Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.man.dang.kan] | ممندڠکن

Definisi : memikirkan, (apabila) mempertimbangkan atau memperhitungkan: ~ pengalaman puan selama ini, saya dgn sukacitanya melantik puan sbg ahli jawatankuasa Kongres Cendekiawan Melayu III; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.man.dang.kan] | ممندڠکن

Definisi : membuat pertimbangan berdasarkan sesuatu: ~ kemahiran dan pengalamannya yg luas, beliau dilantik sbg pengurus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
data mining algorithmalgoritma perlombongan dataTeknologi MaklumatPerisianAlgoritma yang berfungsi untuk mengeluarkan pola terlindung daripada data. Memandangkan arah aliran jumlah data yang bertambah dua kali ganda pada setiap tiga tahun, maka semakin banyak data yang akan dikumpulkan. Oleh itu, perlombongan data menjadi semakin penting untuk menukar data kepada maklumat. Algoritma ini biasanya digunakan secara meluas dalam amalan pemprofilan seperti pemasaran, pengesanan penipuan dan penemuan saintifik. Perlombongan data boleh diaplikasikan terhadap set data dalam sebarang saiz.
alkaline waterair beralkaliBiologiEkologiAir yang pHnya melebihi 7. Penentuan kealkalian air sangat penting dalam kajian ekologi memandangkan taburan dan kelimpahan sesuatu spesies bergantung pada kealkalian. Misalnya, siput biasanya melimpah di kawasan yang kealkaliannya tinggi.
gastric emptying ratekadar pengosongan gastrikFarmasiFarmaseutikKadar pergerakan sesuatu drug berserta kandungan usus meninggalkan perut dan memasuki duodenum. Memandangkan kebanyakan drug diserap secara optimum di dalam duodenum, maka masa mula tindakan drug bergantung kepada kadar pengosongan gastrik. Kadar ini bergantung pada beberapa faktor seperti kandungan perut, kadar laparan, tekanan emosi, sifat drug dan kedudukan tubuh.
major partyparti utamaSains PolitikPolitik PerbandinganParti politik yang memiliki sokongan yang besar dan berjaya menguasai kerajaan setiap kali pilihan raya diadakan. Sokongan yang besar ini memudahkannya melaksanakan dasar menurut perancangan parti memandangkan ia mendominasi keputusan dewan serta dapat berkuasa dalam jangka masa yang panjang. Parti ini juga jarang mengalami kekalahan dalam pilihan raya, tetapi sekiranya tewas ia akan menjadi pembangkang yang sangat kuat dan menyukarkan pemerintahan parti lain. Contoh parti utama ialah Barisan Nasional (BN) di Malaysia dan Golkar di Indonesia.
participative decision makingpembuatan keputusan libat samaPengurusanPerancanganProses pembuatan keputusan dalam pengurusan organisasi yang dilakukan dengan membenarkan dan menggalakkan pekerja untuk turut serta, melalui perkongsian pendapat dan idea. Keputusan yang dicapai melalui proses ini dianggap lebih berkualiti memandangkan pekerja merupakan sumber sebenar untuk memahami operasi organisasi. Pembuatan keputusan libat sama boleh diguna pakai oleh organisasi untuk memupuk hubungan kerja yang baik, meningkatkan kepuasan kerja dan seterusnya menyumbang kepada iltizam yang tinggi dalam kalangan pekerja.
governanceKepemerintahanSains PolitikPolitik PerbandinganSifat pemerintahan sesebuah negara atau pertubuhan tertentu yang bersifat terpusat, terbuka, terkawaI, Ionggar, red tape (sarat dengan birokrasi) atau terpencar. Pembentukan sifat ini ditentukan oleh kerajaan yang memerintah dan perubahan kerajaan boleh membawa kepada bentuk kepemerintahan yang berbeza. Contohnya, sifat kepemerintahan Singapura selalu disebut bersifat negara �polis� memandangkan peraturan ketat dan kawalan yang rapi dilaksanakan oleh pemerintahnya. Sinonim tadbir urus.
disk mirroringpencerminan cakeraTeknologi MaklumatPerisianProses pereplikaan cakera logik kepada beberapa salinan cakera keras fizikal dalam masa nyata untuk memastikan kewujudannya yang berterusan. Dalam konteks rancangan pemulihan bencana, pencerminan data pada jarak yang jauh merujuk kepada penduaan storan. Penduaan ini boleh dilakukan sama ada secara sinkroni, tidak sinkroni, separa sinkroni atau masa nyata. Memandangkan cakera merupakan salah satu komponen ketidakbolehpercayaan bagi sistem komputer, maka teknik pencerminan ini membenarkan satu sistem mengekalkan salinan data agar kewujudan data ini dapat digunakan walaupun salinan asal terganggu atau rosak. Pencerminan ini boleh dilakukan di lokasi yang sama atau lokasi yang jauh. Pencerminan ini boleh dilakukan sama ada dengan menggunakan tatasusunan cakera atau melalui perisian dalam sistem pengendali itu sendiri. Sinonim pembayangan cakera.
governmental bodybadan kerajaanPentadbiranTiadaBadan pemerintahan atau komponen kerajaan yang memiliki autoriti dalam bidang tugas yang telah diperuntukkan kepadanya. Badan ini telah diberikan autoriti untuk melaksanakan dasar yang telah ditetapkan di samping menguatkuasakan arahan dan undang-undang yang telah diturunkan oleh pihak pemerintahan yang lebih tinggi. Bidang kuasa badan ini mencakupi semua aspek pentadbiran yang melibatkan keseluruhan urus tadbir yang berkaitan. Tindakan badan ini sering kali dikaitkan sebagai tindakan kerajaan memandangkan ia memiliki kuasa pelaksanaan atau pemerintahan. Contohnya, Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Pelajaran Daerah, Jabatan Polis, Jabatan Pertanian dan Pejabat Daerah.
public sectorsektor awamPentadbiranPentadbiran Awam

