-kawannya, semua-nya ~ tangan bersalam dan bertegur sapa; 2. memberikan sesuatu dgn tangan yg terhulur (terunjur), menyerahkan (kpd): dia ~ sehelai kain batik kepadaku; ~ tangan; pengunjukan perihal mengunjukkan, pemberian; pengunjukan perihal mengunjukkan, pemberian; sepengunjuk = ~ tangan setinggi orang berdiri dgn menghulurkan tangan ke atas.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas