Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma/.sud.kan] | ممقصودکن

Definisi : 1. menghendaki, meminta: dialah yg dimaksudkan hadir dlm seminar itu; 2. memberi erti yg sebenar, (hendak) menyampaikan atau menyatakan (sbg mak­sud): Ali masih samar-samar tentang apa yg dimaksudkan oleh perempuan tua itu; apabila ia menerangkan tentang pendekatan struktur, ia ~ pendekatan formalistik juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma/.sud.kan] | ممقصودکن

Definisi : 1 menjadikan sbg tujuan sesuatu perbincangan dll; menghendaki: Saudaralah yg saya maksudkan. 2 menjadikan sbg maksud atau erti yg sebenarnya: Apakah yg dimaksudkan oleh ayat ini? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maksud (kata nama)
1. Bersinonim dengan tujuan: hajat, hasrat, niat, motif, matlamat, objektif, keinginan, kemahuan, kehendak, murad, kasad, anju, hujung,

2. Bersinonim dengan makna: erti, maksud, pengertian, takrif, definisi, denotasi, konotasi, tafsiran, takbir, takwil,

Kata Terbitan : bermaksud, memaksudkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Apakah perbezaan dari segi ejaan dan makna ( antara – mengujudkan dengan mewujudkan ) 2) ejaan ( mengujudkan ) mengapa tidak dieja ( mengwujudkan sepertimana ejaan mewujudkan.) Rusli Kamaruddin Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. 18FEB2009

Dua perkataan tersebut berbeza maknanya:

1. mengujudkan - memaksudkan, menghendaki.

Asalnya daripada kata dasar ujud yang bermaksud: yg dikehendaki, maksud, tujuan.

2. mewujudkan - 1. menjadikan berwujud (berbentuk, berupa, dll), mengadakan: kadang-kadang amanah diwujudkan melalui perjanjian secara lisan di kalangan keluarga; 2. melaksanakan (cita-cita dll); 3. menerangkan (memperlihatkan) dgn benda yg nyata.

Asalnya daripada kata dasar wujud yang bermaksud: 1. ada (sesuatu), sedia ada; 2. sesuatu yg ada bentuknya (dapat dilihat, dipegang, dll); 3. benda yg nyata (bukan roh dll), rupa dll yg dapat dilihat.

Makna18.02.2009
Assalamualaikum. Saya ingin bertanyakan tentang: 1. Bolehkah saya mencipta satu perkataan baru? 2. Sekiranya boleh, bagaimanakah caranya? 3. Sekiranya tidak boleh, kenapa? 4. Saya secara peribadi, beranggapan bahasa yang digunakan untuk memtafsir perkataan "future" atau dalam bahasa melayu nya "masa depan" adalah tidak sesuai. Sekiranya perkataan baru dicipta, contohnya dengan menggunakan gabungan perkataan tersebut untuk dijadikan 1 perkataan adalah lebih baik. Contohnya: 1. Era + Muka = Erka 2. Abad + Depan = Aban 3. Zaman + muka = Zuka Minta maaf sekiranya cadangan saya ini tidak kena pada caranya. Saya hanya berpendapat, sepatutnya ada satu perkataan yang boleh digunakan untuk memaksudkan "future" atau "masa depan". Saya mohon pihak tuan boleh memberikan jawapan. Sekian, Terima kasih Faisal Noorazman 0172932617Untuk makluman tuan, Bahagian Perkamusan, DBP menangani hal ehwal perakaman entri (kata atau ungkapan dalam kamus) dan penyusunan kamus. Terdapat tatacara khusus dan pedoman yang perlu dipatuhi dalam pembentukan kata baharu. Orang awam boleh memberikan maklumat dan mencadangkan kata baharu melalui menu Gerbang Kata yang boleh diakses melalui laman web PRPM. Satu aspek lagi yang tuan nyatakan ialah penterjemahan bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu. Dalam hal penterjemahan ini lazimnya perkataan bahasa Inggeris diterjemahkan kepada perkataan bahasa Melayu yang mempunyai maksud yang sama atau hampir sama. Sekiranya tiada, barulah kata baharu dicipta berdasarkan konsep makna kata tersebut dalam bahasa sasaran, iaitu bahasa Melayu. 

Lain-lain09.11.2022
Salam Saya hendak bertanya, dalam bahasa Melayu adakah perkataan adangan dan teradang? Kata dasar perkataan ini ialah adang? Apakah maksud kata adangan dan teradang? terima kasih

Mengikut Kamus Dewan, perkataan “Adang” itu sendiri mempunyai  beberapa maksud  iaitu adang-adang penyekat (yg me­misah­kan, mengasingkan, dsb): tiap-tiap meja disekat dgn satu ~; ~ pintu penyekat di muka pintu; mengadang 1. = mengadangi menahan (seseorang) drpd dapat lalu atau masuk ke sesuatu tempat (dgn mendepangkan tangan, merintangkan sesuatu, dsb), menghalang(i), menyekat: Hamid ~nya di pintu, tidak mahu memberinya masuk; 2. menyekat laluan (di jalan raya): mereka ~ jalan dgn meletakkan tong-tong kosong; sebatang pokok yg tum­bang ~ jalan dan menyebabkan banyak kenderaan terkandas; 3. menunggu dgn tujuan hendak menyergap (menyerang hendap): merancang utk ~ musuh; 4. menuju, memaksudkan, menghadapi; 5. menempuh (bahaya, kesukaran, dsb); musuh jangan diadang, selisih jangan dicari prb pertelingkahan atau perselisihan jangan­lah dicari-cari; sungguhpun kawat yg di­bentuk, ikan di laut yg diadang prb sungguh­pun nampaknya tidak ada sesuatu maksud tetapi ada juga benda yg dituju; mengadangkan menggunakan sbg adang, merentangkan (sesuatu), mendepangkan (tangan): diadangkannya lengannya; pengadangan 1. tempat utk mengadang; 2. perbuatan mengadang; pengadang 1. penghalang, perintang (di jalan dll), sekatan; 2. orang yg mengadang (menghalang atau menyekat orang lain); 3. penyamun dsb yg mengadang (menunggu dan menyerang hendap). (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Saudara yang budiman,

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkataan andang, sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari" atau sila rujuk Kamus Dewan edisi Keempat.

Tatabahasa23.10.2018

Kembali ke atas