Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.man.suh.kan] | ممنسوخکن

Definisi : menjadikan tidak berlaku (sah dll) lagi, membatalkan, menghapuskan, meniadakan: perjanjian ini boleh diman-suhkan pd bila-bila masa pun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.man.suh.kan] | ممنسوخکن

Definisi : menjadikan tidak berlaku lagi; membatalkan: Peraturan itu telah dimansuhkan pd tahun lepas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mansuh
Kata Terbitan : memansuhkan, pemansuhan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Kosa kata manakah yang paling tepat dalam situasi ayat yang berikut? Ayat: Pihak sekolah akan membatalkan / membubarkan / memansuhkan peperiksaan Pendidikan Kesihatan pada tahun hadapan.Ayat yang tepat: Pihak sekolah akan memansuhkan peperiksaan Pendidikan Kesihatan pada tahun hadapan.  Makna23.11.2016
"saudara anjing = adik beradik satu ibu tapi berlainan bapa" DBP tidak terfikirkah untuk memansuhkan peribahasa ini dan digantikan dengan peribahasa yang lebih elok bunyinya? Ini kerana peribahasa ini memberikan implikasi negatif kepada sesiapa sahaja yang digelar sedemikian rupa. Walaupun ia dicipta oleh orang dulu-dulu namun tidak semestinya ia elok digunakan untuk zaman ini dan tidak salah untuk ia dimansuhkan.Untuk makluman, peribahasa merupakan warisan yang diwarisi sejak turun-temurun dan bukannya direka pada masa kini. Pihak DBP hanya merakamkan warisan tersebut supaya tidak pupus ditelan zaman dan kami tidak mempunyai kuasa untuk memansuhkan atau menggantikan peribahasa tersebut dengan perkataan lain walaupun bagi sesetengah pihak, peribahasa tersebut kurang sesuai digunakan.Sastera17.08.2017
Ingin mengetahui ejaan sebenar bagi yakjuj dan makjuj. Saya telah membaca di laman web(saya tak pasti)... yang mengatakan DBP telah memansuhkan penggunaan tanda koma seperti ini (') didalam perkataan. Jadi saya lihat di Wikipedia Melayu telah menggunakan perkataan Ya'juj dan Ma'juj bagi Gog dan Magog. Harap membantu saya.Ejaan perkataan tersebut dikekalkan kerana ia berada di tengah-tengah perkataan dan ia adalah bahasa Arab. Harap maklum.  Ejaan31.07.2008
salam, yang manakah lebih tepat antara "ungkai" dengan "rungkai"Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, rungkai; merungkai bermaksud menghuraikan (simpulan tali dll), membuka (bungkusan dll).
Ungkai; mengungkai bermaksud 1. menghuraiakan simpulan tali dll, mengorak, membuka (ikatan dll). 2. membuka atau menanggalkan (baju dll), membongkar (rumah), merombak 3. menganggap (menyatakan, menyebabkan) tidak berlaku atau sah, membatalkan (perjanjian dll), memansuhkan 4. mencari-cari sesuatu untuk diselidiki, membongkar-bongkar untuik menyelidiki (memeriksa dll), menggugat perkara yang sudah-sudah. Oleh itu, untuk menentukan perkataan yang tepat bergantung pada konteks penggunaan.
Makna16.02.2012
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Apakah terjemahan yang tepat untuk "cancellation" dan "revocation" bagi ayat berikut: "The card has to be returned upon cancellation, revocation or suspension by the Bank."? Terima kasih.

Kami mencadangkan perkataan “cancel” diterjemahkan sebagai “batal”, manakala “revoke” diterjemahkan sebagai “mansuh”. Terjemahan yang sesuai bagi contoh ayat yang diberikan ialah “Kad perlu dikembalikan sekiranya pihak bank telah membatalkan, memansuhkan atau menangguhkan penggunaannya”.

Istilah12.05.2020
bagaimanakah perubahan bahasa pengantar iaitu Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu?.Bahasa pengantar sistem persekolahan di Malaysia ialah bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Bahasa kebangsaan menjadi bahasa ilmu untuk pendidikan tinggi dan berperanan pula sebagai bahasa kesusasteraan, kesenian, budaya, agama, falsafah, sains dan teknologi. Walau bagaimanapun pekeliling kerajaan tentang Pelaksanaan dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang dimulakan pada tahun 2003 memberi cabaran hebat terhadap fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah. Pelaksanaan dasar ini mendapat tentang banyak pihak dan setelah beberapa proses rundingan akhirnya kerajaan bersetuju memansuhkan PPSMI bermula pada tahun 2012. Untuk makluman saudara bahasa pengantar sistem pendidikan tidak pernah berubah dan masih mengekalkan bahasa kebangsaan.  Lain-lain05.06.2011

Kembali ke atas