Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.lut] | ممبالوت

Definisi : membarut, membebat, membungkus: ~ luka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.lut] | ممبالوت

Definisi : membungkus sesuatu supaya tidak terdedah: Dia ~ lukanya dgn kain kapas yg jarang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membalut


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERMALOI

Permaloi ialah aloi nikel-besi yang mudah

dimagnetkan. Ia boleh dimagnetkan dengan

membalut dawai bertebat di sekelilingnya dan

mengalirkan arus elektrik melalui dawai itu. Permaloi

hilang kemagnetannya apabila arus dihentikan.

Apabila arus ulang-alik yang lemah dialirkan

menerusi gegelung yang dililitkan di sekeliling

batang permaloi, ia menghasilkan medan magnet

ulang-alik yang kuat dalam bahan itu. Oleh sebab ini,

permaloi adalah bahan yang unggul untuk digunakan

sebagai teras pengaruh dan pengubah kuasa rendah

yang digunakan dalam kejuruteraan komunikasi.

UMUM 
TALI PAKAL

Tali pakal ialah serat longgar yang diperoleh

dengan membuka tali rami lama yang bertar. Serat

ini digunakan, terutamanya untuk memakal atau

menyumbat kelim kapal kayu supaya ia kedap air.

Tukang paip menggunakan tali pakal untuk

membalut paip dalam paip sisa. Tali pakal putih ,

yang diperbuat daripada tali yang bersih,

dahulunya digunakan untuk tujuan perubatan,

seperti membalut luka.

UMUM 
FUROSHIKI

Furoshiki ialah kain yang digunakan oleh orang tua di Jepun untuk membalut atau membawa barang.

KESENIANAlat/Alatan

Kembali ke atas