Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.tu.hi] | مماتوهي

Definisi : menurut (perintah, suruhan, dll), mentaati: Udin ~ cakap ibunya; pemuda-pemuda Jepun ~ ajaran-ajaran Kongfutze; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.tu.hi] | مماتوهي

Definisi : berlaku taat pd; mentaati: Ali ~ nasihat ibunya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
patuh (kata kerja)
Bersinonim dengan taat, setia, tunduk, tunak, patih; soleh, takwa, tawaduk, taslim, turut, ikut, akur, setuju;,
Kata Terbitan : mematuhi, kepatuhan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mematuhiberlaku taat pd; mentaati: Ali ~ nasihat ibunya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mematuhimenurut (perintah, suruhan, dll), mentaati: Udin ~ cakap ibunya; pemuda-pemuda Jepun ~ ajaran-ajaran Kongfutze;Kamus Dewan Edisi Keempat
mematuhiberlaku taat pd; mentaati: Ali ~ nasihat ibunya.Kamus Pelajar
amaran1 tugas yg mesti dilaksanakan; perintah. 2 peringatan keras yg diberikan supaya mematuhi arahan: Dia diberi ~ supaya mematuhi disiplin.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sumbang I1. tidak mematuhi adat (kebiasaan, kesopanan, dll), melanggar adat, tidak sopan: dia telah melakukan sesuatu yg ~ pd mata dan pengertian masyarakat kampung; kalau kita tidak suka lagi mematuhi adat ini tidak­kah kita dipandang ~ oleh orang ramai?; anak ~ anak luar nikah, anak haram; 2. salah atau silap (sesuatu perbuatan dll), keliru; langkah ~ tersilap langkahnya (dlm silat); tegak ~ terkeliru tegaknya (dlm silat); 3. tidak sedap didengar atau dilihat (bunyi-bunyian, perbuatan, kelakuan, dll), tidak seimbang atau tidak setara, janggal, palsu, sember; suara ~ a) suara yg tidak sedap didengar, sember; b) ki percakapan bermusuh-musuhan; ~ balai melintang berzina dgn orang yg tidak boleh dikahwini (pd agama atau adat); ~ kadim bermukah dgn keluarga yg rapat; ~ kelaku­annya buruk lagi keji kelakuannya; ~ langkah a) = langkah ~ tersilap langkah (dlm silat); b) tersalah perbuatan atau gerak-geri, tidak senonoh (perbuatan); ~ mahram perlakuan zina yg berlaku antara dua orang anggota ter­dekat dlm sesebuah keluarga, mis antara abang dgn adik perempuan atau ayah dgn anak perempuannya; ~ melangsi lebih tinggi drpd yg seharusnya (nada suara); ~ pati sl bermukah dgn saudara sendiri; ~ salah melakukan zina; menyumbangkan; ~ langkah a) sengaja membuat langkah sumbang dlm silat (utk mengumpan lawan); b) melakukan sesuatu yg bertentangan dgn adat, melanggar adat; menyumbang-nyumbangkan memburuk­-burukkan atau menghina-hinakan orang (dgn menuduhnya melakukan perbuatan sumbang): orang lain sudah biasa ~ Hanafi dgn nona pos itu; kesumbangan perihal sumbang (bkn per­buatan dll), keadaan dsb sumbang.Kamus Dewan Edisi Keempat
ugut; mengugut menakut-nakutkan (supaya melakukan atau mematuhi sesuatu), meng-ancam: kami datang ini kerana kewajiban, bukan ~, bukan menakut-nakutkan kakak; ugut-mengugut saling mengugut antara satu sama lain: pihak yg berbalah sering ~ utk mempertahankan kebenaran masing-masing; ugutan kata-kata dsb yg bertujuan utk menakut-nakutkan (supaya melakukan atau mematuhi sesuatu), ancaman: jangan-jangan ini surat ~; pengugut orang yg mengugut, pengancam.Kamus Dewan Edisi Keempat
patuhtidak membantah sebarang suruhan atau perintah; menurut; taat: Kita hendaklah sentiasa ~ kpd undang-undang negara. mematuhi berlaku taat pd; mentaati: Ali ~ nasihat ibunya. kepatuhan sifat patuh: ~ terhadap peraturan yg ada memang perlu bagi menjayakan program itu. pematuhan perbuatan, hal dsb patuh atau mematuhi: ~ yg membabi buta tidak akan mendatangkan kebaikan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengikut telunjukmematuhi, ikut telunjuk;Kamus Dewan Edisi Keempat
amarsesuatu yg mesti dipatuhi; perintah; suruhan: ~ Allah perintah Allah. ~ makruf (nahi mungkar) perintah supaya mengerjakan amalan yg baik (dan menjauhi amalan yg jahat. amaran 1 tugas yg mesti dilaksanakan; perintah. 2 peringatan keras yg diberikan supaya mematuhi arahan: Dia diberi ~ supaya mematuhi disiplin.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyalahi1. tidak mematuhi peraturan (undang-undang dsb), bersalahan dgn: adinda tiada mahu menyerangi tempat orang, ~ adat; unsur-unsur luar ini telah banyak ~ hukum morfologi; 2. tidak menyetujui, mem-bantah, menentang: Pateh itu orang besar, siapa dapat akan ~ katanya; 3. tidak mene-pati (janji dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas