Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mak.si.mum.kan] | ممکسيمومکن

Definisi : menjadikan sebanyak­banyaknya (setinggi-tingginya): ~ penge-luaran kelapa sawit; ~ kadar pertumbuhan ekonomi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mak.si.mum.kan] | ممکسيمومکن

Definisi : menjadikan maksimum: Usaha utk ~ keluaran telah dijalankan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memaksimumkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
goals of the firmmatlamat firmaEkonomiTiadaApa yang cuba dicapai oleh sesebuah firma sama ada dalam jangka pendek atau jangka panjang, seperti memaksimumkan keuntungan, menawan pasaran, memaksimumkan jualan, dan memberi khidmat masyarakat.
business modelmodel perniagaanPengurusanPerancanganCara atau pendekatan yang diambil oleh perancang perniagaan untuk memaksimumkan jualan atau pendapatan, dan memastikan keuntungan organisasi. Pendekatan memaksimumkan jualan lazimnya ditentukan melalui faktor harga jualan. Contohnya, ketika permintaan tinggi, pendekatan menaikkan harga akan dilakukan, manakala ketika persaingan sengit, harga akan diturunkan untuk menarik ramai pelanggan berbanding dengan pesaing. Hasil jualan yang tinggi akan dikaitkan dengan untung kasar yang meningkat. Contoh model perniagaan lain ialah pendekatan kawalan kos. Model pendekatan ini adalah untuk memastikan keuntungan diperoleh melalui kecekapan operasi melalui penggunaan sumber yang optimum.
assumptionandaianEkonomiTiadaPernyataan yang dianggap benar dan dijadikan asas pembinaan teori. Misalnya, pembinaan teori pasaran berasaskan andaian bahawa pengguna dan pengeluar berkelakuan rasional. Pengguna diandaikan memaksimumkan utiliti, manakala pengeluar diandaikan memaksimumkan keuntungan. Kese- luruhan teori ekonomi teori ekonomi menggunakan andaian ceteris paribus, iaitu hal-hal lain tidak berubah.
maximizememaksimumkanMatematikTiadaTiada
biotransformationbiotransformasiHerbaFitokimiaKaedah untuk memaksimumkan kepelbagaian sesuatu sebatian dengan menggunakan sistem biologi seperti haiwan, tumbuhan, mikrob, sel penuh atau enzim yang terpisah untuk mengubah suai sesuatu sebatian. Contohnya, biotransformasi menggunakan mikrob melibatkan pengeraman sebatian yang hendak diubah suai dengan satu atau lebih kultur mikrob. Melalui cara ini, enzim dalam organisma tersebut boleh bertindak balas dengan sebatian untuk menghasilkan sebatian yang terubah suai.
maximization problemmasalah pemaksimumanPentadbiranTiadaMasalah yang memaksimumkan fungsi objektif.
hypermilingpenjimatan bahan apiPengangkutanTiadaCara untuk memaksimumkan penjimatan bahan api sebuah kenderaan bermotor, terutamanya melalui teknik pemanduan dan penyelenggaraan kenderaan.
maximin criterionkriteria maksiminPentadbiranTiadaKriteria keputusan yang memaksimumkan ganjaran minimum bagi pelbagai keputusan.
maximax criterionkriteria maksimaksPentadbiranTiadaKriteria keputusan yang memaksimumkan ganjaran maksimum bagi pelbagai keputusan.
integrative agreementperjanjian sepaduPentadbiranTiadaPerjanjian antara perunding yang memaksimumkan keputusan bersama daripada semua pihak.
1234

Kembali ke atas