Bahagian perkhidmatan yang diwujudkan dan dikendalikan oleh pihak kerajaan untuk menyediakan pelbagai kemudahan dan memenuhi keperluan serta kepentingan awam. Sektor ini turut berperanan menyediakan pelbagai infrastruktur, peluang pekerjaan, kebajikan dan keselamatan dan mempermudah pelbagai urusan. Di samping itu, ia turut berperanan menguruskan pembangunan dan menjana pendapatan negara. Operasi sektor ini tidak berorientasikan keuntungan dan bertindak sebagai nadi penggerak ke arah kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Namun, memandangkan sifatnya yang besar dan kompleks serta sangat berhierarki, ia sering kali dilihat sebagai kurang cekap dan sarat dengan karenah birokrasi.

human computer interaction (HCI)interaksi manusia komputer (HCI)Teknologi MaklumatPerisianBidang yang mengkaji interaksi antara manusia dengan komputer. Bidang ini biasanya melibatkan pertindanan antara bidang seperti sains komputer, sains tingkah laku, reka bentuk dan beberapa bidang kajian lain. Interaksi antara pengguna dengan komputer berlaku dalam antara muka pengguna yang melibatkan kedua-dua perisian dan perkakasan. Memandangkan bidang ini melibatkan gabungan manusia dan mesin, maka pengetahuan yang baharu bagi menyokong kedua-dua aspek mesin dan manusia dapat dikembangkan. Dalam aspek mesin, teknik grafik komputer, sistem pengendali dan bahasa pengaturcaraan adalah relevan dalam perkembangan penyelidikan bidang ini. Dalam aspek manusia pula, teori komunikasi, grafik dan reka bentuk industri, linguistik, sains sosial, psikologi kognitif dan prestasi manusia mampu memantapkan bidang ini. HCI kadangkala dirujuk sebagai interaksi manusia mesin (MMI) atau interaksi komputer manusia (CHI).
12

Kembali ke atas