Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.par.kan] | مماڤرکن

Definisi : 1. mempamerkan (menyatakan, menghuraikan, menunjukkan dsb) supaya dapat dilihat, difahami, diketahui dsb, mendedahkan, membentangkan: dipa-parkannya segala isi hatinya; ~ satu kejadian yg berlaku pd zaman Jepun; 2. memper­lihatkan teks, data, grafik dsb pd skrin kom­puter dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.par.kan] | مماڤرکن

Definisi : menjadikan pepat (rata): ~ gigi; alat ini dibuat drpd keluli yg dicanai selari atau dipaparkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.par.kan] | مماڤرکن

Definisi : membuka atau menunjukkan supaya dpt dilihat dsb; mendedahkan; membentangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
papar (adjektif)
Bersinonim dengan papak, pepat, dempak, repang, rata, tidak runcing;,
Kata Terbitan : memaparkan, terpapar, pemaparan, paparan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
zoomzumTeknologi MaklumatPerisianProses memaparkan bahagian imej pada skrin yang boleh dibesarkan atau dikecilkan. Proses memaparkan bahagian imej yang boleh dibesarkan dikenali sebagai zum masuk manakala proses memaparkan bahagian imej yang dikecilkan dikenali sebagai zum keluar. Proses pengezuman dapat dilakukan dengan memangkas satu imej terhadap kawasan yang sama nisbah bidang dengan yang asal. Kemudian, imej tersebut disisipkan sesuai dengan dimensi piksel imej yang asal.
reverse videovideo balikanTeknologi MaklumatTiadaPaparan video yang memaparkan aksara dalam keadaan berlawanan (kontras) daripada keadaan asalnya. Jika mod paparan normal ialah hitam atas latar belakang putih maka video balikkan memaparkan objek putih atas latar belakang hitam. Sekiranya skrin yang gelap digunakan untuk memaparkan aksara yang terang, aksara berkenaan bertukar menjadi gelap (hitam) di dalam segi empat yang terang. Saiz segi empat tersebut mengikut saiz aksara berkenaan. Sinonim video songsang.
reverse videovideo balikanTeknologi MaklumatTiadaPaparan video yang memaparkan aksara dalam keadaan berlawanan (kontras) daripada keadaan asalnya. Jika mod paparan normal ialah hitam atas latar belakang putih maka video balikkan memaparkan objek putih atas latar belakang hitam. Sekiranya skrin yang gelap digunakan untuk memaparkan aksara yang terang, aksara berkenaan bertukar menjadi gelap (hitam) di dalam segi empat yang terang. Saiz segi empat tersebut mengikut saiz aksara berkenaan. Sinonim video songsang.
social realismrealisme sosialKesusasteraanTiadaKaedah penulisan sastera yang memaparkan pergelutan kelas bawahan untuk berkuasa. Fenomena ini dimajukan oleh aliran Marxis dalam usaha memenuhi tuntutan pemerintah. Dalam perkembangan selanjutnya, realisme sosial tidak lagi memaparkan penulisan yang diarahkan oleh pemerintah tetapi tertumpu pada penulisan yang memaparkan realiti kehidupan yang pahit dan getir.
bildungsromanbildungstomanKesusasteraanTiadaNovel yang memaparkan perkembangan protagonis dari zaman kanak-kanak atau remaja hingga ke tahap dewasa. Bildrungsroman memaparkan proses kematangan yang dicapai oleh wira muda selepas dia berjaya mengharungi liku-liku hidup. Bildungsroman dikaitkan dengan karya Goethe bertajuk Wilhelm Meisters Lehrjahre (1796) yang dianggap sebagai pengasas pola ini. Beberapa novel ulung pada abad ke-19 dan ke-20 mengguna pakai pola bildungsroman, contohnya novel David Copperfield oleh Charles Dickens. Apabila novel ini secara khusus melukiskan pembentukan seorang seniman, novel ini digelah kunstleroman. Contoh kunstleroman ialah A Portrait of the Artist as a Young Man oleh James Joyce. Mutakhir ini, pengkritik feminis mempertikaikan bentuk bildungsroman lelaki kerana pola perjalanan hidup seorang lelaki tidak sama dengan pola yang dilalui oleh seorang wanita. Para pengkritik feminis mengutamakan pengalaman wanita yang membina jati dirinya. Bildrungsroman berasal daripada bahasa Jerman bermaksud �novel pembentukan�. Lihat juga kunstleroman.
