Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.tu.hi] | مماتوهي

Definisi : menurut (perintah, suruhan, dll), mentaati: Udin ~ cakap ibunya; pemuda-pemuda Jepun ~ ajaran-ajaran Kongfutze; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.tu.hi] | مماتوهي

Definisi : berlaku taat pd; mentaati: Ali ~ nasihat ibunya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
patuh (kata kerja)
Bersinonim dengan taat, setia, tunduk, tunak, patih; soleh, takwa, tawaduk, taslim, turut, ikut, akur, setuju;,
Kata Terbitan : mematuhi, kepatuhan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
disloyaltidak taatUndang-undangTiadaTidak mematuhi atau tidak sanggup mematuhi pemerintah negara.
Good Manufacturing Practices (GMP)Amalan Pengilangan Baik (APB)HerbaTiadaSebahagian daripada jaminan kualiti yang memastikan produk herba dihasilkan dan dikawal menurut piawai kualiti yang sesuai serta mematuhi keperluan penguatkuasaan atau spesifikasi produk. Di Malaysia, pengilangan produk herba mestilah dilakukan dalam premis yang mematuhi APB dan mendapat kelulusan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Amalan baik dalam pengilangan merangkumi aspek premis, kawasan kerja dan penstoran, peralatan, bahan mentah, bahan pembungkusan, prosedur pengilangan, dokumentasi, ujian kawalan kualiti, kakitangan dan bahan buangan.
principle of observing gymnasticprinsip mematuhi gimnastikPendidikanTiadaTiada
principles of observing gymnasticsprinsip mematuhi gimnastik (Gimnastik)SukanTiadaTiada
heterodoxheterodoksPendidikanTiadaTidak mematuhi kepercayaan, piawai dan nilai-nilai tradisi.
bosonbosonKimiaTiadaZarah yang mematuhi statistik Bose-Einstein, termasuk foton, meson pi, nukleus yang mempunyai nombor zarah yang ganjil, dan zarah yang mempunyai spin integer.
bosonbosonKejuruteraanTiadaZarah yang mematuhi statistik Bose-Einstein, termasuk foton, meson pi, nukleus yang mempunyai nombor zarah yang ganjil, dan zarah yang mempunyai spin integer.
fermionfermionKimiaTiada2. Zarah yang mematuhi statistik Fermi-Dirac.
linear resistorperintang linearKejuruteraanTiadaPerintang yang mematuhi hukum Ohm, iaitu arus sentiasa berkadar dengan voltan.
pledgeikrarSejarahTiadaPerjanjian atau persediaan akan mematuhi atau melakukan sesuatu berdasarkan peraturan yang ditetapkan khususnya dalam perkumpulan rahsia atau kongsi gelap.
12345678910...

Kembali ke atas