Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.lu.kan] | ممالوکن

Definisi : 1. memberi malu, menyebab­kan malu: akibatnya nanti bukan hanya ~ tetapi juga merugikan; 2. malu kerana sesuatu (pakaian dll): tak usah dimalukan rumah buruk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.lu.kan] | ممالوکن

Definisi : menyebabkan berasa malu; memberi malu: Kelakuannya sangat-sangat ~ kami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
malu (adjektif)
Bersinonim dengan segan, aib, silu, bera, canggung, janggal, segok, meleng, kanyor, wirang;,
Kata Terbitan : malu-malu, memalukan, termalu-malu, kemaluan, pemalu,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya ada terbaca satu soalan di laman http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=akan+kan&d=10 dan saya kurang memahami jawapan yang diberikan oleh pihak DBP . Soalanya berbunyi : " Encik, Saya amat keliru dengan penggunaan perkataan 'memalukan'. Adakah munasabah perkataan 'malu', iaitu kata adjektif, tetap menjadi kata adjektif jika dibubuh imbuhan me-N...kan? Bukankah setiap perkataan apabila dibubuh imbuhan me-N...kan akan menjadi kata kerja transitif, iaitu perlu diikuti oleh objek. Justeru, manakah antara ayat-ayat berikut yang betul dan tepat dari segi tatabahasa? 1. Perbuatan Ali memalukan. 2. Perbuatan Ali amat memalukan. 3. Perbuatan Ali memalukan kami. 4. Perbuatan Ali amat memalukan kami. Sila berikan penjelasan. " Adakah KESEMUA ayat yang diberikan oleh individu itu betul dan sekiranya betul , adakah hukum " men ... an " , disusuli dengan + objek tidak hidup , itu tidak dipatuhi ? Contoh : Perbuatan Ali amat memalukan kami. (KAMI ialah objek hidup dan seharusnya ' me ... an ' perlu diikuti dengan objek tidak bernyawa , Contohnya ... Dia menghadiahkan hadiah itu kepada kami. BUKANNYA ... Dia menghadiahkan kami hadiah itu . (sepatutnya menghadiahi kami). Terima kasih & maaf kerana mengganggu. ChoyHH ( choy862003@yahoo.com)

Malu ialah kata adjektif dan apabila menerima apitan meN-...-kan (memalukan) menjadi kata kerja transitif. Walau bagaimanapun kata memalukan juga boleh berfungsi sebagai kata adjektif dan dapat didahului oleh kata penguat. Oleh itu, ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 

1. Perbuatan Ali amat memalukan - memalukan berfungsi sebagai kata adjektif dan dapat didahului oleh kata penguat; dan objek dalam ayat ini digugurkan. 

2. Perbuatan Ali memalukan kami - memalukan sebagai kata kerja transitif dan diikuti dengan objek (bernyawa).

3. Perbuatan Ali amat memalukan kami - memalukan berfungsi sebagai kata adjektif dan dapat didahului dengan kata penguat. 

Tatabahasa14.02.2011
Encik, Saya amat keliru dengan penggunaan perkataan 'memalukan'. Adakah munasabah perkataan 'malu', iaitu kata adjektif, tetap menjadi kata adjektif jika dibubuh imbuhan me-N...kan? Bukankah setiap perkataan apabila dibubuh imbuhan me-N...kan akan menjadi kata kerja transitif, iaitu perlu diikuti oleh objek. Justeru, manakah antara ayat-ayat berikut yang betul dan tepat dari segi tatabahasa? 1. Perbuatan Ali memalukan. 2. Perbuatan Ali amat memalukan. 3. Perbuatan Ali memalukan kami. 4. Perbuatan Ali amat memalukan kami. Sila berikan penjelasan. Terima kasih.

Semua contoh ayat yang saudara berikan itu betul. Perkataan malu ialah kata adjektif dan apabila menerima imbuhan me-N...kan menjadi kata kerja transitif, memalukan. Kata kerja transitif yang membawa unsur emotif lazimnya menggugurkan objek (kata ganti nama diri). Oleh itu, ayat yang saudara berikan itu betul. Ayat 1 dan 2 digugurkan objek. Ayat 3 dan 4 merupakan ayat lengkap yang tidak digugurkan objek.  Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa09.04.2009
Encik, Bolehkah perkataan 'mengalakkan' dan 'memalukan' berfungsi sebagai kata adjektif selain fungsi kedua-dua perkataan itu sebagai kata kerja transitif? Tolong berikan penjelasan. Terima kasih.

Kata tersebut boleh menjadi kata adjektif sekiranya digabungkan dengan kata penguat. Contoh: sungguh menggalakkan, amat memalukan.

