Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.kar] | ممباکر

Definisi : 1. menyalakan (memasang, menghanguskan) sesuatu dgn api: ~ kayu; ~ sampah; 2. memanaskan sesuatu (spt ikan, daging, pisang, dsb) di atas api supaya masak, memanggang: ~ pisang; 3. memasak sesuatu (spt kuih, ikan, daging, dll) dgn jalan memanaskannya dlm ketuhar: ~ kuih; ~ kapur; 4. ki membuatkan seseorang marah atau meradang: “Kalau engkau menjadi pemimpin, aku mesti kebuluran,” ia ~ hati isterinya; 5. ki menyemarakkan sesuatu perasaan (spt semangat, cinta, dsb): gadis itu menjeling dan melemparkan senyuman yg ~ jiwa orang muda itu; ~ semangat; 6. menyebabkan terasa sangat panas seolah-olah terbakar: panas yg kian terik dan ~ kulit kepala; dibakar tiada hangus prb tidak dapat dipengapakan (kerana degil, berkuasa, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.kar] | ممباکر

Definisi : 1 memasang api pd sesuatu supaya hangus atau menyala; menyalakan sesuatu dgn api: Petang semalam, saya menolong ibu saya ~ sampah sarap di belakang rumah. 2 memanaskan atau memanggang sesuatu di atas api supaya masak: Kerana hujan, kami terpaksa ~ lemang di bawah rumah. 3 ki membangkitkan (perasaan marah, semangat dsb): mengorbankan: ~ hati; ~ semangat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membakar

Puisi
 

Asap api membakar embun,
     Rendang lada disimpul pulih;
Kalau kaca tangkainya embun,
     Pandang ada ambil tak boleh.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Bagai lobak di pemerunan,
     bagai kacang tengah dua bulan.

Bermaksud :

Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi. pemerunan = tempat membakar sampah.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ALAT PEMBAKAR

Alat pembakar merupakan alat relau panas

yang digunakan untuk membakar sisa buangan

sehingga menjadi abu. Pelbagai jenis alat

pembakar telah direka bentuk untuk pembakaran

pelbagai jenis sisa. Alat pembakar yang kecil

digunakan untuk membakar sampah-sampah di

rumah. Alat pembakar industri yang besar pula

digunakan untuk melupuskan cat, minyak,

kumbahan, sampah, dan bahan toksik yang

dihasilkan oleh proses industri.

UMUM 
ARSON

Arson ialah perbuatan sengaja membakar

sesebuah rumah atau harta benda lain. Dalam

beberapa hal, arson dilakukan kerana hendak

membalas dendam terhadap pemilik bangunan

atau penghuninya. Kebakaran lain dimulakan untuk

memusnahkan bukti jenayah yang lain, seperti

pembunuhan ataupun mencuri. Dalam hal yang

lain, kes arson berpunca daripada perbuatan

vandalisme atau piromania , iaitu dorongan yang

tak dapat dikawal untuk membakar sesuatu.

UMUM 
API YUNANI

Api Yunani ialah campuran kimia yang menyala

dan membakar dengan dahsyat apabila tersentuh

air, malahan ia terbakar di dalam air. Orang Yunani

Byzantine mula-mula menggunakannya dalam

peperangan laut pada 673 M. Komposisinya adalah

satu rahsia, tetapi ia mungkin mengandungi sulfur,

resin, minyak, gegala, dan sama ada kalsium fosfida

atau kapur tohor. Ia kemudian diubah untuk

memasukkan nafta, saltpeter , dan turpentin.

Menjelang tahun 1200-an, ia mungkin menyerupai

serbuk letupan, yang tidak diketahui pada masa itu.

UMUM 
ENJIN PEMBAKARAN DALAM

Enjin pembakaran dalam, menghasilkan

kuasa dengan membakar bahan api di dalam enjin.

UMUM 
KAUSTIK

Kaustik ialah istilah biasa bagi bahan kimia

tertentu yang boleh membakar atau mengakis

bahan-bahan lain, terutamanya bahan organik.

UMUM 
SULFUR DIOKSIDA

Sulfur dioksida ialah gas beracun tidak berwarna,

dan mempunyai bau yang menusuk hidung. Sulfur

dioksida terbentuk secara semula jadi daripada

aktiviti gunung berapi dan daripada pereputan jirim

organik. Ia boleh dibuat dengan membakar sulfur

atau memanaskan sebatian sulfur logam. Ia juga

dilepaskan ke dalam atmosfera oleh loji penapisan

minyak, kilang dan loji kuasa elektrik yang membakar

batu arang atau minyak. Dalam udara yang dihidu

manusia, bahan ini boleh merengsakan mata dan

sistem pernafasan. Ia juga mungkin larut dalam titisan

air untuk membentuk hujan asid, yang boleh

mendatangkan mudarat atau membunuh hidupan liar

dan merosakkan bangunan. Hujan asid juga mungkin

terbentuk apabila sulfur dioksida di udara bertukar

menjadi sulfur trioksida. Banyak kerajaan

mengehadkan amaun sulfur dioksida yang boleh

dilepaskan oleh industri ke dalam udara.

UMUM 
ENJIN BEBAS-OMBOH

Enjin bebas-omboh, kadangkala dinamakan

gasifier, menjanakan gas panas yang biasanya

digunakan untuk menjalankan sebuah turbin. Ia

boleh membakar hampir setiap bahan api cecair,

daripada parafin kepada minyak kacang tanah.

UMUM 
ARGENTUM NITRAT

Argentum nitrat ialah bahan kimia yang

digunakan dalam ubat dan industri. Formula kimianya

ialah AgNo 3 . Bahan kimia ini mudah larut dalam air. Ia

boleh membakar kulit dan menyebabkan keracunan

yang teruk atau mengakibatkan maut apabila

terminum. Doktor menggunakan argentum nitrat

untuk melecuhkan (bakar) luka bagi mengelakkan

pendarahan atau jangkitan, dan untuk membuang

kutil. Doktor menggunakan larutan argentum nitrat

cair untuk merawat penyakit mata dan kulit yang

tertentu, dan sebagai antiseptik. Sesetengah negara

mengehendaki setiap bayi yang baru lahir dirawat

dengan larutan argentum nitrat untuk mengelak

daripada buta.

UMUM 
PARIS

Paris dalam mitologi Yunani ialah anak lelaki

Priam, raja Troy. Ibu Paris, Hecuba, bermimpi

bahawa anak yang dikandungnya itu merupakan

obor yang akan membakar negara. Seorang

tukang tilik berkata mimpi itu bererti bahawa anak

itu akan menyebabkan kemusnahan Troy. Priam

menyerahkan Paris kepada seorang abdi dan

menyuruh abdi itu membunuh bayi tersebut.

UMUM 
OKSIGEN

Oksigen ialah gas penyokong hidupan dan juga

unsur kimia. Simbol kimianya ialah O. Hampir

semua benda hidup memerlukan oksigen untuk

terus hidup. Oksigen berpadu dengan bahan

kimia yang lain dalam sel tumbuhan dan haiwan

untuk mengeluarkan tenaga yang diperlukan bagi

proses kehidupan. Oksigen juga diperlukan

untuk membakar kebanyakan bahan api. Semasa

proses pembakaran, oksigen berpadu dengan

bahan api dalam tindak balas kimia. Haba

dikeluarkan semasa proses pembakaran ini.

UMUM 
12

Kembali ke atas