Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.tal.kan] | ممبطلکن

Definisi : 1. menyatakan tidak sah (berlaku lagi): Parlimen berhak ~ undangundang; 2. meniadakan, menggagalkan, mengurungkan: Amerika Syarikat ~ bantuannya kpd negara-negara yg prokomunis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.tal.kan] | ممبطلکن

Definisi : 1 menyebabkan jadi batal: Ali, cuba awak sebut perkara-perkara yg ~ puasa. 2 menyatakan tidak sah atau tidak berlaku lagi; memansuhkan: Hanya parlimen saja yg boleh ~ sesuatu undang-undang. 3 menyatakan tidak jadi diteruskan; membuat supaya tidak jadi: Amerika telah ~ bantuannya kpd negara-negara yg bermusuh dgnnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membatalkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
keadaan cuaca yang buruk menyebabkan mereka terpaksa membatalkan rancangan untuk mendaki Gunung Jerai. atau keadaan cuaca yang tidak mengizinkan menyebabkan mereka terpaksa membatalkan rancangan untuk mendaki Gunung Jerai. tuan, yang manakah ayat yang lebih sesuai digunakan. TQAyat yang lebih sesuai digunakan ialah 'Keadaan cuaca yang buruk menyebabkan mereka terpaksa membatalkan rancangan untuk mendaki Gunung Jerai.'Tatabahasa15.08.2011
1) Dia membatalkan hasratnya untuk menunaikan 'Solat Subuh' atau 'solat Subuh' di masjid. 2) Saya ingin bertanya makna 'triggered' bagi dua konteks ayat ini. "Abang ingatkan adik 'triggered' pasal Mak Long dera kita dulu" dan "Adik dah lama lupa tentang Mak Long melainkan tiba-tiba adik kena pukul balik. Tu mungkin boleh jadi PTSD adik 'triggered' semula.”
1.   Waktu solat merupakan kata nama am dan dieja dengan huruf kecil sekiranya bukan pada permulaan ayat. Contohnya solat subuh, solat zuhur, solat asar, solat maghrib dan solat isyak. 

2. Mengikut Kamus  Inggeris-Melayu Dewan, perkataan "trigger" membawa maksud "mencetuskan". Perkataan ini boleh digunakan mengikut konteks dan situasi yang sesuai, salah satunya ialah "menjadi marah".
Tatabahasa08.12.2020
Mengapa perkataan "mengkenselkan" digunakan dalam surat 'penyampaian notis niat ketua pendaftaran institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS)' dan bukannya perkataan "membatalkan"?Terima kasih atas aduan yang telah pihak tuan berikan. Perkataan yang betul ialah "membatalkan". Pihak kami akan menghantar surat teguran kepada pihak yang berkenaan. Sekian.Lain-lain04.07.2017
Pilih satu jawapan yang betul. Guru Besar terpaksa ----- persatuan seni kerana jumlah anggotanya terlalu sedikit. A membatalkan B membubarkanDalam konteks ayat tersebut, membubarkan lebih tepat kerana salah satu daripada maksud membubarkan menurut Kamus Dewan ialah menghentikan atau menamatkan sesuatu.Lain-lain28.06.2015
Salam sejahtera. Kosa kata manakah yang paling tepat dalam situasi ayat yang berikut? Ayat: Pihak sekolah akan membatalkan / membubarkan / memansuhkan peperiksaan Pendidikan Kesihatan pada tahun hadapan.Ayat yang tepat: Pihak sekolah akan memansuhkan peperiksaan Pendidikan Kesihatan pada tahun hadapan.  Makna23.11.2016
Saya semak istilah libat urus dalam Khidmat nasihat DBP dan mendapati jawapan yang diberi petugas ada yang bercanggah. Adakah kita kata jawapan terkini membatalkan yang sebelumnya?

Perkataan libat membawa maksud melibatkan, iaitu menyebabkan atau membawa seseorang atau sesuatu masuk atau turut serta dalam sesuatu perkara, usaha, kegiatan dan sebagainya. Manakala perkataan urus  bermaksud mengurus, iaitu mengendalikan atau menyelenggarakan sesuatu supaya berjalan dengan baik.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci,  sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021),  halaman 1319 dan 2484.

Makna19.04.2024
apa perbezaan antara pemansuhan dan pembatalan.Menurut Kamus Dewan Edisi keempat pemansuhan bermaksud perbuatan (tindakan dsb) me­mansuhkan, pembatalan, penghapusan; dan  pembatalan bermaksud perihal (tindakan, perbuatan, dsb) membatalkan: Oleh itu, kedua-dua perkataan ini membawa maksud yang sama.Makna10.12.2018
Tidak bolehkah menggunakan huruf hamzah seperti dalam tulisan arab? Ini kerana, untuk menunggu huruf hamzah tiga suku dimasukkan ke dalam unicode, akan mengambil masa yang agak panjang dan dapat membantutkan perkembangan tulisan jawi. Lebih-lebih lagi jenis font yang menyokong huruf jawi secara unicode yang digunakan diseluruh dunia amatlah terhad, oleh itu saya menyeru DBP agar membatalkan hasrat untuk meletakkan kedudukan hamzah pada kedudukan tiga suku. Perubahan adalah baik, tetapi perubahan kedudukan hamzah ini hanya membantutkan perkembangan tulisan jawi. Sekiranya huruf hamzah kekal pada kedudukan seperti dalam bahasa Arab, sudah tentu font biasa seperti Arial pun sudah dapat menyokong penulisan jawi. Mungkin inilah sebab mengapa tulisan jawi tidak mampu tulisan ini akan susah untuk matang seperti matangnya tulisan parsi, uighur, urdu dan lain-lain dalam sistem perkomputeran. Tidak perlu tunggu pengesahan unicode, cuma guna sahaja huruf hamzah yang sedia ada, tidak perlu dinaikkan kepada ketinggian tiga suku. Sekian.Terima kasih atas makluman dan cadangan yang tuan berikan. Maklumat yang baik ini kami salurkan kepada Bahagian Penyelidikan Bahasa, DBP untuk kemas kini buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi.Lain-lain18.12.2017
salam, yang manakah lebih tepat antara "ungkai" dengan "rungkai"Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, rungkai; merungkai bermaksud menghuraikan (simpulan tali dll), membuka (bungkusan dll).
Ungkai; mengungkai bermaksud 1. menghuraiakan simpulan tali dll, mengorak, membuka (ikatan dll). 2. membuka atau menanggalkan (baju dll), membongkar (rumah), merombak 3. menganggap (menyatakan, menyebabkan) tidak berlaku atau sah, membatalkan (perjanjian dll), memansuhkan 4. mencari-cari sesuatu untuk diselidiki, membongkar-bongkar untuik menyelidiki (memeriksa dll), menggugat perkara yang sudah-sudah. Oleh itu, untuk menentukan perkataan yang tepat bergantung pada konteks penggunaan.
Makna16.02.2012
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Apakah terjemahan yang tepat untuk "cancellation" dan "revocation" bagi ayat berikut: "The card has to be returned upon cancellation, revocation or suspension by the Bank."? Terima kasih.

Kami mencadangkan perkataan “cancel” diterjemahkan sebagai “batal”, manakala “revoke” diterjemahkan sebagai “mansuh”. Terjemahan yang sesuai bagi contoh ayat yang diberikan ialah “Kad perlu dikembalikan sekiranya pihak bank telah membatalkan, memansuhkan atau menangguhkan penggunaannya”.

Istilah12.05.2020
12

Kembali ke atas