Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.ngun.kan] | ممباڠونکن

Definisi : 1. menyuruh seseorang yg sedang tidur supaya bangun, membangkitkan, menggerakkan, mengejutkan: setiap hari ibunya ~nya pd pukul enam pagi; 2. menyebabkan seseorang yg sedang tidur terjaga (kerana bising, diganggu, dsb), membangkitkan, mengejutkan: dentuman yg kuat itu ~nya drpd tidur; 3. membina, mendirikan, membuat: bendahara bermesyuarat hendak ~ kapal akan kenaikan raja; bandar itu dibangunkan di atas kawasan yg mengandungi bijih; mengutip derma utk ~ madrasah; 4. membuat supaya membangun (maju dan berkembang), membina, memajukan: ~ negara; ~ bangsa;5. membuat supaya wujud (timbul, datang) sesuatu perasaan: ~ minat; ~ hasrat utk berdikari; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.ngun.kan] | ممباڠونکن

Definisi : 1 membina atau membentuk sesuatu supaya tegak berdiri; mendirikan: ~ rumah. 2 mengusahakan supaya maju: ~ negara ialah tugas setiap rakyat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mem.ba.ngun.kan] | ممباڠونکن

Definisi : 1 mengejutkan orang drpd tidur; menggerakkan orang tidur supaya terjaga: Tiap-tiap pagi, ayah ~ saya supaya bersembahyang subuh dgnnya. 2 menimbulkan semangat dsb; membangkitkan: Kita hendaklah ~ minat membaca di kalangan kanak-kanak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membangunkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
brand buildingpembangunan jenamaKomunikasiKorporatProses membangunkan citra dan kedudukan jenama. Matlamat aktiviti ini adalah untuk mewujudkan kesan jangka panjang dari segi pengetahuan dan kesedaran jenama. Selain itu, proses ini bertujuan untuk mengukurhkan kedudukan jenama dalam pasaran terutama apabila barangan menghadapi saingan. Aktiviti ini boleh juga dilakukan untuk membangunkan jenama baharu atau membangunkan semula jenama yang tidak mendapat sambutan dalam pasaran. Proses membangunkan jenama melibatkan kesemua proses komunikasi dari peringkat mewujudkan kesan pengetahuan dan kesedaran sehingga kepada kesan pengamalan dan penggunaan barangan atau perkhidmatan.
anti-satellite weapon (ASAT))senjata antisatelitSains PolitikHubungan AntarabangsaSenjata yang berkeupayaan untuk menyalurkan maklumat mengenai sistem dunia. Sebahagian daripada fungsinya adalah untuk strategi ketenteraan. Pemimpin negara yang mempunyai keupayaan membangunkan teknologi yang canggih ini berkeupayaan untuk memantau pihak musuh. Daripada segi sejarah, Kesatuan Soviet (USSR) dan Amerika Syarikat telah membangunkan teknologi ASAT sejak tahun 1960-an. USSR membangunkan persenjataan ini pada tahun 1968, manakala Amerika Syarikat pula membangunkan teknologi ASAT melalui program Inisiatif Pertahanan Strategik (SDI) yang berjaya menghasilkan roket pemintas. Persenjataan kedua-dua negara ini ialah jenis bukan nuklear.
food product developmentpembangunan produk makananMakanan dan PemakananMakananPerihal menghasilkan produk komersial makanan yang baharu. Langkah-langkah yang terlibat dalam pembangunan produk makanan termasuklah menyediakan formulasi, mereka bentuk pembungkusan, membangunkan prototaip, menjalankan ujian sensori, membangunkan produk pada skala pandu ke skala industri dan menghasilkan pelan pemasaran produk.
instructional developmentpembangunan pengajaranPendidikanTiadaProses membangunkan atau memantapkan sumber pengajaran bagi menghasilkan pembelajaran yang berkesan.
knowledge engineerjurutera pengetahuanTeknologi MaklumatTiadaOrang yang membangunkan sistem pakar. Dia mendapatkan pengetahuan daripada pakar dan mengekodkannya sebagai pangkalan pengetahuan.
redevelopmentpembangunan semulaPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaAktiviti membangunkan semula keseluruhan atau se- bahagian besar kawasan usang yang telah dirobohkan.
voltage multiplier rectifierrektifier pengganda voltanKejuruteraanTiadaRektifier untuk membangunkan voltan aras terus berkeupayaan tinggi untuk pemecutan zarah bercas.
Cockroft-Walton rectifierrektifier Cockroft-WaltonKejuruteraanTiadaRektifier untuk membangunkan voltan arus terus berkeupayaan tinggi untuk pemecutan zarah bercas.
unit operatorpengendali unitKejuruteraanTiadaSyarikat minyak yang bertanggungjawab membangunkan dan mengeluarkan petroleum dari medan minyak milik bersama.
redevelopmentpembangunan semula; bina semulaSosiologiTiadaPembangunan semula: Aktiviti membangunkan semula keseluruhan atau sebahagian besar kawasan usang yang telah dirobohkan.
12345678910...

Kembali ke atas