Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.kar] | ممباکر

Definisi : 1. menyalakan (memasang, menghanguskan) sesuatu dgn api: ~ kayu; ~ sampah; 2. memanaskan sesuatu (spt ikan, daging, pisang, dsb) di atas api supaya masak, memanggang: ~ pisang; 3. memasak sesuatu (spt kuih, ikan, daging, dll) dgn jalan memanaskannya dlm ketuhar: ~ kuih; ~ kapur; 4. ki membuatkan seseorang marah atau meradang: “Kalau engkau menjadi pemimpin, aku mesti kebuluran,” ia ~ hati isterinya; 5. ki menyemarakkan sesuatu perasaan (spt semangat, cinta, dsb): gadis itu menjeling dan melemparkan senyuman yg ~ jiwa orang muda itu; ~ semangat; 6. menyebabkan terasa sangat panas seolah-olah terbakar: panas yg kian terik dan ~ kulit kepala; dibakar tiada hangus prb tidak dapat dipengapakan (kerana degil, berkuasa, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.kar] | ممباکر

Definisi : 1 memasang api pd sesuatu supaya hangus atau menyala; menyalakan sesuatu dgn api: Petang semalam, saya menolong ibu saya ~ sampah sarap di belakang rumah. 2 memanaskan atau memanggang sesuatu di atas api supaya masak: Kerana hujan, kami terpaksa ~ lemang di bawah rumah. 3 ki membangkitkan (perasaan marah, semangat dsb): mengorbankan: ~ hati; ~ semangat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membakar

Puisi
 

Asap api membakar embun,
     Rendang lada disimpul pulih;
Kalau kaca tangkainya embun,
     Pandang ada ambil tak boleh.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Bagai lobak di pemerunan,
     bagai kacang tengah dua bulan.

Bermaksud :

Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi. pemerunan = tempat membakar sampah.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rotary ovenketuhar putarPentadbiran PerniagaanTiadaKetuhar yang mempunyai rak-rak di bahagian dalam yang boleh berputar semasa membakar dan tidak perlu mengalih-alihkan kedudukan bahan makanan yang sedang dibakar, selalunya untuk membakar roti dan kuih.
rotating ovenketuhar putarPentadbiran PerniagaanTiadaKetuhar yang mempunyai rak-rak di bahagian dalam yang boleh berputar semasa membakar dan tidak perlu mengalih-alihkan kedudukan bahan makanan yang sedang dibakar, selalunya untuk membakar roti dan kuih.
revolving ovenketuhar putarPentadbiran PerniagaanTiadaKetuhar yang mempunyai rak-rak di bahagian dalam yang boleh berputar semasa membakar dan tidak perlu mengalih-alihkan kedudukan bahan makanan yang sedang dibakar, selalunya untuk membakar roti dan kuih.
burning tonguelidah membakarPerubatanTiadaSensasi seperti kebakaran pada lidah, gejala penyakit sistemik. Sinonim : glosopirosis.
burning cuttingpemotongan membakarKejuruteraanKejuruteraan KimiaKaedah pemotongan logam yang mudah teroksida atau logam yang perlu disediakan untuk kimpalan dengan menggunakan api yang panas, seperti nyalaan oksiasetilena.
fluks burning cuttingpemotongan membakar fluksKejuruteraanKejuruteraan KimiaKaedah pemotongan logam yang bukan ferus dan keluli tahan karat yang tidak mudah teroksida dengan menaburkan serbuk besi pada kawasan pembakaran untuk meningkatkan pemindahan haba dan tahap pemotongan.
paring and burningmemerun dan membakarPertanianTiadaTiada
cremationpembakaran mayatSosiologiTiadaProses membakar sama ada menggunakan api secara langsung atau di dalam ketuhar khas.
cauterizationpelecuhan; pengkauteranPerubatanTiadaProses membakar sesuatu bahagian dengan kauteri.
annealingpenyepuhlindapanKesenianTiada4. Proses membakar logam dengan suhu yang tinggi kemudian disejukkan secara perlahan supaya lembut dan mudah dikerjakan
12345678910

Kembali ke atas