Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.ja] | ممباج

Definisi : 1. = membajai mengeraskan besi dgn cara memanaskan dan menyejukkannya kembali: besi ini telah dibaja dan dikeraskan mengikut patutnya; 2. ki sangat keras (spt besi baja): hatinya telah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.ja] | ممباج

Definisi : membubuh baja, memberi baja: ~ tanah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.ja] | ممباج

Definisi : menjadi keras sekali (spt baja). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mem.ba.ja] | ممباج

Definisi : 1 menjadikan subur dgn membubuh baja; memupuk: Bapa saya sedang ~ sayur-sayuran di kebun. 2 membubuh baja pd; memupuk: ~ tanah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membaja


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sila nyatakan dan jelaskan perbezaan antara "tindakan yang keterlaluan" dengan "tindakan yang berlebihan".Isunya di sini ialah persamaan atau perbezaan makna antara keterlaluan dengan berlebihan. Keterlaluan bermaksud keadaan terlalu atau keadaan yang melampaui batas dan berlebihan pula bermaksud terlalu atau sangat banyak. Lazimnya "berlebihan" digunakan dalam menceritakan benda yang boleh dilihat secara fizikal, seperti dalam ayat: Membaja pokok secara berlebihan tidak mendatangkan faedah dan Beras ada juga yang dieksport kerana berlebihan daripada keperluan tempatan. Oleh itu frasa yang tepat ialah "tindakan yang keterlaluan".Makna04.06.2011

Kembali ke atas