Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.kar] | ممباکر

Definisi : 1. menyalakan (memasang, menghanguskan) sesuatu dgn api: ~ kayu; ~ sampah; 2. memanaskan sesuatu (spt ikan, daging, pisang, dsb) di atas api supaya masak, memanggang: ~ pisang; 3. memasak sesuatu (spt kuih, ikan, daging, dll) dgn jalan memanaskannya dlm ketuhar: ~ kuih; ~ kapur; 4. ki membuatkan seseorang marah atau meradang: “Kalau engkau menjadi pemimpin, aku mesti kebuluran,” ia ~ hati isterinya; 5. ki menyemarakkan sesuatu perasaan (spt semangat, cinta, dsb): gadis itu menjeling dan melemparkan senyuman yg ~ jiwa orang muda itu; ~ semangat; 6. menyebabkan terasa sangat panas seolah-olah terbakar: panas yg kian terik dan ~ kulit kepala; dibakar tiada hangus prb tidak dapat dipengapakan (kerana degil, berkuasa, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.kar] | ممباکر

Definisi : 1 memasang api pd sesuatu supaya hangus atau menyala; menyalakan sesuatu dgn api: Petang semalam, saya menolong ibu saya ~ sampah sarap di belakang rumah. 2 memanaskan atau memanggang sesuatu di atas api supaya masak: Kerana hujan, kami terpaksa ~ lemang di bawah rumah. 3 ki membangkitkan (perasaan marah, semangat dsb): mengorbankan: ~ hati; ~ semangat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membakar

Puisi
 

Asap api membakar embun,
     Rendang lada disimpul pulih;
Kalau kaca tangkainya embun,
     Pandang ada ambil tak boleh.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Bagai lobak di pemerunan,
     bagai kacang tengah dua bulan.

Bermaksud :

Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi. pemerunan = tempat membakar sampah.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan: Siapakah yang membakar sampah itu? Jawapan 1: Yang membakar sampah itu ialah ayah. Jawapan 2:Ayah yang membakar sampah itu. Manakah satukah jawapan yang betul. Terima kasih.Yang membakar sampah itu ialah ayah. Ayah yang membakar sampah itu. Kedua-dua jawapan ini betul.

Tatabahasa24.06.2015
Bina ayat ' sate' membakar sate atau memanggang sate?Membakar bermaksud memanaskan atau memanggang sesuatu di atas api supaya masak, memanggang bermaksud memasak sesuatu di atas bara api dan sebagainya. Berdasarkan makna tersebut "membakar sate" dan "memanggang sate", kedua-duanya adalah betul tetapi lazimnya kita menggunakan frasa membakar sate.Tatabahasa16.06.2011
Saya ingin bertanya yang mana betul. membakar sate atau memanggang sateMembakar bermaksud memanaskan atau memanggang sesuatu di atas api supaya masak. Oleh itu, membakar sate dan memagang sate kedua-duanya betul.Tatabahasa21.07.2010
Salam sejahtera. 'membakar sate' dan 'memanggang sate' Encik Sulaiman, yang manakah di atas paling tepat? Jika merujuk Kamus Dewan, saya rasa 'memanggang sate' paling tepat, tetapi 'membakar sate' biasa digunakan di kalangan masyarakat Melayu. Saya mendapat maklumat daripada kawan saya yang mengatakan bahawa jika kedua-dua kata kerja ini muncul sama sekali dalam suatu soalan, jawapan yang diberi oleh pihak penerbit adalah 'membakar sate'. Saya amat keliru. Mohon encik dapat membantu saya. Sekian, terima kasih.

 Membakar bermaksud memanaskan sesuatu seperti ikan, daging, pisang dan sate di atas api supaya masak, atau disebut juga memanggang. Oleh itu, membakar sate atau memanggang sate, kedua-duanya betul. Pihak penerbit atau penyedia soalan sewajarnya mengelak daripada mengeluarkan soalan yang mempungai jawapan yang sama.

Tatabahasa27.08.2010
Pak Dollah ( memanggang / membakar / mendiang / menyalai ) beberapa ratus cucuk sate di pasar malam untuk mencari rezeki. Jawapan yang mana betul?

Salam sejahtera,

Membakar
bermaksud memanaskan atau memanggang sesuatu di atas api supaya masak, memanggang bermaksud memasak sesuatu di atas bara api dan sebagainya. Berdasarkan makna tersebut "membakar sate" dan "memanggang sate", kedua-duanya adalah betul tetapi lazimnya kita menggunakan frasa membakar sate.

