Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.suh] | ممباسوه

Definisi : 1. membersihkan sesuatu dengan air, mencuci: membasuh kain; membasuh beras; 2. ki menjadikan tidak ada lagi (kenangan pahit, kekejian, malu, dan sebagainya), mencuci: membasuh dosa dengan meminta ampun kepada Tuhan; 3. bp memarahi dan meleteri seseorang: aku membasuh dia cukup-cukup tadi; 4. menghapuskan, menyapu bersih: membasuh orang yang antiperpaduan (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.suh] | ممباسوه

Definisi : membersihkan sesuatu dgn air; mencuci: Tiap-tiap hari Ahad, saya menolong ibu ~ kain baju. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membasuh

Puisi
 

Ada kerusi ada meja,
     Itulah tempat membasuh kaki;
Ada budi ada bahasa,
     Itulah tempat ditaruh hati.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Membasuh muka dengan air liur.

Bermaksud :

Memperbaiki sesuatu kesalahan, dengan kesalahan yang lebih besar lagi.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
jelok II[dZ«.lo/]kata namasejenis mangkuk besar tempat membasuh pinggan mangkuk dan lain-lain, besen.Tulong buboh ubi stelo tu dale jelok ni.[tu.loN bu.boh u.bi stE.l tu dA.lE dZ«.lo/ ni]Tolong masukkan ubi keledek itu di dalam besen ini.

Kembali ke atas