Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.mang] | ميمڠ

Definisi : (mémang) sesungguhnya, sebenar­nya, sewajarnya, sudah sepatutnya begitu: ~ benar perkataan engkau itu; Zahar ~ selalu datang ke rumahnya; dihitung dr segi agama suaminya ~ berhak beristeri lagi; sememangnya 1. sebenarnya, sesungguh­nya: kami ~ berharap utk sehidup semati; 2. sepatutnya, sewajarnya: ia ~ harus bersuka ria dlm keadaan serupa itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.mang] | ميمڠ

Definisi : /mémang/ sudah begitu halnya; sudah tentu: ~ benar kata guru itu. sememangnya sesungguhnya; sebenarnya: Budak itu ~ nakal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
memang (kata tugas)
Bersinonim dengan sungguh, sungguh-sungguh, benar-benar, betul-betul, tentu sekali, tentu, pasti, cengki, cengli;,
Kata Terbitan : sememangnya,

Puisi
 

Tanah rencah memang rendah,
     Tinggilah gunung rendah bukit;
Saya memandang sangatlah indah,
     Tapi sudah ada penyakit.


Lihat selanjutnya...(42)
Peribahasa

Tingkalak menghadap mudik,
     lukah menghadap hilir.

Bermaksud :

Memang sudah begitu adatnya sejak dulu. tingkalak = bubu.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
authority theoryteori autoritiPentadbiranTiadaTeori yang mengandaikan bahawa pertimbangan tentang perhubungan manusia memang tiada kaitan dengan perniagaan dan kebanyakan orang memang pada kebiasaannya bergantung kepada orang lain, mementingkan diri sendiri, dan tidak mahu bekerjasama.
elitistelitisSejarahTiadaOrang yang memang tergolong atau menganggap dirinya tergolong dalam kumpulan elit.
contradictionpercanggahanMatematikTiada1. Pernyataan majmuk yang memang palsu apabila komponen pernyataan mengambil sebarang nilai kebenaran dalam logik. 2. Bukti melalui percanggahan - reductio ad absurdum.
entopicentopikPerubatanTiadaBerkaitan dengan sesuatu kejadian yang berlaku memang pada tempatnya.
natural emulsionbauran asliKesenianTiadaBahan cat yang asalnya memang dalam bentuk cecair atau bauran.
theory Yteori YPentadbiranTiadaTeori ini menganggap manusia memang rajin dan mempunyai potensi dan cita-cita dalam sesuatu pekerjaan atau tanggungjawab.
Byzantine failurekegagalan ByzantineTeknologi MaklumatTiadaKegagalan nod atau rangkaian yang memang disengajakan.
implicit metaphormetafora implisitKesusasteraanPuisiPengucapan yang mengandungi unsur-unsur bandingan yang memang tersirat sifatnya. Penggunaan metafora tersirat ini bertujuan untuk menggantikan sesuatu kata atau ungkapan yang lain bagi mencitrakan kesamaan maknanya. Sinonim metafora tersirat.
non-repudiation of deliverytiada bangkangan penghantaranTeknologi MaklumatTiadaPenghantar data diberikan bukti data dihantar memang kepada penerima yang sepatutnya.
accounting postulatedalil perakaunanPentadbiran PerniagaanTiadaRekod dan tafsir urus niaga kewangan yang tidak perlu dibuktikan kerana memang sudah nyata.
123

Kembali ke atas