Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ban.ji.ri] | ممبنجيري

Definisi : 1. menggenangi, mengempohi (sawah dll): dlm musim hujan, beberapa bahagian kota dibanjiri air; 2. mendatangi spt banjir, datang banyak-banyak: pd pertengahan tahun 1943, negeri Brunei dibanjiri oleh kuli-kuli dr Jawa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ban.ji.ri] | ممبنجيري

Definisi : 1 datang menggenangi atau menenggelami: Apabila hujan lebat, air sungai akan ~ kawasan lembah di sekitarnya. 2 ki mendatangi banyak-banyak: Orang ramai ~ stadium itu sejak petang tadi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membanjiri


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
BundpermatangPertanianAgronomi

Jaluran tanah yang ditimbun tinggi daripada tanah sekeliling untuk menyekat pengaliran air. Permatang dibina di tebing sungai atau di persisiran pantai untuk mengelakkan air sungai atau laut membanjiri kawasan tanah yang berhampiran. Permatang dibina di sawah padi supaya air dapat ditakung untuk membanjiri tanaman pada peringkat tumbesaran.

flooding irrigationpengairan limpahPertanianTiadaKaedah pengairan dengan cara membebaskan air dari parit-parit hingga membanjiri tanah sekeliling.
collision bulkheaddinding sekat langgarKejuruteraanTiadaDinding sekat kedap air di bahagian haluan kapal yang bertujuan menghalang air membanjiri ruang kargo jika berlaku perlanggaran.
forepeak bulkheaddinding sekat ceruk luanKejuruteraanTiadaDinding sekat kedap air di bahagian haluan kapal yang bertujuan menghalang air membanjiri ruang kargo jika berlaku perlanggaran.
moleempang ombakSains MarinTiadaStruktur besar yang biasanya dibina menggunakan batu untuk menghalang aliran air. Permatang selalunya dibina di tebing sungai atau di pesisir pantai bagi mengelakkan air membanjiri kawasan tanah yang berhampiran. Sinonim permatang.
zombiezombiTeknologi MaklumatPerisianKomputer yang dikawal dari jauh oleh pengguna hasad dan berperanan sebagai pelantar serangan DDoS terhadap sasaran tertentu. Daemon DDoS akan dipasang pada komputer ini tanpa pengetahuan pengguna sebenar dan daemon ini akan menunggu arahan daripada penggodam untuk tindakan seterusnya. Pada bila-bila masa sahaja penggodam boleh menghantar arahan kepada komputer ini dari lokasi berasingan untuk melancarkan serangan bagi pihaknya. Komputer zombi biasanya menyerang dengan cara membanjiri komputer sasaran dengan limpahan paket data yang tidak berguna tanpa henti. Komputer sasaran akan melihat serangan tersebut berpunca daripada komputer zombi dan bukannya daripada komputer penggodam. Serangan tersebut hanya boleh dihentikan apabila pengguna sebenar menemui dan membatalkan daemon DDoS pada komputernya.
zombiezombiTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKomputer yang dikawal dari jauh oleh pengguna hasad dan berperanan sebagai pelantar serangan DDoS terhadap sasaran tertentu. Daemon DDoS akan dipasang pada komputer ini tanpa pengetahuan pengguna sebenar dan daemon ini akan menunggu arahan daripada penggodam untuk tindakan seterusnya. Penggodam boleh menghantar arahan pada bila-bila masa kepada komputer ini dari lokasi berasingan untuk melancarkan serangan bagi pihaknya. Komputer zombi biasanya menyerang secara membanjiri komputer sasaran dengan limpahan paket data tak berguna tanpa henti. Komputer sasaran akan menganggap bahawa serangan berpunca daripada komputer zombi dan bukannya daripada komputer penggodam. Serangan tersebut hanya boleh dihentikan apabila pengguna sebenar menemui dan membatalkan daemon DdoS pada komputernya.

Kembali ke atas