sociological novelnovel sosiologikalKesusasteraanTiadaNovel yang memaparkan masalah sosial atau politik dalam sesuatu masyarakat atau kehidupan. Tekanan persekitaran biasanya mempengaruhi watak dan peristiwa dalam novel ini. Novel sosiologikal juga memaparkan masalah sosiopolitik di samping menyarankan pembaharuan dan perubahan bagi menangani setiap permasalahan tersebut. Contohnya novel bertajuk Empangan oleh Zakaria Ali. Novel ini mendedahkan penindasan golongan korporat gergasi terhadap kelas bawahan dan orang kampung. Lihat juga kritikan sosial.
logic analyserpenganalisis logikKejuruteraanTiada1. Alatan untuk mengawas sebilangan titik-titik ujian bagi membantu pengesanan kerosakan.,2. Alatan yang memaparkan gambar rajah data atau pemasaan untuk mereka bentuk, menyah pepijat, dan mengesan kerosakan kelengkapan digit.,3. Kelengkapan yang memaparkan pemasaan atur cara dan isyarat-isyarat sambutan.,4. Alatan yang menyemak aras dan/atau pemasaan data digit.
penny dreadfulcerita picisanKesusasteraanTiadaCerita popular, murahan dan sering disampaikan secara bersiri. Cerita picisan tidak memperlihatkan nilai seni yang tinggi. Cerita ini biasanya memaparkan tema sensasi seperti jenayah dan keganasan. Kadang-kadang cerita picisan memaparkan persoalan cinta murahan yang berbaur erotik dan sebagainya. Cerita picisan melecehkan tradisi naratif gotik dan fantasi. Lihat juga fantasi, gotik.
ghost storycerita hantuKesusasteraanTiadaCerita yang memaparkan kehadiran makhluk halus. Dengan makna yang lebih luas, istilah ini merujuk kepada karya yang menyentuh tentang alam ghaib secara metaforikal. Cerita hantu yang biasa dalam masyarakat sekarang ialah cerita serigala jadian, puntianak, toyol, penggal, dan bunian yang berkaitan dengan kerasukan dan sebagainya. Cerita hantu juga memaparkan perihal tawar-menawar antara manusia dengan syaitan yang merujuk kepada tema faust. Contoh cerita hantu ditemui dalam cerpen �The Dead� oleh James Joyce. Dalam sastera Melayu, cerita ini ditemui dalam novel Bercakap Dengan Jin oleh Tamar Jalis.
magical realismrealisme magisKesusasteraanTiadaKaedah penulisan yang memaparkan perkara yang aneh, ajaib, luar biasa dan menakjubkan sebagai perkara biasa atau ghalib. Realiti yang diketengahkan oleh perkara ajaib dan luar biasa ini dianggap lebih berwibawa daripada realiti yang objektif. Tidak seperti cereka fantasi yang menggambarkan perkara aneh tetapi memperakukan keanehannya, realisme magis menyifatkan perkara aneh ini sebagai sesuatu yang lumrah. Berbanding surealisme yang menekankan aspek ketidaklogikan perkara ajaib yang dipaparkan, realisme magis menganggap perkara tersebut sebagai sebahagian daripada realiti harian dan tidak banyak berbeza. Realisme magis bertujuan untuk memperluaskan horison realiti serta menjangkau perkara yang di luar taakulan logik yang meliputi agama dan mitos. Istilah ini diperkenalkan oleh pengkritik Jerman Franz Roh pada tahun 1925. Konsep ini menarik perhatian Alejo Carpentier, penulis Cuba yang berada di Eropah yang mengandaikan bahawa realisme magis begitu sesuai dengan benua Amerika Latin. Benua ini luas dan kaya dengan kepercayaan, adat resam, sastera rakyat, dan mitosnya yang dibauri oleh elemen magis dan keajaiban. Realisme magis terus menapak dalam tradisi sastera Amerika Latin, walaupun penulis dari negara lain juga memaparkan realisme magis dalam karya mereka. Antara contoh terpenting yang menerapkan realisme magis ialah novel berjudul Cien Anos de Soledad atau One Hundred Years of Solitude oleh novelis Colombia Gabriel Garcia Marquez yang diterjemahkan ke bahasa Melayu dengan judul Sumpah Tujuh Keturunan oleh Zulkifli Ahmad. Novel ini memasukkan pelbagai peristiwa seperti anak kecil yang makan lumpur, watak yang terbang ke syurga, wabak sukar tidur, kealpaan yang meluas dalam kalangan penduduk sebuah masyarakat sehingga setiap benda perlu ditulis namanya untuk ingatan semua. Di luar Amerika Latin, penulis yang mengamalkan realisme magis termasuklah Gunter Grass, Angela Carter, John Fowles, Emma Tennant dan lain-lain. Contoh realisme magis dalam sastera Melayu ditemui dalam karya Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Hj. Muhammad dan Hujan Pagi oleh A. Samad Said. Lihat juga cerita seram, novel, novel gotik.
12345678910...

Kembali ke atas