Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.tang.kan] | مماتڠکن

Definisi : mematangkan 1. memasakkan; 2. menjadi­kan matang (fikiran dsb): Aristotles inilah yg ~ ilmu yg selama ini dianggap mentah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.tang.kan] | مماتڠکن

Definisi : menjadikan (menyebabkan) matang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mematangkan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mematangkanmematangkan 1. memasakkan; 2. menjadi­kan matang (fikiran dsb): Aristotles inilah yg ~ ilmu yg selama ini dianggap mentah;Kamus Dewan Edisi Keempat
mematangkanmenjadikan (menyebabkan) matang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
matang 1sudah masak; sudah cukup besar atau sudah cukup tua (bkn buah-buahan dll). 2 ki sudah banyak pengetahuan atau pengalamannya; banyak mengetahui serta memahami sesuatu. mematangkan menjadikan (menyebabkan) matang. kematangan keadaan atau sifat matang: Tingkah lakunya memperlihatkan ~ fikirannya. pematangan perihal, proses dsb menjadi matang atau mematangkan: ~ serangga itu mengambil masa selama empat minggu. pematang sesuatu (bahan kimia dsb) yg digunakan utk mematangkan: Bahan ~ dimasukkan ke dlm bungkusan bersama-sama dgn buah-buahan itu supaya buah-buahan tsb cepat matang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pematanganperihal, proses dsb menjadi matang atau mematangkan: ~ serangga itu mengambil masa selama empat minggu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pematangsesuatu (bahan kimia dsb) yg digunakan utk mematangkan: Bahan ~ dimasukkan ke dlm bungkusan bersama-sama dgn buah-buahan itu supaya buah-buahan tsb cepat matang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penempuhanproses menempuh(i) sesuatu: ~ berbagai-bagai bala bencana sbg ujian mematangkan usia.Kamus Dewan Edisi Keempat
matang I1. masak (buah-buahan, makanan), sudah tua (bkn daun tembakau): buah ini sudah ~; 2. sudah hampir akan pecah (bkn bisul); 3. ki mempunyai banyak pengalaman, sudah sempurna (fikirannya), menunjukkan kesempurnaan atau kedewasaan pemikiran: hujah yg mantap dan ~ tentang sastera Melayu; sungguhpun ia masih muda, tetapi fikirannya sudah ~; orang yg benar-benar ~ dlm ilmu ini; 4. cukup tempohnya (bkn simpanan tetap dll); mematangkan 1. memasakkan; 2. menjadi­kan matang (fikiran dsb): Aristotles inilah yg ~ ilmu yg selama ini dianggap mentah; kematangan 1. perihal matang, kemasakan; 2. terlampau masak; 3. ki kesempurnaan fikiran (pengalaman dll): tindak-tanduknya memperlihatkan ~ dlm cara berfikirnya; pematangan proses menjadi matang: ~nya mengambil masa kira-kira enam minggu; pematang (sesuatu bahan dsb) yg mematang­kan: bahan ~ dimasukkan bersama supaya buah-buahan itu cepat matang.Kamus Dewan Edisi Keempat
tempuh Isetempuh; ~ lalu, sebondong surut prb adat orang bersahabat sentiasa semua-fakat dan bersatu hati; bertempuh-tempuh, tempuh-menempuh sl langgar-melanggar (orang berperang dll), serang-menyerang, serbu-menyerbu; menempuh 1. mara melanggar (musuh dll), menyerang, menyerbu (ke): maka ia pun ~ ke dlm rakyat Pasai yg spt laut itu; 2. melang­gar (angin, ombak, dll), melanda, memukul: sebentar kain penutup jendelanya berkibar-kibar perlahan-lahan ditempuh angin; 3. menimpa (kemalangan dll): maka ia pun ditempuh kemalangan; 4. melalui (jalan dll), mengikut (jalan dll): inilah kali yg ketiga aku ~ jalan ini; 5. melalui, melintasi: ketika ~ di hadapan Kuala Singapura itu, Wan Derus telah berkata sesuatu kpd Dah Jali; 6. berjalan masuk (lalu dll) di tempat yg sulit-sulit, mengharung (lautan dll), meredah (belu­kar dll): selang antara beberapa lamanya ~ hutan rimba yg besar dgn takdir Allah Subha­nahuwataala sampailah kpd suatu padang; 7. sengaja menghadapi bahaya dll, menang­­gung kerugian dll, menyongsong (angin, ribut): dlm masa ~ gelora, ketika kapal itu sedang dijulang dan dihempas gelombang, beliau sentiasalah sibuk; 8. = menempuhi meng­alami (kesukaran dll), menderita (kesulitan dll): mereka telah ~ berbagai-bagai kesulit­an; ~ hidup; 9. mendatangi sesuatu tempat (rumah dll), masuk ke, memasuki: kita sekalian semaksud, secita-cita ~ negeri orang hendak mencarikan perut yg tidak berisi; 10. = menempuhi memasuki (peperiksaan, ujian, dll), mengikuti, menyertai (kursus dll): Malaysia baru sahaja ~ ujian jasmani dlm pesta sukan Asia Tenggara; 11. sudah menamatkan (pelajaran, persekolahan, dll), mengikuti (kursus dll); 12. memasuki dan melalui atau mengalami (penghidupan baru, pekerjaan baru, dll): mulai hari itu mereka berdua ~ penghidupan baru; 13. melakukan sesuatu yg sukar atau sulit; penempuhan proses menempuh(i) sesuatu: ~ berbagai-bagai bala bencana sbg ujian mematangkan usia.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas