Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.suh] | ممباسوه

Definisi : 1. membersihkan sesuatu dengan air, mencuci: membasuh kain; membasuh beras; 2. ki menjadikan tidak ada lagi (kenangan pahit, kekejian, malu, dan sebagainya), mencuci: membasuh dosa dengan meminta ampun kepada Tuhan; 3. bp memarahi dan meleteri seseorang: aku membasuh dia cukup-cukup tadi; 4. menghapuskan, menyapu bersih: membasuh orang yang antiperpaduan (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.suh] | ممباسوه

Definisi : membersihkan sesuatu dgn air; mencuci: Tiap-tiap hari Ahad, saya menolong ibu ~ kain baju. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membasuh

Puisi
 

Ada kerusi ada meja,
     Itulah tempat membasuh kaki;
Ada budi ada bahasa,
     Itulah tempat ditaruh hati.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Membasuh muka dengan air liur.

Bermaksud :

Memperbaiki sesuatu kesalahan, dengan kesalahan yang lebih besar lagi.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
washing-upn 1. washing of dishes, cutlery, etc, /membasuh, mencuci/ pinggan mangkuk: she helped her mother with the ~, dia menolong ibunya membasuh pinggan mangkuk; do the ~, /membasuh, mencuci/ pinggan mangkuk;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
washvt 1. make clean with water or other liquid, membasuh, mencuci: the children were told to ~ their hands after the game, budak-budak itu disuruh membasuh tangan mereka selepas bermain; the women ~ their clothes in the river, wanita-wanita itu membasuh pakaian di sungai; the maid was ~ing the dishes, pembantu rumah itu sedang mencuci pinggan-mangkuk;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rinse~ st out, membasuh sst hingga bersih: she ~d the teapot out under the tap, dia membasuh teko teh itu hingga bersih di paip itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tear2~ into so., (colloq) membasuh sso: I tore into him for being so rude, saya membasuh dia krn terlalu kurang ajar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
washingn 1. work of washing clothes, kerja /membasuh, mencuci/: the ~ must be done today, kerja membasuh mesti dibuat hari ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
freshen~ up, (colloq), (by washing, shaving, etc) membasuh muka: just give me ten minutes to ~ up, beri saya sepuluh minit utk membasuh muka; ~ so. up, menyegarkan sso: a good sleep will ~ you up, tidur yg cukup akan menyegarkan kamu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
brainwashvt membasuh otak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
washingdo the ~, membasuh, mencuci;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
washgive st a ~, /membasuh, mencuci/ sst;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
washb. clean st with detergen and water, /membasuh, mencuci/ sst: ~ the tea things up before you go out, basuh bekas minum petang sebelum kamu keluar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas