Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.ngun.kan] | ممباڠونکن

Definisi : 1. menyuruh seseorang yg sedang tidur supaya bangun, membangkitkan, menggerakkan, mengejutkan: setiap hari ibunya ~nya pd pukul enam pagi; 2. menyebabkan seseorang yg sedang tidur terjaga (kerana bising, diganggu, dsb), membangkitkan, mengejutkan: dentuman yg kuat itu ~nya drpd tidur; 3. membina, mendirikan, membuat: bendahara bermesyuarat hendak ~ kapal akan kenaikan raja; bandar itu dibangunkan di atas kawasan yg mengandungi bijih; mengutip derma utk ~ madrasah; 4. membuat supaya membangun (maju dan berkembang), membina, memajukan: ~ negara; ~ bangsa;5. membuat supaya wujud (timbul, datang) sesuatu perasaan: ~ minat; ~ hasrat utk berdikari; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.ngun.kan] | ممباڠونکن

Definisi : 1 membina atau membentuk sesuatu supaya tegak berdiri; mendirikan: ~ rumah. 2 mengusahakan supaya maju: ~ negara ialah tugas setiap rakyat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mem.ba.ngun.kan] | ممباڠونکن

Definisi : 1 mengejutkan orang drpd tidur; menggerakkan orang tidur supaya terjaga: Tiap-tiap pagi, ayah ~ saya supaya bersembahyang subuh dgnnya. 2 menimbulkan semangat dsb; membangkitkan: Kita hendaklah ~ minat membaca di kalangan kanak-kanak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membangunkan


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Membangunkan syarikat [diwawancara oleh Rusmin Fadzil]Mustapha Kamal Haji Abu BakarDewan Ekonomi1 December 1997
Membangunkan industri pelancongan tempatanKuppusamy S.Dewan Masyarakat1 June 1994
Membangunkan kebudayaan kebangsaanHamzah HamdaniDewan Budaya1 December 1979
NCER membangunkan industri pelanconganFauwaz HasbullahDewan Ekonomi1 October 2007
Kaedah membangunkan industri penulisanAndrod SadianPelita Bahasa1 April 2000
Kaedah membangunkan industri penulisanAndrod SadianPelita Bahasa1 April 2000
IKD membangunkan insanTiadaDewan Masyarakat1 September 1994
Bersama membangunkan BosniaNur Amirah FatinDewan Ekonomi1 May 1996
Pembiayaan swasta membangunkan ekonomiFadillah MansorDewan Ekonomi1 December 2007
Pentingnya kesedaran membangunkan kualiti hidupTiadaDewan Masyarakat1 March 1998
12

Kembali ke atas