Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.par.kan] | مماڤرکن

Definisi : 1. mempamerkan (menyatakan, menghuraikan, menunjukkan dsb) supaya dapat dilihat, difahami, diketahui dsb, mendedahkan, membentangkan: dipa-parkannya segala isi hatinya; ~ satu kejadian yg berlaku pd zaman Jepun; 2. memper­lihatkan teks, data, grafik dsb pd skrin kom­puter dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.par.kan] | مماڤرکن

Definisi : menjadikan pepat (rata): ~ gigi; alat ini dibuat drpd keluli yg dicanai selari atau dipaparkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.par.kan] | مماڤرکن

Definisi : membuka atau menunjukkan supaya dpt dilihat dsb; mendedahkan; membentangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
papar (adjektif)
Bersinonim dengan papak, pepat, dempak, repang, rata, tidak runcing;,
Kata Terbitan : memaparkan, terpapar, pemaparan, paparan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Filem Melayu yang ditayangkan di pawagam pada masa kini ___ kisah seram. 'banyak memaparkan' / 'memaparkan banyak' juga boleh diterima bagi ayat itu?Frasa yang tepat ialah ...banyak memaparkan.Tatabahasa16.07.2013
Memaparkan seorang detektif muda telah diserang hendap dan berada dalam keadaan tenat. Pihak musuh percaya detektif tersebut telah berjaya dibunuh. Sebaliknya beliau telah diselamatkan dan menggunakan identiti baru setelah membuat pembedahan plastik. Beliau diarah meneruskan tugasnya mencari penjenayah di samping pada waktu yang sama menuntut keadilan. Untuk melaksanakan tugasnya secara lebih berkesan, beliau telah dibekalkan dengan sebuah kereta canggih yang digelar KITT. Kereta canggih ini mempunyai perisai setara dengan kereta kebal dan mampu memecut 300 batu sejam. Tambahan pula, kereta canggih ini juga dibekalkan dengan personaliti komputer kecerdasan dan berfungsi sebagai seorang pembantu. Detektif yang bersemangat waja ini meneruskan misi buruan penjenayah dengan kereta canggih ini. Akhirnya pemuda ini berjaya menangkap penjenayah dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa.Soalan tidak jelas. Sila nyatakan dengan terperinci bagi membolehkan pihak kami membantu tuan dalam hal ini. Tatabahasa28.01.2022
SAYA INGIN MEMAPARKAN PAPAN IKLAN UNTUK PERNIAGAAN RAWATAN ALTERNATIF. ADAKAH NAMA SYARIKAT SAYA "MANHAJ NUBUWWAH CENTRE" SESUAI DAN BETUL? MOHON SEMAKAN.Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain07.10.2014
Salam, saya ingin meminta pandangan yang manakah satu rancangan dan yang mana satukah slot dan apakah perbezaan antara rancangan dan slot? Contohnya, Majalah Tiga yang memaparkan cerita orang miskin. Adakah Majalah Tiga satu rancangan yang memaparkan slot orang miskin? Terima kasih.Merujuk Kamus Dewan, rancangan bermaksud program atau rencana, slot bermaksud ruang waktu yang diperuntukkan oleh media massa untuk membolehkan sesuatu maklumat (berita, dan sebagainya) disiarkan. Berdasarkan makna yang tersebut rancangan Majalah Tiga dan slot orang miskin boleh digunakan.Tatabahasa17.04.2013
Salam, Saya berminat untuk memaparkan pautan untuk muat turun Buku Teks Digital Asas (BTDA) di laman web saya. Pautan ini dikongsi oleh guru sekolah anak saya. Saya ingin tahu lebih lanjut mengenai hak cipta kerana buku-buku teks ini diterbitkan oleh DBP untuk Kementerian Pendidikan Malaysia. Adakah akan menjadi isu hak cipta dan sekiranya ya, apakah yang patut saya lakukan untuk membolehkan saya berkongsi pautan & buku-buku teks ini secara sah?Salam sejahtera, Berhubung dengan pertanyaan Pautan Buku Teks Digital Asas (BTDA) di laman web KPM, pihak puan bolehlah menghubungi: Puan Rasinah binti Zakaria, Sektor Standard dan Pengurusan Kualiti, Kementerian Pendidikan Malaysia. Tel.: 03-8884 4373 E-mel: rasinah.zakaria@moe.gov.my Sekian, untuk pemakluman.Lain-lain13.01.2021
Assalamualaikum, mengapa PRPM tidak lagi memaparkan kamus bahasa Inggeris dalam carian? Mohon kembalikan perkhidmatan itu semula. Kamus itu amat berguna.Untuk makluman, terdapat sedikit masalah pada laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). Pihak kami akan membaikinya secepat mungkin.Lain-lain30.04.2017
Salam sejahtera, HEINEKEN Malaysia berhasrat untuk memaparkan 6 buah filem pendek di LinkedIn untuk memperkenalkan tugasan ahli-ahli rantaian bekalan. Justeru, kami ingin mendapat perkhidmatan terjemahan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka. Terima Kasih.Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Penyemakan dan penterjemahan23.08.2022
Soalan (19/5/2016) - Kami ingin memaparkan nama aktiviti (business nature) pada dinding hadapan bangunan pengedar-pengedar kami. Akan tetapi terdapat kemusykilan sama ada Wakil Jualan atau Pusat Jualan merupakan terma yang betul untuk digunakan. Adakah menjadi kesalahan dari segi undang-undang sekiranya pihak kami ingin menggunakan "Pusat Jualan" dan menyeragamkan terma ini untuk semua pengedar kereta kami diseluruh malaysia? Jawapan: Keterangan "PUSAT JUALAN" boleh digunakan untuk mana-mana ibu pejabat dan cawangan. ------------------------------------------------------------------- Merujuk Kepada jawapan di atas: Pusat Jualan - Ibu Pejabat dan cawangan Wakil Jualan - Pengedar Adakah kenyataan saya di atas tepat? Atau untuk pengedar , boleh juga menggunakan pusat jualan?
Untuk pengesahan bahasa dalam iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.
Lain-lain31.05.2016
Cikgu Dewan, adakah akhbar Berita Harian masih memaparkan ruang Pedoman Bahasa Bersama Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim?Ruangan ini pernah diadakan pada masa dahulu, tetapi sekarang tidak lagi.  Untuk jawapan yang lebih tepat silakan bertanya kepada Berita Harian.Lain-lain19.07.2014
Dimanakah saya boleh mendapat rujukan yang mengandungi kamus yang memaparkan perbezaan diantara ejaan rumi lama (sebelum 1972) dan ejaan rumi baru (zaaba) ?

Terima kasih atas soalan anda.

Anda boleh datang  membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sekian, terima kasih.

Lain-lain04.11.2010
12345

Kembali ke atas