Tatabahasa16.11.2012
Salam pagi, Soalan saya ialah: 1) Yang manakah lebih gramatis: memanggang sate ATAU membakar sate? 2) Yang manakah lebih gramatis: bahan pencemar udara ATAU bahan cemar udara ATAU pencemar udara? 3) Apakah perbezaan antara maksud 'konsep' dan 'prinsip'? Sila berikan contohnya sekali. 4) Yang manakah betul: - ...orang ramai dinasihatkan supaya tidak membakar .... ATAU - ...orang ramai dinasihatkan tidak membakar... 5) Apakah perbezaan maksud antara 'punca' dan 'sumber'. Contoh ayat- Punca-punca pencemaran air ialah... ATAU Sumber pencemaran air ialah... (yang manakah lebih gramatis?) 6) Yang manakah lebih gramatis: - Ekoran daripada masalah jerebu... - Ekoran masalah jerebu... 7) Yang manakah betul / gramatis: - Kesan terhadap manusia ATAU kesan ke atas manusia 8) Yang manakah betul / gramatis: - lain-lain bahan atau bahan-bahan lain 9) Yang manakah betul / gramatis: - kita dapat merasanya dengan tangan - kita dapat merasainya dengan tangan 10) Yang manakah betul / gramatis: - menenggelamkan kawasan bumi yang rendah - meneggelamkan bahagian bumi yang rendah - membanjiri kawasan yang rendah - membanjiri bahagian yang rendah Sekian, terima kasih. CK(1) Frasa memanggang sate dan membakar sate, kedua-duanya betul. 
(2) Frasa yang paling tepat ialah pencemar udara.
(3) Konsep bermaksud pengertian am atau idea ygan mendasari sesuatu, seperti konsep demokrasi tidak bererti kebebasan yang tidak terbatas. Prinsip bermaksud sesuatu yang menjadi dasar atau pegangan, seperti "berdasarkan perinsip kemampuan dan kecekapan".
(4) Frasa yang betul "orang ramai dinasihatkan tidak membakar".
(5) Punca pencemaran air ialah...
(6) Ekoran daripada masalah jerebu...
(7) Kesan terhadap manusia...
(8) Frasa yang betul ialah "bahan-bahan lain".
(9) Kita dapat merasanya dengan tangan.
(10) Membanjiri kawasan yang rendah.
Tatabahasa11.10.2015
Tolong jelaskan perbezaan antara memanggang,membakar dan menyalai.Terima kasih

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, memanggang bermaksud memasak (memanaskan, mendiangkan) di atas bara api. Membakar bermaksud 1. memanaskan sesuatu (seperti ikan, daging, pisang dan sebagainya) di atas api supaya masak, memanggang. 2. Memasak sesuatu (seperti kuih, ikan, daging, dll) dengan jalan memanaskannya dalam ketuhar. Menyalai bermaksud mengeringkan (mengasapi, memanggang) di atas api. Berdasarkan penerangan di atas, ketiga-tiga perkataan tersebut mempunyai maksud yang sama. 

Makna01.04.2011
IBU SEDANG ...........LEMANG UNTUK DIMAKAN PADA HARI RAYA NANTI. A. MENYALAI B.MEMBAKAR # gambar ibu sedang proses susun lemang di tepi bara apiMEMBAKAR LEMANGTatabahasa19.08.2015
apakah kata kerja yang paling tepat untuk menyatakan cara memasak roti canai?memasak?menggoreng?membakar?atau ada perkataan lain yang lebih sesuai?Memasak bermaksud membuat atau mengolah makanan supaya masak; menggoreng bermaksud memasak dengan minyak, seperti menggoreng ikan atau memasak (beras, tepung, dsb) dlm kuali dengan tidak menggunakan minyak; membakar bermaksud memanaskan atau memanggang sesuatu di atas api supaya masak. Berdasarkan huraian tersebut penggunaan kata yang betul ialah memasak roti canai. Kata memasak lebih umum penggunaannya untuk menerangkan apa jua cara memasak.Tatabahasa09.05.2011
Pak Cik Ahmad membakar hampa padi di belakang rumahnya. mengpakah ayat ini salah?? apakah kesalahannya??

Ayat yang betul ialah "Pakcik Ahmad membakat sekam padi di belakang rumahnya. Harap maklum.

Tatabahasa14.07.2008
123

Kembali ke atas