Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.mah] | ممامه

Definisi : 1. menghancurkan makanan (dlm mulut) dgn gigi, mengunyah: Hashim ~ kacang goreng sambil memerhatikan anak-anaknya bermain; ~ biak memakan makanan kali keduanya (lembu dll); 2. ki memusnahkan, menghancurkan, menjahanamkan, merosakkan: pejabat itu musnah dimamah api; tekanan hidup yg pahit dan tempang ini ~ daging badan-nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.mah] | ممامه

Definisi : menghancurkan (makanan dll) di dlm mulut dgn gigi; mengunyah: Dia ~ gula-gula itu, bukan menghisapnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mamah
Kata Terbitan : memamah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan penggunaan antara memamah dan mengunyah? Terima kasih.Kamus Pelajar mentakrifkan memamah sebagai menghancurkan (makanan dll) di dalam mulut dengan gigi; mengunyah: Dia ~ gula-gula itu, bukan menghisapnya.

Manakala mengunyah bermaksud menghancurkan makanan dalam mulut dengan gigi (sebelum menelannya); memamah: Makanan hendaklah dikunyah lumat-lumat sebelum ditelan.

Daripada takrifan tersebut, kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang sama.
Tatabahasa17.07.2014
Anak musang ---- tangan Amran sehingga berdarah. A memamah B memagut C menggerit. 1 E lakkan membaca di tempat yang gelap supaya mata tidak cepat KABUR . 2 Cermin itu kelihatan KABUR kerana sudah lama tidak dibersihkan. 3 Soalan yang KABUR biasanya sukar dijawab oleh murid 4 Cuaca hari ini diramalkan KABUR pada sebelah petang. Pilih ayat yang menggunakan perkataan KABUR dengan betul.A.
Ketiga-tiga pilihan jawapan yang diberikan tidak sesuai. Dicadangkan: Anak musang menggigit tangan Amran sehingga berdarah.

B.
1 Elakkan membaca di tempat yang gelap supaya mata tidak cepat KABUR.
2 Cermin itu kelihatan KABUR kerana sudah lama tidak dibersihkan.
3 Soalan yang KABUR biasanya sukar dijawab oleh murid
4 Cuaca hari ini diramalkan KABUR pada sebelah petang. 
 
Untuk ayat 1 dan 2, perkataan kabur boleh digunakan. Untuk ayat 3 dan 4, tidak sesuai digunakan. Untuk ayat 3, perkataan kabur perlu ditukarkan kepada tidak jelas. Manakala untuk ayat 4, perkataan yang lebih sesuai bagi menggantikan perkataan kabur ialah mendung.
Lain-lain06.09.2015
Tuan/ Puan, Sila jelaskan ayat berikut: 1)Monyet itu _____sedikit bual epal lalu diberikan kepada anaknya. a)mengunggis b)mengerumit c)mengerip d)memamah Saya telah menyemak maksud-maksud tersebut dan dapati maksud a,b,cadalah sama.Boleh tuan/puan beritahu saya jawapan yang betul untuk soalan ini? terima kasih. 
Menurut data kami, keempat-empat jawapan tersebut betul dan sesuai bagi ayat tersebut berdasarkan kamus.
Lain-lain04.12.2016
Unta memilik bibir yang kuat yang membolehkannya memakan makanan berduri. memakan atau makan?Perkataan seperti makan, minum boleh menerima awalan me-.... Merujuk Kamus Dewan, terdapat sedikit perbezaan makna antara kata makan dengan memakan. Makan bermaksud memamah serta menelan makanan, mengunyah (menelan, melulur, menghisap, dan lain-lain) sesuatu, dan memakan bermaksud makan dengan lebih aktif. Bagi perkataan minum sama makna dan penggunaannya dengan meminum. Berdasarkan huraian tersebut ayat "Unta memiliki bibir yang kuat yang membolehkannya memakan makanan berduri. Kedua-dua memakan dan makan adalah betul bergantung pada konteks makna yang dibawa atau visual yang disertakan. Walau bagaimanapun kata makan tanpa adanya awalan me-... lebih mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa23.11.2012
Salam sejahtera tuan/puan, untuk ayat yang bagaimanakah kita harus menggunakan perkataan imbuhan 'memakan' atau 'meminum'?Sekian, terima kasih.Perkataan seperti makan, minum dan sebagainya boleh menerima awalan me-.... Merujuk Kamus Dewan  terdapat sedikit perbezaan makna antara kata makan dengan memakan. Makan bermaksud memamah serta menelan makanan, mengunyah (menelan, melulur, menghisap, dan lain-lain) sesuatu dan memakan bermaksud makan dengan lebih aktif. Bagi perkataan minum sama makna dan penggunaannya dengan meminum. Walau bagaimanapun kata makan, minum dan minta tanpa adaanya awalan me-... lebih mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa17.01.2013
Salam, terima kasih atas penjelasan tuan. Saya masih merujuk soalan saya pada 30/8 dan 2/9. Mengikut Arkib Soalan (bil. 65), soalannya: Saya memakan nasi (salah). Saya makan nasi (betul). Saya difahamkan ada beberapa perkataan dalam Bahasa Melayu tidak memerlukan imbuhan seperti kata kerja makan, minum, tidur, tinggal dsb. Harap penjelasan.Perkataan seperti makan, minum dan sebagainya boleh menerima awalan me-.... Merujuk Kamus Dewan  terdapat sedikit perbezaan makna antara kata makan dengan memakan. Makan bermaksud memamah serta menelan makanan, mengunyah (menelan, melulur, menghisap, dan lain-lain) sesuatu dan memakan bermaksud makan dengan lebih aktif. Bagi perkataan minum sama makna dan penggunaannya dengan meminum. Berdasarkan huraian tersebut ayat saya makan nasi dan saya memakan nasi kedua-duanya betul bergantung pada konteks makna yang dibawa atau visual yang disertakan. Walau bagaimanapun kata makan (saya makan nasi) tanpa adaanya awalan me-... lebih mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa05.09.2012
1. adakah kata kerja makan, minum, minta perkataan yang tidak boleh ditambah imbuhan me? yang mana satu betul? i)saya meminta maaf ( atau meminta maaf) atas kesalahan yang dibuat . II) Saya sedang memakan nasi( atau makan nasi) apakah beza antara minta maaf dan mohon maaf?Kata makan, minum dan minta boleh menerima awalan me-.... Merujuk Kamus Dewan kata terdapat sedikit perbezaan makna antara kata makan dengan memakan. Makan bermaksud memamah serta menelan makanan, mengunyah (menelan, melulur, menghisap, dll) sesuatu dan memakan bermaksud makan dengan lebih aktif. Bagi perkataan minum sama makna dan penggunaannya dengan meminum, begitu juga minta sama makna dan penggunaannya dengan meminta. Walau bagaimanapun kata makan, minum dan minta tanpa adaanya awalan me-... lebih mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa22.06.2011
Mohon pencerahan berhubung : 1. Perbezaan kata 'memerhatikan' dengan 'memperhatikan' dan cth penggunaan yang tepat. 2. penggunaan kata 'memakan', 'memakankan', dan 'makan'. Terima kasih

