Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ban.tah] | ممبنته

Definisi : menentang, melawan (pendapat): dia tidak ~, hanya air matanya yg menitik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ban.tah] | ممبنته

Definisi : tidak menyetujui pendapat orang lain; menentang atau melawan perkataan atau pendapat orang: Setelah mendengar nasihat guru, murid-murid tidak ~ lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membantah

Peribahasa

Lidah terganjal.

Bermaksud :

Tidak dapat membantah sesuatu permintaan orang kerana telah berhutang budi dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Maksudnya frasa membantah keras keputusan yang dibuat dan frasa keras membantah keputusan yang dibuat kedua-duanya betul kerana keras ialah kata adverba yang boleh hadir di depan dan di belakang kata kerja?Betul, untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 289.Tatabahasa28.05.2014
Maaf ada sedikit pembetulan. Cikgu, tolong terangkan penggunaan ayat yang betul di bawah ini kepada saya. 1. Kebanyakan ahli persatuan itu membantah keras keputusan yang dibuat oleh anggota jawatankuasa tersebut. 2. Kebanyakan ahli persatuan itu keras membantah keputusan yang dibuat oleh anggota jawatankuasa tersebut.1. Kebanyakan ahli persatuan itu membantah keras keputusan yang dibuat oleh anggota jawatankuasa tersebut.
2. Kebanyakan ahli persatuan itu keras membantah keputusan yang dibuat oleh anggota jawatankuasa tersebut.
Kedua-dua ayat tersebut betul, keras ialah kata adverb yang boleh hadir sebelum dan selepas kata kerja.
Tatabahasa27.05.2014
Cikgu, tolong terangkan penggunaan ayat di bawah yang betul kepada saya. 1. Kebanyakan ahli persatuan itu membantah keras keputusan yang dibuat oleh anggota jawatankuasa tersebut. 2. Kebanyakan ahli persatuan itu keras membantah keras keputusan yang dibuat oleh anggota jawatankuasa tersebut.Ayat yang betul ialah "Kebanyakan ahli persatuan itu membantah keras keputusan yang dibuat oleh anggota jawatankuasa tersebut".
Tatabahasa27.05.2014
Apakah kesalahan ejaan dan imbuhan dalam ayat berikut? 2.Penduduk di Pekan Semenyih membantah tindakan sebuah kilang haram yang terbuang sisa-sisa toksid ke dalam longkang. 3.Hidayah memakaikan selendang berwarna hijau lumut semasa menghadiri majlis perkhawinan sepupunya. 4.Kerajaan akan memperkenal plat nombor pendaftaran pintar bagi mengatasi pemalsuan nombor pendaftaran kenderaan dinegara ini. 5. Murid sekolah itu tolak menolak ketika menaikki bas ke sekolah. 6. Mereka telah memelawa kami untuk menghadiri majelis yang akan diadakan pada malam ini. 7.Penglibatan rakyat negara kita dalam membantu mangsa gempabumi di negara jiran amat mengalu-alukan oleh pihak kerajaan. 8.Para peserta krusus itu bertukar-tukarkan pandangan bagi menyiapkan tugasan untuk dibentangkan pada hari terakhir nanti.1.Penduduk di Pekan Semenyih membantah tindakan sebuah kilang haram yang membuang sisa-sisa toksik ke dalam longkang.
2. Hidayah memakai selendang berwarna hijau lumut semasa menghadiri majlis perkhawinan sepupunya.
3. Kerajaan akan memperkenalkan plat nombor pendaftaran pintar bagi mengatasi pemalsuan nombor pendaftaran kenderaan di negara ini.
4.Murid sekolah itu tolak menolak ketika menaiki bas ke sekolah.
5.Mereka telah mempelawa kami untuk menghadiri majlis yang akan diadakan pada malam ini.
6.Penglibatan rakyat negara kita dalam membantu mangsa gempa bumi di negara jiran amat dialu-alukan  oleh pihak kerajaan.
7.Para peserta kursus itu bertukar-tukar pandangan bagi menyiapkan tugasan untuk dibentangkan pada hari terakhir nanti.
Tatabahasa22.03.2013
tuan 1. ada pihak yang menganggap bahawa hukuman yang dijatuhkan kepadanya tidak setimpal dengan kesalahannya. (kepadanya adalah salah..adakah ini betu? 2. bahagian hadapan rumah itu remuk apabila dirempuh oleh bas. ( tuan, bolehkah remuk digunakan ? kalau tak bboleh, apakah kosa kata yang sesuai dignakan?) 3. Majlis sebulat-bulat suara membuat keputusan untuk membantah cadangan kerajaan itu.( sebulat-bulat adalah salah..tuan, mengapa?) 4. mereka kurang senang dengan peraturan baharu yang diputuskan oleh pihak berkuasa tempatan. ( diputuskan adalah salah, tuan...mengapa?) 5. sasterawan itu tidak hadir ke majlis pemberian anugerah itu kerana dia sakit. ( tuan, pemberian adalah salah..mengapa?) 6. tuan.. terima kasih bersungguh-sungguh atas bantuan tuan kepada saya.