Tatabahasa05.04.2009
Chit Watt Aug 5th, 7:39pm Tolonglah...kalau betul2 nak memperkasakan BM tue, janganlah asyik ubah2 ejaannya. Memalukan. Bahasa lain tak pun ubah ejaannya walaupun berbunyi pelik. BM skrg nie apa pun sy tak pasti dah . Bahasa Malaysia? Bahasa Melayu? Yang mana satu entah dah. Cikgu pun dah pening. Buat Ujian sekejap pensil, sekejap pensel...aduhai...Sistem Ejaan Rumi Baru 1972 menyelaraskan ejaan bahasa Melayu dan juga diterima pakai di Malaysia dan Brunei. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu (DBP) dan Tatabahasa Dewan. Tidak ada perubahan ejaan yang dibuat selepas adanya sistem tersebut, apa yang berlaku berkemungkinan disebabkan oleh ketidaksedaran/ketidakprihatinan pengguna terhadap sistem ejaan yang ada. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping istilah bahasa Melayu.Lain-lain05.08.2014
Pilihan yang manakah yang menggunakan imbuhan meN-...-kan yang membawa makna benefaktif? A Tingkah lakunya di majlis itu memalukan ahli keluarganya. B Nenek membelikan cucu kesayangannya motosikal baharu. C Pak Mahmud tetap dengan keputudannys untuk membesarkan rumahnya. D Semua jemaah haji itu akan menaiki kapal terbang pada pukul 2.45 petang.Ayat yang membawa makna benefaktif atau memberi manfaat ialah "Nenek membelikan cucu kesayangannya motosikal baharu."Tatabahasa17.10.2013
Salam. Apakah cadangan pihak DBP bagi terjemahan "Disgrace of Gijón" iaitu panggilan bagi sebuah perlawanan bola sepak yang disifat memalukan. Lebih maklumat boleh diperoleh di ini: https://en.wikipedia.org/wiki/Disgrace_of_Gij%C3%B3n . Terima kasih.Kami mencadangkan disgrace of Gijón diterjemahkan sebagai "keaiban Gijón". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah23.02.2022
Nasrol AJ THURS 15:06 IKLAN OLEH PIHAK JOHOR PORT - Pembantu Operasi Perlabuhan, Johor Port - Pasir Gudang. (Iklan melalui whatsapp) Wujudkan perkataan Perlabuhan ? Rasa sgt memalukan dgn kesalahan ejaan begini oleh pihak johor portTerima kasih di atas keprihatinan tuan terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul. Mohon tuan salurkan aduan beserta visual melalui e-mel mulia@dbp.gov.my untuk tindakan pihak kami. Sekian terima kasihEjaan23.03.2017
Salam... saya ingin membuat aduan berkenaan terdapat individu yang menggunakan nick kakikuDibibirmu menyalahgunakan menggunakan laman web carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu untuk tujuan jenaka yang melampau dan memalukan. Sila rujuk laman web ini http://forum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=808430 untuk melihat perkara yg saya bangkitkan ini. Sekiranya pihak DBP menganggap perkara yg dilakukan oleh individu tersebut tidak mengganggu dan menjatuhkan mertabat DBP saya memohon maaf. Terima kasihTerima kasih atas maklumat yang puan salurkan dan DBP akan menyiasat perkara ini.Lain-lain06.06.2014
perkataan taekwon-do adalah nama khas yang telh ditetapkan diseluruh dunia.. tetapi bila nak buat banner untuk kelulusan DBP perkataan taekwon-do terpakda ditukar kepada tae kwan do..... memalukan kerana perkataan taekwon-do tak sepatutnya ditukarkan ejaannya...Untuk makluman tuan, ejaan “tae kwan do” terakam dalam pangkalan data DBP sebagai pinjaman daripada sumber sekunder bahasa Inggeris Amerika, walaupun kata tersebut berasal dari Korea. Kata tersebut terakam dengan ejaan  “tae kwan do”  mengambil ketetapan ejaan bahasa Inggeris Amerika yang menggunakan ejaan “tae kwan do”.  Ke arah penyelarasan ejaan kata pinjaman daripada sumber sekunder, DBP akan memantapkan pedoman ejaan pinjaman kata asing (selain bahasa Inggeris) di samping mengambil kira pendapat pakar bidang seperti tuan. Kami mengucapkan terima kasih atas maklumat yang tuan utarakan.Ejaan04.04.2019
Sila jelaskan perbezaan perkataan "mengaibkan" dan "mempermalukan" serta contoh penggunaannya. Terima Kasih.Apitan memper-…-kan digunakan dengan kata nama dan kata kerja sahaja. Contohnya: memperjodohkan, memperlihatkan. Apitan memper-… digunakan dengan kata adjektif untuk maksud  menjadikan lebih atau bertambah. Contohnya: memperbesar (menjadikan lebih besar), memperindah (menjadi lebih indah).  Penggunaan apitan memper-…-kan dengan kata adjektif seperti memperbesarkan, memperindahkan tidak tepat.  Malu ialah kata adjektif, oleh itu penggunaan perkataan mempermalukan adalah tidak tepat. (Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga hlm. 208 – 210). Mengaibkan dan memalukan bermaksud memberi aib/malu. Contoh ayat: Kadi memberitahu perem­puan-perempuan jalang itu bahawa mereka telah mengaibkan/memalukan agama Islam.Makna09.06.2011
12

Kembali ke atas