Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ban.ji.ri] | ممبنجيري

Definisi : 1. menggenangi, mengempohi (sawah dll): dlm musim hujan, beberapa bahagian kota dibanjiri air; 2. mendatangi spt banjir, datang banyak-banyak: pd pertengahan tahun 1943, negeri Brunei dibanjiri oleh kuli-kuli dr Jawa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ban.ji.ri] | ممبنجيري

Definisi : 1 datang menggenangi atau menenggelami: Apabila hujan lebat, air sungai akan ~ kawasan lembah di sekitarnya. 2 ki mendatangi banyak-banyak: Orang ramai ~ stadium itu sejak petang tadi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membanjiri


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
arahan daripada penggodam untuk tindakan seterusnya. Penggodam boleh menghantar arahan pada bila-bila masa kepada komputer ini dari lokasi berasingan untuk melancarkan serangan bagi pihaknya. Komputer zombi biasanya menyerang secara membanjiri komputer sasaran dengan limpahan paket data tak berguna tanpa henti. Komputer sasaran akan menganggap bahawa serangan berpunca daripada komputer zombi dan bukannya daripada komputer penggodam. Serangan tersebut hanya boleh dihentikan

Kembali ke atas