Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
memang (kata tugas)
Bersinonim dengan sungguh, sungguh-sungguh, benar-benar, betul-betul, tentu sekali, tentu, pasti, cengki, cengli;,
Kata Terbitan : sememangnya,

Puisi
 

Bunga raya di atas peti,
     Bunga melur di atas batu;
Memang ada niat di hati,
     Hendak menyunting bunga yang satu.


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, antara ayat di sebelah, ayat yang manakah betul? 1. Ejaan kata bahasa Melayu Malaysia dan kata bahasa Melayu Indonesia memang ada perbezaan. 2. Ejaan kata bahasa Melayu Malaysia dengan ejaan kata bahasa Melayu Indonesia memang ada perbezaan. Dalam kedua-dua ayat yang diberikan, unsur yang berbeza ialah penggunaan kata hubung gabungan "dan" dan kata sendi nama "dengan". Kata hubung gabungan "dan" atau kata sendi nama "dengan" yang patut digunakan? Pada pendapat saya, kata sendi nama "dengan" harus digunakan, kerana Tatabahasa Dewan menyatakan tugas (d) (Tatabahasa Dewan, halaman 280) kata sendi nama "dengan" menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama. Juga boleh dinyatakan keadaan perbandingan yang tidak sama, seperti dalam ayat: 3. Tentu tidak sama emas dengan perak. Ayat (3) menunjukkan perbandingan yang tidak sama. Jadi, dalam ayat (1) dan (2) sebelum ini, kata sendi nama "dengan" harus dipakai, kerana "dengan" menyatakan perbandingan, padahal ayat (1) dan (2) membandingkan "ejaan kata bahasa Melayu Malaysia" dengan "ejaan kata bahasa Melayu Indonesia".

Ayat yang betul ialah (1) Ejaan kata bahasa Melayu Malaysia dengan kata bahasa Melayu Indonesia memang ada perbezaan. (2) Tentu tidak sama emas dengan perak.

Tatabahasa18.01.2015
apakah perbezaan di antara komsas pra dan pasca tahun 2000?

Saudara,

Memang ada perbezaan antara sebelum dan selepas pelaksanaan KOMSAS, walaupun unsur sastera telah diperkenalkan secara formal dalam mata pelajaran bahasa Melayu dari tingkatan 1 hingga 5, sejak tahun 1987, namun teks sastera tidak dijadikan komponen wajib yang perlu dipelajari oleh semua pelajar,  dan diajar dalam konteks unsur sastera yang asas sehingga keberkesanan dan pelaksanaannya tidaklah mantap seperti yang diharapkan.

Kurikulum bahasa Melayu telah disemak semula dan  seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani maka diperkenalkan  KOMSAS  bermula Mac tahun 2000, secara berperingkat-peringkat bermula tingkatan 1 dan 5 dan diwajibkan kepada semua pelajar bermula tahun 2002. Melalui KOMSAS  mata pelajaran bahasa Melayu mengandungi dua komponen, iaitu komponen bahasa dan komponen sastera. karya-karya sastera yang bermutu dan sesuai dengan tahap pembaca telah dipilih dan dijadikan teks wajib yang perlu dipelajari oleh para pelajar.  KOMSAS lebih berkesan dalam  pengajaran dan pembelajaran ilmu kesusasteraan dan diajar secara sistematik.

Pelaksanaan Kesusasteraan Melayu sebagai komponen wajib dalam mata pelajaran bahasa Malayu juga dapat memberi pendedahan kepada para pelajar tentang aspek-aspek asas dalam memahami genre sastera antaranya:

- mengenal genre cerpen, novel, drama dan prosa tradisional

- mengenal puisi moden dan puisi tradisional

- memahami istilah kesusasteraan bagi karya prosa dan puisi

- memahami binaan dan teknik plot

- menilai dan mengulas mesej, pengajaran, nilai-nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan kebudayaan

- menaakul tema dan pemikiran, mesej dan pengajaran, serta nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan

- menilai dan mengulas gaya bahasa, unsur bunyi dan nada.

 

Sastera28.05.2011
Saya sangat berminat dalam bidang penulisan, bagaimanakah caranya untuk mendapat khidhmat bimbingan daripada DBP.DBP memang ada menganjurkan bengkel penulisan. Sila hubungi Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain05.11.2007
Apa beza perkataan 'dakwaan' dengan 'pendakwaan'? Berikan makna dan contoh ayat untuk kedua-duanya sekali.Merujuk kepada Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), memang ada perbezaan antara pendakwaan dengan dakwaan, iaitu: 

pendakwaan ڤندعواءن  
n proses atau perbuatan mendakwa, mendakwai atau mendakwakan:
Pendakwaan akan dilakukan thp premis-premis yg melanggar akta tsb.tMaka perkara hutang piutang, pendakwaan dsb diputuskan menurut adat istiadat negeri.tMereka marah sekali krn pendakwaan itu tidak beralasan.

dakwaan دعواءن  
n 1 tuduhan, tuntutan, aduan dsb yg dikemukakan di mahkamah utk dibicarakan: Syarikat kenderaan
itu diputuskan tidak bersalah atas dakwaan cuai.

