Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.ta.si] | ممباتسي

Definisi : 1. membuat batas, memberibatas: sungai itu ~ taman; 2. mengantarai, memisahkan, menceraikan: tirai itu ~ tempat laki-laki dan perempuan; 3. mengehadkan, menyekat, merintangi: soal menambah atau ~ keturunan harus dipertimbangkan masakmasak; 4. menghuraikan, (dgn tepat) memberi definisi: ~ makna kata maujud; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.ta.si] | ممباتسي

Definisi : 1 menentukan atau menandai batas sesuatu: Ia ~ kawasan rumahnya dgn pagar berduri. 2 memisahkan antara satu dgn yg lain; mengantarai: Sungai Bernam ~ negeri Perak dgn negeri Selangor. 3 menetapkan banyaknya (jumlahnya); mengehadkan: Kerajaan telah ~ jumlah kereta yg diimport. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membatasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
leveetetambakKejuruteraanTiada1. Daik untuk membatasi sungai.,2. Tembok di sepanjang sungai.,3. Benteng yang dibina untuk menghalang pembanjiran kawasan rendah.
impeded drainagesaliran terhalangPertanianTiadaKeadaan yang membatasi pergerakan air dalam tanah disebabkan oleh pengaruh graviti.
prorationproratanKejuruteraanPetroleumSistem yang digunakan untuk membatasi kuantiti petroleum yang boleh dikeluarkan dari telaga atau medan minyak dalam jangka masa tertentu. Sistem ini biasanya dibuat oleh pemerintah negeri atau persekutuan melalui perjanjian yang ditandatangani dengan pengendali yang terlibat dalam pengeluaran telaga atau medan minyak berkenaan.
governorpengawal imbangKejuruteraanPetroleumPeranti yang digunakan untuk membatasi atau mengawal laju enjin. Pengendaliannya dilakukan dengan cara mengawal atau mengatur perbekalan bahan bakar kepada enjin berdasarkan kepada keperluan atau permintaan kuasa yang dikehendaki.
design constraintkekangan reka bentukLandskapTiadaFaktor yang membatasi suatu reka bentuk seperti saiz ruang, bahan, faktor fizikal, dan sebagainya yang menjadi penghalang kepada kewujudan reka bentuk yang ideal.
budget constraintkonstren belanjawanSosiologiTiadaKendala atau pembatas yang membatasi sesuatu belanjawan.
figurat e poempuisi bentukKesusasteraanPuisiPuisi yang sangat membatasi penggunaan bahasa. Puisi ini mengutamakan bentuk yang menimbulkan kekuatan kesan visual. Contohnya, puisi "Gakgakgak" karya A. Ghafar Ibrahim dan puisi "Traged i Winka & Sihka " karya Sutardji Chalzoum Bachri.
trap-door faultsesar perangkap-pintuGeologiTiadaSesar lengkung yang membatasi bongkah dan terengsel di sepanjang satu tepi.
class boundarysempadan kelasMatematikTiadaTitik, garis atau lengkungan yang membatasi satu kelas dengan kelas yang lain.
class boundarysempadan kelasPerubatanTiadaTitik, garis atau lengkungan yang membatasi satu kelas dengan kelas yang lain.
12

Kembali ke atas