1. Ada pihak yang menganggap bahawa hukuman yang dijatuhkan tidak setimpal dengan kesalahannya. - ayat yang lengkap ialah ... dijatuhkan oleh hakim ... (ayat pasif kepada ... hakim menjatuhkan ...

2. Bahagian hadapan rumah itu roboh/rosak teruk/musnah apabila dirempuh oleh bas. - remuk bermaksud hancur berkecai seperti kaca 

3. Majlis sebulat suara membuat keputusan untuk membantah cadangan kerajaan itu. - bulat-bulat bermaksud berbentuk bulat  

4. Mereka kurang senang dengan peraturan baharu yang diputuskan oleh pihak berkuasa tempatan. - peraturan yang ditetapkan (bukan diputuskan) 

5. Sasterawan itu tidak hadir ke majlis penganugerahan itu kerana dia sakit. - penganugerahan bermaksud penyampaian atau pemberian anugerah, manakala pemberian bermaksud penyampaian hadiah (bukan anugerah)

Tatabahasa11.04.2011
Assalamualaikum Mohon penjelasan tentang membahaskan dan memperbahaskanW'salam.
1. Membahaskan: 1. membincangkan sesuatu dgn mengemukakan hujah masing-masing (sama ada menyokong atau menentang), mendebatkan, memperdebatkan: persidangan utk memilih usul-usul yg akan dibawa dlm sidang agung utk dibahaskan; 2. mengupas, mengkritik, membantah: kenyataan ini tidak dapat dibahaskan lagi;

2. Memperbahaskan:  menjadikan sesuatu sbg bahan berbahas; memperdebatkan: Perkara itu akan diperbahaskan dlm majlis yg akan diadakan nanti.

Sekian, terima kasih
Makna06.08.2016
1) Adakah ayat-ayat di bawah betul dari segi struktur bahasanya?Jika tidak mohon pihak tuan memberi penerangan yang LEBIH lanjut. - Kami berada di sini dari pukul 4.00 petang hingga ke pukul 6.00 petang. - Jarak di antara rumah Rosli dengan rumah neneknya lebih kurang dua kilometer. - Kedai menjual alat tulis itu dibuka hingga lewat malam. 2) Adakah asam keping dan asam gelugur memberi maksud yang sama? Apakah penjodoh bilangan yang paling sesuai digunakan untuk asam gelugur?Biji atau keping?Atau kedua-dua penjodoh bilangan tersebut boleh digunakan. 3) Apakah perkataan berlawanan yang paling tepat bagi menyangkal? A)membantah B) mengakui C) Mengikut D) menurut1.Ayat yang berikut telah diperbaik manakala ayat lain betul.
Kami berada di sini dari pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang.

Penggunaan hingga dan ke dianggap lewah
2.Berdasarkan rujukan kami, asam keping dan asam gelugur ialah sama.Penjodoh bilangan yang paling hampir ialah keping.

3.Perkataan yang paling hampir ialah mengakui.
Tatabahasa07.08.2013
Baru-baru ini Kerajaan telah mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pertanyaan saya adalah sama ada penggunaan perkataan "Pencegahan" atau "Anti" atau " Pembanterasan" yang lebih sesuai digunakan memandangkan ada yang berpandangan perkataan "Pencegahan" tidak menggambarkan elemen penguatkuatkuasaan (kurang keras) berbanding perkataan "Anti" atau "Pembanterasan". Pohon juga pandangan pihak tuan sekiranya terdapat perkataan lain yang lebih bersesuaian. Sekian, terima kasih.Perkataan cegah bermaksud tegah, halang. Pencegahan bermaksud perihal(perbuatan dsb.)mencegah, penegahan, penolakan, pengawalan(pengawasan). Anti bermaksud tidak suka,, awalan asing yang bermaksud tidak menyetujui, melawan, membantah, menentang. Banteras bermaksud membasmi, menghapuskan, memerangi. Perkataan lain yang membawa maksud yang sama ialah menjauhkan, mengelakkan, menyekat, mengekang. Kami percaya pihak yang memilih perkataan pencegahan untuk menamai Suruhanjaya tersebut telah pun meneliti dan mengkaji semua perkataan yang sedia ada  secara terperinci.       Makna10.06.2008

Kembali ke atas