Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memandang;

Puisi
 

Saya tidak memandang bulan,
     Mari selindung sebalik tabir;
Saya tidak memandang tuan,
     Hati beramuk bagai nak hancur.


Lihat selanjutnya...(43)
Peribahasa

Ingin hati memandang (= melihat) pulau,
     sampan ada pengayuh tidak.

Bermaksud :

Ingin hendak berbuat sesuatu pekerjaan, tetapi alatnya tidak cukup.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera 1. Memandang ringan terhadap sesuatu isu 2. Memandang rendah terhadap sesuatu isu Dengan rujukan di atas, adakah kedua -dua ayat membawa maksud yang sama ? Terima kasih

Kedua-dua ayat tersebut membawa maksud yang berbeza

Memandang ringan – memandang remeh

Memandang rendah – menganggap seseorang atau sesuatu hina dan tidak setanding dengan yang lain.

(Sumber: Kamus Dewan Perdana)

Lain-lain01.09.2022
Tuan, frasa manakah yang betul: "memandang rendah rakan pasukan mereka" atau "memandang rendah TERHADAP rakan pasukan mereka"? Diperlukah kata sendi nama "terhadap", sedang kata "memandang" kata kerja transitif yang diikut lantas oleh objek "rakan pasukan mereka"?Frasa yang betul ialah "memandang rendah terhadap rakan pasukan mereka". Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 281, ayat contoh 329.Tatabahasa04.09.2015
KIta tidak boleh memandang (senang) perkara penting itu. Nak tanya perkataan senang yang digunakan di ayat atas adalah betul atau tidak? Kalau tidak betul, nak macam mana menggunakan perkataan senang ini di atas ayat tersebut? Terima kasih.Walaupun perkataan "senang" bersinonim dengan "mudah" tetapi dalamĀ kalangan masyarakat kita tidakĀ mengungkapkan frasa "memandang senang" melainkan "memandang mudah" atau "memandang ringan".Tatabahasa10.10.2012
Apakah perbezaan di antara perkataan memperhatikan dengan perkataan memerhatikan ?Memerhatikan bermaksud memandang dan memperhatikan bermaksud memandang dengan teliti.Makna29.07.2014
Beza antara perkataan 'melihat' dan 'memandang'.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, melihat bermaksud 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn menggunakan mata: mereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~ orang sakit; ~ bulan datang haid. Memandang pula ditakrifkan sebagai 1. menggunakan mata utk mengetahui, melihat seraya mengendahkan, memperhatikan, mengamati: dipandangnya bangunan yg tiga tingkat itu; segala perempuan yg ~ itu semuanya tertawa gelak-gelak; 2. menganggap: Wan Derus dipandang sbg seorang ketua; 3. memikirkan, mempedulikan, memerhatikan: keadilan tidak ~ pangkat atau harta; 4. menghormati, menghargai: ia dipandang orang di kampung itu; ~ berat menganggap sesuatu bukan sbg perkara kecil atau tidak penting, memberikan perhatian dgn penuh kesungguhan; ~ enteng (gampang, mudah, ringan, sepi) menganggap enteng (gampang dll), menganggap tidak penting; ~ hina (rendah) a) menganggap hina (rendah); b) menghinakan (merendahkan); ~ jauh (ke hadapan) memberikan perhatian kpd atau memperhitungkan perkembangan (kepentingan dsb) jangka panjang; ~ kpd mengambil kira akan, memperhitungkan, memikirkan; ~ serong menganggap tidak jujur, tidak mempercayai.Istilah03.12.2009
"Kepada" digunakan di hadapan frasa nama. Boleh tak kalau kita tulis contohnya, "Azim memandang kepada Nuha"?

Ayat “Azim memandang kepada Nuha” boleh digunakan ataupun contoh yang lain seperti “Azim memandang Nuha” juga boleh digunakan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 421-422.