Jawapan 1

Mengikut takrifan Kamus Dewan Edisi Keempat memperhatikan sama maksud dengan memerhatikan.

Memperhatikan ialah kata terbitan daripada kata dasar hati dan ditambah apitan memper_kan, manakala memerhati ialah kata terbitan daripada kata dasar perhati dan ditambah awalan me_kan,dan kedua-duanya membawa makna yang sama, iaitu mengendahkan.

Penggunaan yang betul ialah “memerhatikan” yang bermaksud mempedulikan, mengendahkan, menaruh minat, mengawasi, atau menjaga. Kata “memperhatikan” tidak digunakan kerana awalan 'Memper -'  lazimnya digabungkan dengan kata nama (memper + alat = memperalat), kata adjektif (memper + besar = memperbesar), dan kata sendi (memper + oleh = memperoleh).

Contoh ayat ialah Pegawai polis sedang memerhatikan setiap pergerakan penjenayah itu semenjak minggu lepas.

 

Jawapan 2

Memakan

Perkataan memakan biasanya digunakan dalam menyampaikan maksud mengambil (contoh ayat, Proses baik pulih rumah itu memakan masa enam bulan), merosakkan, membinasakan, memusnahkan (contoh ayat, Anai-anai telah memakan tiang rumah usang itu), dan mematikan (contoph ayat, Dalam permainan dam aji, pemain yang dapat memakan lawannya yang paling banyak dinobatkan sebagai pemenang)

Memakankan

Perkataan memakankan mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat mempunyai dua maksud. Pertama, memasukkan benang pakan pada kain yang ditenun. Kedua, mengusahakan supaya sesuatu dimakan atau memakan untuk seseorang.

Makan

Perkataan makan digunakan untuk menyampaikan pelbagai maksud. Pertama, bermaksud memamah serta menelan makanan atau mengunyah sesuatu. Kedua, merujuk kepada rezeki (contoh ayat, Dia tidak dapat mencari makan hari ini kerana teksinya rosak). Ketiga, bermaksud menggunakan, menghabiskan atau memerlukan (contoh ayat, Projek membina jambatan itu makan belanja yang besar). Keempat, makan merujuk kepada melukai atau menembusi (contoh ayat, Tikaman kerisnya tidak makan). Kelima, bermaksud bekerja seperti yang dijangkakan (contoh ayat, Brek basikal itu tidak lagi makan). Keenam, bermaksud dapat masuk (contoh ayat, Paku itu hanya setengah inci masuk ke dalam papan. Ketujuh, bermaksud mengikut atau menerima (contoh ayat, Inilah jadinya kalau orang yang tidak makan nasihat). Kelapan, bermaksud menggelapi atau mengambil secara haram (contoh ayat, Pegawai perumahan itu kuat makan duit).

Makna25.02.2014

Kembali ke atas