Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ban.tu] | ممبنتو

Definisi : memberi pertolongan, menolong, menyokong: keluarga itu sangat baik hati dan ~ saya dgn modal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ban.tu] | ممبنتو

Definisi : memberikan pertolongan; menolong: Dia berjanji akan ~ kami jika kami mendapat kesusahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membantu

Puisi
 

Dewa-dewa melihat sakti,
     Diam dalam gua batu;
Jangan encik susah hati,
     Susah ada Tuhan membantu.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Menggali paya menimbun bukit.

Bermaksud :

Membantu orang kaya dengan jalan menganiaya orang-orang miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Menimbun tanah yang tinggi, menggali tanah yang lekuk).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
digestantpencernaPerubatanTiada1. Menggalak atau membantu pencernaan. 2. Agen yang membantu proses pencernaan.
reciprocitykesalinganSains PolitikPolitik PerbandinganHubungan antara dua pihak yang saling membantu antara satu sama lain. Hubungan ini tidak semestinya sentiasa berjalan tetapi apabila satu pihak memerlukan bantuan, pihak satu lagi sedia membantu dan demikian juga sebaliknya. Keadaan ini wujud kerana semangat setia kawan yang tinggi dan kesedaran pentingnya rakan yang boleh membantu apabila diperlukan. Contohnya, hubungan UMNO dan MCA kesalingan. Sinonim timbal balik.
co-pilotpembantu juruterbangAeroangkasaTiadaJuruterbang yang ditugaskan membantu ketua juruterbang dalam penerbangan.,Juruterbang yang ditugaskan membantu ketua juruterbang dalam penerbangan.
administrative assistantpembantu pentadbiranKomunikasiTiadaPetugas yang membantu kerja-kerja pentadbiran dalam kumpulan penerbitan. Antara tugasnya ialah membantu menguruskan kerja-kerja yang berkaitan dengan mesyuarat, menandatangani perjanjian dan hal-hal kewangan.
accessory glandkelenjar aksesoriPerubatanTiadaKelenjar yang membantu sesuatu organ menjalankan fungsinya. Contoh kelenjar air liur yang membantu organ penghadaman.
accounting softwareperisian perakaunanTeknologi MaklumatPerisianPerisian yang membantu pengurusan perakaunan sesebuah organisasi. Perisian ini dapat membantu dalam penjanaan penyata kewangan yang terdiri daripada penyata pendapatan, penyata aliran tunai dan kunci kira-kira. Contohnya, perisian Peachtree, MYOB, GnuCash dan UBS.
dramaturgdramaturgKesusasteraanTiadaIndividu yang membantu pengarah drama dalam mendapatkan maklumat tentang konteks sejarah drama dan biografi penulis serta membantu penulis drama memperincikan dan menyiapkan skrip.
digestantpencernaFarmasiFarmakologi1.Berkaitandenganmembantupencemaan ataumerangsang pencernaan. 2.Agen yang berupaya membantu pencernaan. Contohnya, pepsin yang ditambah ke dalam diet untuk membantu pencernaan makanan
election officerpegawai pilihan rayaUndang-undangTiadaPegawai yang dilantik untuk menjalankan atau membantu perjalanan pilihan raya, atau bagi maksud mendaftarkan atau membantu pendaftaran pemilihan.
prompterpembantu ingatKesenianDrama dan TeaterIndividu yang berperanan membantu pelakon mengingat sesuatu dialog dalam persembahan teater. Pembantu ingat akan berbisik atau memberikan isyarat tertentu untuk membantu pelakon mengingati dialog. Pembantu ingat perlu sentiasa memegang dan menyemak skrip serta berada di sayap kiri atau kanan pentas.
12345678910...

Kembali ke atas