Tatabahasa05.03.2024
Tuan, saya berpendapat bahawa frasa yang betul "mengambil soal tatabahasa berat", bukan "mengambil berat soal tatabahasa" dan "mengambil berat tentang soal tatabahasa". Begitulah juga halnya dengan "memandang usaha pemantapan sistem bahasa remeh" yang saya anggap betul dan "memandang remeh usaha pemantapan sistem bahasa" dan "memandang remeh kepada usaha pemantapan sistem bahasa" saya salahkan. Sila tatap WordPad saya untuk memahami kewarasan dan peraturan bahasa Melayu yang saya patuhi. Wordpad ini berisi pertanyaan saya kepada Dr. Awang Sariyan, tetapi oleh sebab saya perlu akan keahlian kebahasaan tuan, saya juga menghantar tulisan soal ini kepada tuan.Ambil berat ialah kata majmuk yang bermaksud peduli. Frasa yang betul ialah "mengambil berat soal tatabahasa". Begitu juga dengan frasa "memandang remeh usaha pemantapan sistem bahasa", betul.Tatabahasa16.12.2016
Encik, Adakah penggunaan perkataan 'memandang' dalam ayat yang berikut betul? * Banyak orang sedang memandang kemalangan yang ngeri itu. Jika salah, apakah perkataan yang sesuai digunakan? Terima kasih.Dalam ayat yang diberikan, perkataan yang lebih sesuai ialah "menyaksikan".Tatabahasa16.12.2009
Ejaan frasa manakah yang betul? ...pihak Syarikat memandang berat berhubung sikap anda... Atau ...pihak syarikat memandang berat berhubung sikap anda...Ejaan yang tepat ialah "syarikat" kerana perkataan tersebut merupakan kata nama am yang tidak perlu dieja dengan huruf besar, kecuali jika hadir di hadapan ayat.Ejaan29.06.2017
Encik, Mengapakah soalan yang saya kemukakan kepada pihak DBP tidak mendapat jawapan yang konkrit? Misalnya dua soalan saya yang terakhir: Encik, Adakah penggunaan perkataan 'memandang' dalam ayat yang berikut betul? * Banyak orang sedang memandang kemalangan yang ngeri itu. Jika salah, apakah perkataan yang sesuai digunakan? Terima kasih. Dalam ayat yang diberikan, perkataan yang lebih sesuai ialah "menyaksikan". (Pihak encik tidak menjawab sama ada penggunaan 'memandang' dalam ayat saya betul atau sebaliknya) Dalam soalan terakhir saya, pihak encik memberikan maksud 'stayback' ialah berada. Bukankah perkataan 'stay' barulah bermaksud berada. Terima kasih.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, memandang mempunyai 4 takrifan, iaitu :

1. menggunakan mata utk mengetahui, melihat seraya mengendahkan, memperhatikan, mengamati: dipandangnya bangunan yg tiga tingkat itu; segala perempuan yg ~ itu semuanya tertawa gelak-gelak;

2. menganggap: Wan Derus dipandang sbg seorang ketua;

3. memikirkan, mempedulikan, memerhatikan: keadilan tidak ~ pangkat atau harta;

4. menghormati, menghargai: ia dipandang orang di kampung itu; ~ berat menganggap sesuatu bukan sbg perkara kecil atau tidak penting, memberikan perhatian dgn penuh kesungguhan; ~ enteng (gampang, mudah, ringan, sepi) menganggap enteng (gampang dll), menganggap tidak penting; ~ hina (rendah) a) menganggap hina (rendah); b) menghinakan (merendahkan); ~ jauh (ke hadapan) memberikan perhatian kpd atau memperhitungkan perkembangan (kepentingan dsb) jangka panjang; ~ kpd mengambil kira akan, memperhitungkan, memikirkan; ~ serong menganggap tidak jujur, tidak mempercayai.

Berdasarkan contoh ayat yang saudara berikan, perkataan yang tepat dan sesuai  ialah menyaksikan kerana maksud menyaksikan ialah 1. melihat (menghadiri dll) sbg saksi, melihat (menghadiri dll) sendiri: mereka berkahwin dgn disaksikan oleh ibu bapa mereka; 2. melihat (sendiri): orang yg datang utk ~ permainan itu makin bertambah; konsep inilah yg telah diterapkan, dan akibatnya masih dapat disaksikan hingga ke masa kini.  

Untuk makluman saudara, sesuatu perkataan yang hendak digunakan perlu juga melihat bidang dan konteks ayat . Begitu juga  dengan perkataan stay back, padanan yang sesuai untuk contoh ayat yang saudara berikan ialah berada. Stay mempunyai pelbagai maksud. Sila rujuk Kamus Inggeris-Melayu Dewan untuk maklumat lanjut.   

Tatabahasa15.01.2010
12345

Kembali ke atas