2 hal atau perkara yg didakwa benar oleh sso atau sst pihak: Saiful menyiasat dakwaan orang mengenai isterinya. Dakwaan bahawa terdapat banyak kesalahan dlm perjanjian itu tidak munasabah sekali.
Lain-lain09.06.2021
Salam, Saya hendak bertanya tentang perkataan "pepatung". Adakah perkataan tersebut boleh digunakan dalam buku latihan sekolah. Entri untuk perkataan ini tidak ada dalam kamus. Yang ada "sepatung" dan "sibur-sibur".Perkataan "pepatung" memang ada dalam bahasa Melayu dalam bentuk istilah.  Perkataan ini telah ditambah baik menjadi "patung-patung" untuk entri di dalam kamus. Perkataan "pepatung" boleh digunakan dan tidak salah, namun untuk lebih tepat kami cadangkan agar perkataan "patung-patung" atau "sibur-sibur" digunakan di peringkat sekolah.  Terima kasih.Istilah23.01.2018
Minta adakan sistem mencari makna dan maksud bagi setiap perkataan, maksud saya seperti kamus online ia boleh memberi kemudahan kepada saya untuk membandingkan ayat-ayat lama dengan yang baru? Terima kasih.

Puan Norsuhaida,

Terima kasih atas pandangan ini. Sebenarnya kami memang ada menyediakan khidmat seperti yang dinyatakan. Sila ke Laman Dewan Bahasa dan Pustaka - prpm.dbp.gov.my

Lain-lain30.06.2010
Adakah bahasa Melayu mempunyai padanan untuk istilah 'astral projection'? Nampaknya dalam Internet, istilah tersebut dipadankan dengan 'meraga sukma' tetapi sumbernya banyak dari Indonesia. Bolehkah dipinjam sahaja istilah meraga sukma memandangkan bahasa Indonesia dan Melayu baku akarnya sama iaitu Melayu Riau dan kata raga serta sukma memang ada dalam penggunaan penulisan serta percakapan Melayu?DBP mengambil maklum cadangan tuan bagi perkataan astral projection dalam bahasa Melayu. Pihak kami akan membincangkan terlebih dahulu sebelum menerima perkataan tersebut. Bahasa Melayu dan bahasa Indonesia berasal daripada rumpun bahasa yang sama, iaitu Austronesia. Penyemakan dan penterjemahan02.12.2018
Bagaimana kita hendak mengenal pasti panggilan hormat untuk tetamu-tetamu jemputan seperti yang berbahagia, yang berusaha, yang dihormati..dan sebagainya.Yang Berhormat ialah rujukan hormat untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat) yang kebiasaannya memang ada gelaran , Yang Berbahagia untuk jemputan yang ada gelaran kehormat seperti Tan Sri, Tan Seri, Dato', Datuk, tetapi bukan Wakil rakyat, sementara Yang Berusaha ialah rujukan kehormat untuk pengerusi majlis atau penganjur majlis. Harap maklum.Istilah22.08.2006
Antara masalah besar pelajar sains di Malaysia ini adalah untuk menulis hasil kajian dalam Bahasa Melayu. Laman web DBP tidak terkini dan tidak kemaskini untuk istilah sains yang baru dan terkini. Sebagai contohnya, apakah bahasa melayu untuk Internet-of-thing, drop-casting, reduced graphene oxide, gravitational waves, biocompatibility, dan lain-lain? Ya, memang ada option dalam pertanyaan khidmat nasihat, tetapi ianya mengambil masa juga untuk membalas dan kadang kala ianya bercelaru dengan istilah sebelumnya. Seperti istilah gravitaitonal waves yang diterjemahkan sebagai gelombang graviti. Tetapi gravity wave pula diistilahkan sebagai graviti gelombang. *Seingat saya, sewaktu saya menulis tentang gravitational waves, gelombang graviti dimiliki oleh graviti waves. Sedangkan ianya jenis gelombang. Kadangkala, kami bersama pasukan MajalahSains terpaksa memerah idea sendiri agar istilah tersebut kena dengan mantik dan logiknya. Sebagai contoh, kami menyimpulkan beza gravitational waves dan gravity waves kepada gelombang gravitasi dan gelombang graviti. Selain itu menterjemahkan Reduced Graphene Oxide kepada grafin kurang oksida, biocompatibility kepada keserasian biologi, drop casting kepada teknik salutan titisan (kerana teknik salutan ini daripada titisan), dan internet-of-thing kepada objek rangkaian internet, Diharap, DBP lebih drastik menterjemahkan istilah sains dan bidang ilmu lain yang semakin pantas dan berkembang.Untuk makluman tuan, pembentukan istilah dalam bahasa Melayu diuruskan oleh Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Dewan Bahasa dan Pustaka.  Sekiranya tuan memerlukan cadangan padanan istilah bahasa Melayu, sila kemukakan istilah tersebut kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi. Tuan juga boleh menghubungi Bahagian Peristilahan dan Leksikologi melalui talian 03-21479158/21479155 untuk mendapatkan maklumat lanjut.Istilah17.10.2016
Salam sejahtera, tuan..soalan saya ialah baru-baru ini saya ada mendengar satu pendapat yg mengatakan tiada apitan 'di- ... -kan', contohnya: dilupakan, dikecewakan. Kecuali dimakan. Sebaliknya, perkataan-perkataan itu hanya digunakan seperti 'dilupa', 'dikecewa' dll. Benarkah? Terima kasih.Apitan di-...-kan ialah bentuk pasif meN-...-kan. Bentuk apitan ini memang ada dalam tatabahasa bahasa Melayu dan segala ciri apitan ini dan maknanya tidak berubah daripada yang terkandung dalam imbuhan di- dan -kan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 202.Tatabahasa07.09.2012
12345678910...

Kembali ke atas