Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.suh] | ممباسوه

Definisi : 1. membersihkan sesuatu dengan air, mencuci: membasuh kain; membasuh beras; 2. ki menjadikan tidak ada lagi (kenangan pahit, kekejian, malu, dan sebagainya), mencuci: membasuh dosa dengan meminta ampun kepada Tuhan; 3. bp memarahi dan meleteri seseorang: aku membasuh dia cukup-cukup tadi; 4. menghapuskan, menyapu bersih: membasuh orang yang antiperpaduan (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.suh] | ممباسوه

Definisi : membersihkan sesuatu dgn air; mencuci: Tiap-tiap hari Ahad, saya menolong ibu ~ kain baju. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membasuh

Puisi
 

Ada kerusi ada meja,
     Itulah tempat membasuh kaki;
Ada budi ada bahasa,
     Itulah tempat ditaruh hati.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Membasuh muka dengan air liur.

Bermaksud :

Memperbaiki sesuatu kesalahan, dengan kesalahan yang lebih besar lagi.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
washing centretempat membasuhPentadbiran PerniagaanTiadaKawasan yang dikhaskan untuk melakukan kerja-kerja membasuh
dish washingmembasuh pinggan mangkukPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
rinsekumurPerubatanTiadaMembasuh dengan air bersih untuk menghilangkan kekotoran yang masih tinggal setelah dicuci.
rinsebilasPentadbiran PerniagaanTiadaMembasuh dengan air bersih untuk menghilangkan kekotoran yang masih tinggal setelah dicuci.
elutriatorpengelutriatKimiaTiadaAlat untuk membasuh serbuk di dalam aliran air atau udara dari bawah ke atas.
regular washbasuh biasaSosiologiTiadaKaedah membasuh menggunakan pusingan penuh.
soft washbasuh lembutSosiologiTiadaCara membasuh dengan menggunakan kaedah lembut.
cold rinsebilasan air sejukSosiologiTiadaPerihal membasuh atau membersihkan kekotoran menggunakan air sejuk.
shampoosyampuPentadbiran PerniagaanTiadaCecair bersabun untuk membasuh rambut.
dishwasherpembasuh pinggan mangkukSosiologiTiadaMesin untuk membasuh pinggan mangkuk.
123

Kembali ke atas