Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.suh] | ممباسوه

Definisi : 1. membersihkan sesuatu dengan air, mencuci: membasuh kain; membasuh beras; 2. ki menjadikan tidak ada lagi (kenangan pahit, kekejian, malu, dan sebagainya), mencuci: membasuh dosa dengan meminta ampun kepada Tuhan; 3. bp memarahi dan meleteri seseorang: aku membasuh dia cukup-cukup tadi; 4. menghapuskan, menyapu bersih: membasuh orang yang antiperpaduan (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.suh] | ممباسوه

Definisi : membersihkan sesuatu dgn air; mencuci: Tiap-tiap hari Ahad, saya menolong ibu ~ kain baju. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membasuh

Puisi
 

Ada kerusi ada meja,
     Itulah tempat membasuh kaki;
Ada budi ada bahasa,
     Itulah tempat ditaruh hati.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Membasuh muka dengan air liur.

Bermaksud :

Memperbaiki sesuatu kesalahan, dengan kesalahan yang lebih besar lagi.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
As salam. Saya hendak bertanya mengenai penggunaan perkataan membasuh dan mencuci. Jika kita hendak membina ayat "emak sedang mencuci/membasuh pakaian... Ayah sedang membasuh/mencuci kereta... adik membasuh/mencuci tangan selepas makan.. Yang mana satu lebih tepat? Terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, "cuci" dan "basuh" mempunyai makna yang sama. Kedua-duanya boleh digunakan dalam ayat.Tatabahasa30.09.2013
Yang mana satu ayat yang betul, dan apakah alasannya? 1. Ali membasuh tangan kerana baru saja lepas makan menggunakan sabun. ATAU Ali membasuh tangan dengan sabun kerana baru saja lepas makan. 2. Ali mencuci tangan supaya bersih di singki. ATAU Ali mencuci tangan di singki supaya bersih.Binaan ayat yang betul, iaitu Subjek + Predikat ialah:
1. [Ali membasuh tangan dengan sabun] + [kerana baru sahaja lepas makan]
2. [Ali mencuci tangan di singki] + [supaya bersih].
Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa10.10.2012
Cikgu, apakah perbezaan maksud "membasuh" dengan "mencuci"? Contoh frasa: 1. membasuh baju 2. mencuci baju Tolong terangkan pernyataan berikut. Terima kasih DBP, teruskan semangat bahasa Melayu!Membersih sama maksudnya dengan mencuci, kedua-duanya boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa10.05.2014
Puan Farisha _____ sayur bayam itu sehingga bersih. Adakah jawapan mencuci / membilas atau membasuhPuan Farisha mencuci/membasuh sayur bayam itu sehingga bersih.Tatabahasa13.07.2016
Slmt ptg, tumpang tanya: 1. Ali dan Ah Chong mandi di sungai. 2. Ali dan Ah Chong membasuh di sungai. Kedua-dua ayat tersebut, mana satu yang betul?( dari segi bahasa) Adakah ia boleh diterima kedua-duanya. Sekian, terima kasih.

Salam sejahtera,

Yang berikut ialah jawapan kedua-dua soalan:

Soalan 1: Ayat betul dan tidak mengandungi sebarang kesalahan.

Soalan 2:  Ayat tersebut kurang tepat kerana kata kerja yang digunakan ialah kata kerja transitif.  Kata kerja transitif memerlukan objek.  Oleh sebab itu, selepas kata kerja transitif "membasuh" perlu diikuti objek.  Contoh:membasuh kain, atau membasuh kereta.

 

Sekian, dan terima kasih.

 

 

 

Tatabahasa01.11.2010
Untuk Ayat pasif berikut: Baju itu kena basuh oleh ibu. Manakah ayat aktif yang sepadan? (a)Ibu kena basuh baju itu. (b)Ibu membasuh baju itu.Ayat aktif yang betul ialah "Ibu membasuh baju itu".Tatabahasa29.10.2015
Penggunaan "cuci" dan "basuh" Adakah kedua-dua perkataan ini boleh digunakan dalam ayat ini. Saya membasuh rambut 2 hari sekali. Saya mencuci rambut dua kali sehari. Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, "cuci" dan "basuh" mempunyai makna yang sama. Oleh itu, kedua-dua ayat yang diberikan adalah betul dan boleh digunakan. 1. Saya membasuh rambut dua hari sekali. 2. Saya mencuci rambut dua kali sehari.Makna21.07.2013
Ayat yang betul: "Ayah mencuci kereta" atau "Ayah membasuh kereta" yang betul?Kedua-dua ayat yang dikemukakan adalah betul dan boleh digunakan.Tatabahasa19.05.2016
Apakah proses memutar kain dengan tujuan untuk mengeluarkan airnya selepas membasuh. memerah kain atau mengilas kain?Yang bersesuaian ialah memerah.Makna05.10.2010
Salam, adakah 'sebelum' dan 'selepas' merupakan kata hubung? Ayat contoh: 1. Saya membasuh tangan sebelum menjamah makanan. 2. Ayah pergi bekerja selepas bersarapan. Terima kasih.'Kata selepas' dan 'sebelum' termasuk dalam kata penghubung. Jika kata tersebut digunakan dalam ayat, biasanya ayat tersebut merupakan ayat majmuk.Lain-lain16.06.2017
123

Kembali ke atas