Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.suh] | ممباسوه

Definisi : 1. membersihkan sesuatu dengan air, mencuci: membasuh kain; membasuh beras; 2. ki menjadikan tidak ada lagi (kenangan pahit, kekejian, malu, dan sebagainya), mencuci: membasuh dosa dengan meminta ampun kepada Tuhan; 3. bp memarahi dan meleteri seseorang: aku membasuh dia cukup-cukup tadi; 4. menghapuskan, menyapu bersih: membasuh orang yang antiperpaduan (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.suh] | ممباسوه

Definisi : membersihkan sesuatu dgn air; mencuci: Tiap-tiap hari Ahad, saya menolong ibu ~ kain baju. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membasuh

Puisi
 

Ada kerusi ada meja,
     Itulah tempat membasuh kaki;
Ada budi ada bahasa,
     Itulah tempat ditaruh hati.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Membasuh muka dengan air liur.

Bermaksud :

Memperbaiki sesuatu kesalahan, dengan kesalahan yang lebih besar lagi.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Membasuh najis dengan mala.Membuang keaiban (malu dan sebagainya) dengan perbuatan yang lebih aib lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Membasuh muka dengan air liur.Memperbaiki sesuatu kesalahan, dengan kesalahan yang lebih besar lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas