Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.man.tul.kan] | ممنتولکن

Definisi : menyebabkan (menjadikan) sesuatu memantul; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.man.tul.kan] | ممنتولکن

Definisi : menyebabkan sesuatu memantul: Gelombang radio dihantar ke bulan oleh alat pemancar dan dipantulkan semula ke bumi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memantulkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera. “dalam memantulkan imej” atau “dalam pemantulan imej” betul?Kedua-dua frasa betul bergantung pada konteks dan penggunaan ayat.Tatabahasa28.08.2022
APA MAKSUD MELANGKAU MAYA, REFLEKTIF, BERKESINAMBUNGAN, FLEKSIBELIstilah 'melangkau maya' bermaksud melampaui pemikiran; 'berkesinambungan' bermaksud berlanjutan, berterusan, berpanjangan; 'reflektif' bermaksud memantulkan, sentiasa berfikir; bermenung dan 'fleksibel' bermaksud boleh diubah atau disesuaikan (dgn mudah) atau mudah berubah (sikap, keputusan, dll) mengikut keadaan baru dll, luwes.Makna23.01.2007
apakah perbezaan penggunaan imbuhan apitan meN...kan dan meN...i

MAKNA APITAN meN…kan 

  • Berbuat sesuatu: membangunkan kawasan, menenggelamkan taman, memusnahkan hutan, mencemarkan bahasa…
  • Menjadikan/menyebabkan sesuatu: membenamkan tubuh, memantulkan cahaya, menaburkan benih, melucutkan kain, membersihkan bilik…
  • Bermanfaat: mendapatkan hadiah, menghadiahkan senyuman, memberikan bunga, mencantikkan rumah, melebarkan jalan

 

APITAN meN…i 

  • Apitan meN…i dapat membentuk kata kerja transitif daripada kata lain dalam pelbagai kelas.
  • Awalan meN pada kata yang berapitan meN…i bertugas sebagai penanda ayat aktif.
  • Akhiran i pada kata yang berapitan meN…i bertugas untuk menggantikan kata sendi akan, atas, di, … Contoh:

          mengakui = mengaku akan/tentang

          mempercayai = percaya kepada 

  • Oleh sebab itu, KS tidak boleh wujud selepas kata yang berapitan meN…i: mempercayai pada,* menguasai akan,* mencurangi akan,

    * menghadiri di/dalam,* meragui terhadap,*…


Tatabahasa13.06.2009

Kembali ke atas