Abominable Snowman dikenali juga sebagai
Yeti , ialah sejenis makhluk yang dikatakan pernah
menghuni di Gunung Everest dan beberapa gunung
lain di Banjaran Himalaya di Asia. Makhluk seperti
ini juga dilaporkan ada ditemui di kawasan terpencil
di China, Siberia, dan tempat lain di Asia. Mengikut
legenda, Abominable Snowman, ialah seekor
haiwan berbulu tebal, bertubuh seperti monyet
besar, dan menyerupai manusia. Ia mempunyai
lengan yang panjang hingga ke lutut, dan berjalan
tegak dengan kaki yang besar. Legenda juga
menceritakan bahawa Abominable Snowman
kadang-kadang turun dari gunung dan menyerang
penduduk kampung. Nama Abominable Snowman
mungkin berasal dari terjemahan metoh kangmi,
iaitu nama bagi makhluk ini dalam bahasa Tibet.
Nama Yeti pula berasal daripada bahasa kaum
Sherpa dari Nepal. Mungkin nama yang diberikan
ini dikaitkan dengan haiwan memamah segala-galanya
dan mungkin juga merujuk kepada raksasa
gunung dan bukannya makhluk sebenar.