Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.man.du] | ممندو

Definisi : mencuba, menguji; ~ pakaian mencuba pakaian; ~ senjata men­cuba atau menguji senjata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.man.du] | ممندو

Definisi : 1. memimpin: dialah yg ~ angkatan sepuluh orang itu ke Pulau Tioman; 2. membawa (kereta, kapal terbang): ~ kereta dgn laju; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.man.du] | ممندو

Definisi : 1 menunjukkan jalan: Siapa yg akan ~ kita di sana nanti? 2 mengendalikan (kenderaan) supaya bergerak mengikut arah yg betul; menjalankan (kereta dll): ~ kereta dgn cermat supaya jiwa selamat. 3 berlaku sbg ketua kpd; menjadi ketua kpd sesuatu pergerakan dll; memimpin: Dialah yg ~ rakyat menentang penjajahan. 4 ki membawa ke arah yg benar; menunjukkan jalan: Agama yg dibawa oleh rasul itu diperlukan oleh manusia utk ~ dan mengawal akal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pandu
Kata Terbitan : berpandu, berpandukan, memandu, panduan, pemandu,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)Ibu memandu kereta (pergi ke) pejabat. 2)Ibu memandu kereta( ke) pejabat. Adakah kedua-dua jawapan boleh diterima? -------------------------------------------- a)Ibu memandu kereta Proton. b)Ibu memandu Proton Saga. c)Ibu memandu kereta Proton Saga. d) Ibu memandu kereta buatan Malaysia. Adakah kesemua ayat ini betul? Terima kasih.Kesemua ayat yang dinyatakan adalah betul.Tatabahasa10.10.2013
Saya ingin bertanya, penggunaan pelanjutan atau perlanjutan yang betul bagi maksud untuk melanjutkan kebenaran memandu. cth: Permohonan kelulusan perlanjutan kebenaran memandu kenderaan jabatan. @ Permohonan kelulusan pelanjutan kebenaran memandu kenderaan jabatan. Terima kasihPermohonan kelulusan pelanjutan kebenaran memandu kenderaan jabatan - pelanjutan bermaksud perihal melanjutkan (kebenaran memandu kenderaan jabatan).Tatabahasa21.03.2011
selamat pagi, saya ingin bertanya samada menunggang boleh diguna sebagai : menunggang basikal ? setahu saya, menunggang kuda, motosikal, memandu kereta, memandu lori atau membawa lori? untuk basikal, biasanya mengayuh basikal. sekian, terima kasih.Merujuk Kamus Dewan menunggang bermaksud menaiki dan duduk mengangkang di atas sesuatu  seperti basikal, kuda dan sebagainya. Oleh itu, frasa menunggang basikal adalah betul.Tatabahasa19.07.2012
Dia tidak berapa pandai memandu kereta. Dia tidak seberapa pandai memandu kereta. Ayat yang manakah betul?Ayat yang betul ialah: Dia tidak berapa pandai memandu kereta. 

Untuk maklumat lanjut berkaitan penggunaan perkataan berapa, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 267.
Tatabahasa07.02.2024
Betul atau salah penggunaan kata pemeri ialah dalam ayat di bawah. (Jawapan bagi soalan pemahaman) Punca kemalangan jalan raya ialah memandu dalam keadaan mabuk, memandu kenderaan dengan laju, dan.......Ialah dan adalah tergolong dalam kata pemeri. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya.

Punca kemalangan jalan raya memandu dalam keadaan mabuk.
Tatabahasa31.10.2012
Ayat yang manakah betul: 1. Ayah memandu kereta Proton Saga. 2. Ayah memandu Kereta Proton Saga. 3. Abang menyimpan buku di dalam beg Adidas. 4. Abang menyimpan Beg Adidas.

Ayat yang  betul ialah  1. Ayah memandu kereta Proton Saga dan  2. Abang menyimpan buku di dalam beg Adidas.



Tatabahasa08.07.2021
Selamat sejahtera Encik/ Puan, yang mana satu betul? 1. Pemandu itu memandu kenderaan di bawah had laju yang ditetapkan. 2. Pemandu itu memandu kenderaan bawah had laju yang ditetapkan. Minta pencerahan. Terima kasih.Ayat yang betul ialah Pemandu itu memandu kenderaan bawah had laju yang ditetapkan. Tatabahasa30.10.2022
Selamat sejahtera. Adakah ayat berikut betul? 1. Ini baju batik. 2. Ibu saya memandu kereta untuk membawa saya pergi ke sekolah. 3. Ayah saya memandu kereta pergi ke bekerja. 4. Datuk saya sedang menternak itik.(menternak ialah satu perbuatan yang berlaku secara berterusan, adakah perkataan 'sedang' sesuai digunakan?) Untuk menggabungkan dua ayat tunggal yang berikut, ayat tunggal: Yoyo Cina ialah permainan tradisional kaum Cina? ayat tunggal: Yoyo Cina ialah permainan tradisional kaum India? ayat majmuk: Yoyo Cina ialah permainan tradisional kaum Cina atau kaum India? atau ayat majmuk: Yoyo Cina ialah permainan tradisional kaum Cina atau India? Perkataan kaum perlu ada dalam ayat majmuk? Sekian, terima kasih1. Ini baju batik. (Betul)
 
2. Ibu saya memandu kereta untuk membawa saya pergi ke sekolah. (Betul)

3. Ayah saya memandu kereta pergi ke bekerja. (Ayah saya memandu kereta ke tempat kerja.) -Betul

4. Datuk saya sedang menternak itik. (Boleh digunakan)

5.Yoyo Cina ialah permainan tradisional kaum Cina? 
 Yoyo Cina ialah permainan tradisional kaum India? 
ayat majmuk: Yoyo Cina ialah permainan tradisional kaum Cina atau India? - Ayat ini betul. Perkataan kaum digugurkan.
Tatabahasa17.10.2012
Memandu Toyota yang bergaya pulangMemandu kereta ToyotaLain-lain23.05.2007
Apakah terjemahan yang betul bagi driving instructor? Adakah ia 'Guru Memandu'? Terima Kasih.Untuk makluman, tidak ada istilah khusus dalam pangkalan data kami untuk driving instructor. Walau bagaimanapun, istilah untuk instructor ialah jurulatih atau pengajar. Oleh itu, padanan istilah bahasa Melayu yang kami cadangkan ialah jurulatih memandu atau pengajar memandu.Istilah20.07.2011
12345

Kembali ke atas