Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.wa] | ممباوا

Definisi : 1. mengangkat sesuatu sambil bergerak ke suatu tempat lain, mengangkut, memikul, mendukung, menjunjung: pakaian yg dibawanya hanya yg lekat di badan; 2. memimpin (mengiringi dsb) seseorang lain pergi ke sesuatu tempat: ~ anak ke sekolah; 3. mendatangkan, mengakibatkan, menyebabkan: masa tiga tahun belumlah ~ perubahan sebanyak itu; buangkanlah apa yg ada pd kita yg ~ kpd rosaknya agama Islam; kereta api yg ~ maut; 4. melibatkan, memasukkan (dlm sesuatu perkara): janganlah dibawa-bawa orang tua saya dlm perkara ini; 5. hingga, sampai: pakaian itu berharga antara lima puluh ~ ke tujuh puluh ringgit;dr petang ~ ke malam hari, tak putus-putus orang datang melawat; 6. bp memandu kenderaan; ~ adat = ~ bulan haid, datang bulan; ~ alamat memberi alamat, menandakan; ~ aturan sendiri bp menurut kesukaan sendiri; ~ berat mengandung, hamil; ~ diri a) mengembara, melarikan diri; b) menyesuaikan diri (dgn keadaan): ia dapat ~ diri di mana-mana; ~ duduk menjemput duduk; ~ gelak mengakibatkan orang tertawa; ~ halnya mengembara mencari penghidupan; ~ hati a) mencurahkan isi hati; b) = ~ masuk hati menjadikan kecil hati; c) berasa kecewa (kerana kegagalan cinta dll), merajuk; ~ hidup merantau mencari penghidupan; ~ iman beriman kpd Allah dgn memeluk agama Islam; ~ kacau mengakibatkan kacau; ~ kakinya pergi tidak tentu hala; ~ ke air membawa anak mandi; ~ lari melarikan; ~ makna mengandungi sesuatu maksud; ~ malu memalukan; ~ mati a) menyebabkan mati; b) membawa sampai ke kubur; ~ mulut a) datang hanya utk bercakap-cakap dan makan-makan; b) menceritakan hal seseorang kpd orang lain; ~ nasib pergi mencari penghidupan; ~ nyawa menyelamatkan diri; ~ perut datang utk makan sahaja; ~ salah salah faham (mengerti); ~ singgah menyilakan singgah; ~ soal mengemukakan soal; ~ tempurung meminta sedekah; ~ untung a) mendatangkan untung; b) pergi mencari penghidupan; dibawa arus hanyut; dibawa ke muka pengadilan dihadapkan ke mahkamah utk perbicaraan; dibawa ke tengah dikemukakan kpd pihak-pihak tertentu yg boleh mengambil tindakan ke atas sesuatu yg dikemukakan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.wa] | ممباوا

Definisi : 1 memegang sesuatu sambil berjalan; memegang sesuatu dr suatu tempat ke suatu tempat yg lain: Tiap-tiap hari, saya ~ bekal ke sekolah. 2 mengajak pergi bersama; memimpin atau mengiring utk menunjukkan jalan: Pd hari Ahad yg lalu, saya ~ adik saya bersiar-siar di Taman Tasik Perdana. 3 menyebabkan berlakunya sesuatu; mengakibatkan; mendatangkan: Usaha ini akan ~ kesenangan kpd kita. 4 menarik atau melibatkan (dlm sesuatu perkara, urusan dsb): Kamu jangan ~ namaku dlm urusan ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membawa

Puisi
 

Saya ke darat ke Pulau Lidi,
     Buah padi pisang jeranang;
Jangan diharap membawa diri,
     Hendak membawa hati tak senang.


Lihat selanjutnya...(58)
Peribahasa

Baik membawa resmi padi,
     daripada membawa resmi lalang.

Bermaksud :

Tidak sombong; rendah diri.

 

Lihat selanjutnya...(33)


Video

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.kedaidbp.my/cms/articles.php?lng=en&pg=346www.Kedaidbp.my - Puisi Bermontaj - Koleksi Puisi Bermontaj Jilid7buku antologi puisi Sajak-sajak Melayu Pilihan Abad ke-20 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kebanyakan karya merupakan karya yang ditulis sekitar tahun 1960-an hingga tahun 1970-an yang membawa tema kemanusiaan, nasionalisme dan patriotisme. Koleksi ini mengandungi teks, montaj, audio deklamasi dan muzik. Memuatkan 10 buah puisi karya penyair terkenal tanah air, iaitu J. M. Aziz, Firdaus Abdullah, Shamsuddin Highlighter.aspx?DocId=37&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksvideo&HitCount=1&hits=1c0+
http://www.kedaidbp.my/cms/articles.php?lng=en&pg=344www.Kedaidbp.my - Puisi Bermontaj - Koleksi Puisi Bermontaj Jilid5buku antologi puisi Sajak-sajak Melayu Pilihan Abad ke-20 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kebanyakan karya merupakan karya yang ditulis sekitar tahun 1960-an hingga tahun 1970-an yang membawa tema kemanusiaan, nasionalisme dan patriotisme. Koleksi ini mengandungi teks, montaj, audio deklamasi dan muzik. Memuatkan 10 buah puisi karya penyair terkenal tanah air, iaitu J. M. Aziz, Firdaus Abdullah, Shamsuddin Highlighter.aspx?DocId=35&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksvideo&HitCount=1&hits=1c6+
http://www.kedaidbp.my/cms/news.php?lng=enwww.Kedaidbp.my - Beritaini merupakan judul sampingan tetapi merupakan permulaan Hikayat Syah Mardan. Judul ini berkaitan dengan Liga Raksasa yang bakal muncul hampir di setiap jilid komik Hikayat Syah Mardan. Komik sampingan ini membawa pembaca melihat permulaan satu tragedi sebelum kelahiran Raja Syah Mardan yang bakal menjadi penyelamat kepada gugusan Kepulauan Nusantara. “Barongan” berkisarkan tentang Laksamana Barongan yang cuba merampas takhta daripada Raja Semanta Highlighter.aspx?DocId=5&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksvideo&HitCount=1&hits=2a5+

Kembali ke atas