Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bai.ki]/[mem.bai/.ki] | ممباءيقي

Definisi : membetulkan: jalan-jalan dijaga dan dibaiki oleh kerajaan; jikalau tiada dapat dibaiki, jangan dipecahkan prb janganlah kita kusutkan pekerjaan yg tidak dapat kita selesaikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bai.ki]/[mem.bai/.ki] | ممباءيقي

Definisi : membetulkan apa-apa yg rosak, salah dsb: Pekerja-pekerja dr Jabatan Kerja Raya sedang ~ jambatan yg roboh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membaiki

Peribahasa

Jangan sudah terperosok,
     baru hendak membaiki lantai.

Bermaksud :

Sesudah mendapat kecelakaan baru hendak beringat-ingat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penduduk-penduduk kampung bekerjasama membaiki bumbung. Bolehkah ' bumbung' menggunakan kata kerja'membaiki'? Terima kasih.Penduduk-penduduk kampung bekerjasama membaiki bumbung. Ayat ini betul, bumbung menjadi objek kepada kerja membaiki.Tatabahasa14.08.2014
Membaiki pavemen yang berlubang berukuran melebihi 25 mm dalam x 200 mm lebar dari arah mana pun di atas permukaan jalan yang berturap ditampal dengan sempurna. Repair when pothole exceeds 25 mm deep x 200 mm wide in any direction from edge of edge of pavement.

Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.

Penyemakan dan penterjemahan02.07.2020
susunkan ayat di bawah membaiki Mekanik itu kereta sedang. ayat manakah yang lebih tepat? terima kasih. 1. Mekanik sedang membaiki kereta itu. 2. Mekanik itu sedang membaiki kereta.Ayat yang betul ialah Mekanik itu sedang membaiki kereta.Penyemakan dan penterjemahan30.03.2014
Penduduk kampung bekerjasama membaiki bumbung rumah Pak Cik Ahmad. Adakah frasa kerja membaiki bumbung betul? Terima kasih.Frasa "membaiki bumbung" betul dan boleh digunakan.Tatabahasa14.08.2014
Encik boleh mula membaiki kereta yang saya bagi kepada encik mula membaiki atau mula baiki?Ayat yang betul ialah:  Encik boleh mula membaiki kereta yang saya hadiahkan.Tatabahasa12.04.2023
Dalam usaha untuk membaiki taraf hidup pekerja , sama ada di sektor awam atau swasta , kemampuan majikan sahaja tidak memadai. Dalam usaha untuk membaiki taraf hidup pekerja , sama ada di sektor awam atau DI SEKTOR swasta , kemampuan majikan sahaja tidak memadai. MUNSYI, MANAKAH SATU AYAT LEBIH SESUAI? tkDalam usaha untuk membaiki taraf hidup pekerja , sama ada di sektor awam atau di sektor swasta , kemampuan majikan sahaja tidak memadai.Tatabahasa11.04.2012
Ayah mempunyai_______ membaiki motosikal yg rosak. A. Kebolehan B. Kepintaran C. Kepakaran D. Kecekapan Bg jwpan sat...Jawapan yang lebih tepat ialah A. kebolehan . Jawapan  "kepakaran" tidak sesuai kerana seseorang yang pakar mestilah mempunyai ilmu dalam bidang tersebut dan memiliki sijil pentauliahan.Tatabahasa17.10.2015
Ayah mempunyai_______ membaiki motosikal yg rosak. A. Kebolehan B. Kepintaran C. Kepakaran D. Kecekapan Saya ingin kepastian jawapan beserta alasan. Sy pilih C.Jawapan yang lebih tepat ialah A. kebolehan . Jawapan c. kepakaran tidak sesuai kerana seseorang yang pakar mestilah mempunyai ilmu dalam bidang tersebut dan memiliki sijil pentauliahan.Tatabahasa17.10.2015
Menjual dan membaiki barangan elektrikalMenjual dan membaiki barangan elektrikLain-lain02.08.2008
Bolehkah perkataan "membaiki" bermaksud "membuat sesuatu supaya menjadi keadaan yang baik"?Merujuk Kamus Dewan, membaiki ialah "membetulkan atau menggantikan sesuatu supaya dapat digunakan atau berfungsi semula"Tatabahasa26.04.2022
12345678910...

Kembali ke atas