Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.man.suh.kan] | ممنسوخکن

Definisi : menjadikan tidak berlaku (sah dll) lagi, membatalkan, menghapuskan, meniadakan: perjanjian ini boleh diman-suhkan pd bila-bila masa pun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.man.suh.kan] | ممنسوخکن

Definisi : menjadikan tidak berlaku lagi; membatalkan: Peraturan itu telah dimansuhkan pd tahun lepas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mansuh
Kata Terbitan : memansuhkan, pemansuhan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERTUBUHAN PERDAGANGAN BEBAS EROPAH (EFTA)

Pertubuhan Perdagangan Bebas Eropah

(EFTA) ditubuhkan pada tahun 1960 bagi

membolehkan anggotanya mendalami objektif

ekonomi yang sama, khususnya melalui perdagangan

bebas dalam keluaran industri. Objektif ini dicapai

dengan memansuhkan tarif perdagangan dan

halangan teknikal terhadap perdagangan.

UMUM 
PERJANJIAN SAINT GERMAIN

Perjanjian Saint Germain. Kuasa Berikat

dalam Perang Dunia I (1914–1918) dan republik

Austria menandatangani Perjanjian St. Germain

pada 10 September 1919. 27 buah negara Berikat

dan negara gabungan menandatangani perjanjian

ini yang memansuhkan kuasa Austria. Hanya

Romania dan juga negara yang kemudiannya

dikenali sebagai Yugoslavia merupakan dua negara

Berikat yang melambat-lambatkan proses

menandatangani perjanjian ini. Kedua-dua negara

ini tidak bersetuju dengan jaminan perjanjian yang

diberikan kepada kumpulan minoriti. Setelah

beberapa bulan berlalu, barulah mereka berjaya

dipujuk untuk menandatangani dokumen ini.

Perhimpunan Kebangsaan Austria mengesahkan

perjanjian ini pada 17 Oktober 1919, dan perjanjian

ini berkuat kuasa pada 16 Julai 1920.

UMUM 
PERANG 1812

Perang 1812 ialah peperangan antara Great

Britain (kini dikenali sebagai United Kingdom)

dengan Amerika Syarikat. Ia merupakan peperangan

aneh yang mungkin boleh dinamakan sebagai

Perang Kesilapan Komunikasi. Dua hari sebelum

perang diisytiharkan, kerajaan British menyatakan

bahawa ia akan memansuhkan undang-undang yang

menjadi sebab utama meletusnya pertempuran.

Sekiranya wujud komunikasi telegraf antara

Amerika dengan Eropah, peperangan itu mungkin

boleh dielakkan.

UMUM 
BROWN, JOHN

Brown, John (1800–1859) ialah radikal

Amerika yang cuba memansuhkan perhambaan.

Percubaannya untuk membebaskan hamba

telah menyebabkan beberapa orang kehilangan

nyawa dan secara tidak langsung menyebabkan

meletusnya Perang Saudara Amerika (1861–1865).

UMUM 

Kembali ke atas