Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membawa ke

Puisi
 

Hujan di hulu hujan di hilir,
     Hujan di Teming membawa rintik;
Pandang ke bahu pandang ke leher,
     Pandang ke kening membawa cantik.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Pergi ke telaga terlupa membawa timba,
     timba yang dicari dapat yang tiada bertali.

Bermaksud :

Jalan-jalan mendapat keuntungan ada, tetapi kerana lalai maka keuntungan itu hilang begitu saja.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, apakah perbezaan bagi "membawa ke" dan "membawa kepada"? Terima kasih."Membawa ke" bermaksud membawa ke sesuatu tempat atau arah, manakala "membawa kepada" membawa sesuatu untuk diberikan kepada seseorang/organisasi dan lain-lain selain arah dan tempat.Tatabahasa16.11.2011
Salam, ada perkataan lain untuk maksud perkataan Mengenengahkan ( ketengah ) trima kasih.

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, mengetengahkan bermaksud membawa ke tengah atau menampilkan ke muka, mengenengahkan bermasuk menjadikan tengah.

Tatabahasa14.01.2010
Assalamualaikum tuan. Adakah perkataan tunda yang merujuk kepada waktu dan tarikh semesti membawa ke hadapan? Bolehkah kita gunakan perkataan tunda itu untuk tarikh yang tukarkan ke belakang? Contohnya tarikh 2 Ogos ditunda ke tarikh 1 Ogos. Sekian terima kasihLazimnya tunda/menunda pelaksanaan sesuatu ke hadapan. Jika ke belakang lazimnya kita menyebut diawalkan, seperti pelaksanaan majlis ramah mesra diawalkan dari 2 Ogos kepada 1 Ogos.Tatabahasa30.07.2012
tuan 1. para penonton bersorak apabila watak badut diketengahkan di atas pentas.(kesalahan diketengahkan, tetapi saya merujuk kamus dewan, diketengahkan bermaksud membawa ke tengah: ~ perahu, mengapa salah pula?) 2.Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis perkahwinan ini. 3.Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan berserilah majlis perkahwinan ini. (tuan, apakah perbezaan antara soalan 2 dengan 3, bagaimanakah saya terangkan kepada pelajar soalan 2 adalah salah dan soaaln 3 adalah betul.) terima kasih tuan

1. Para penonton bersorak apabila watak badut diketengahkan di atas pentas. - ayat ini betul, diketengahkan dalam ayat ini bermaksud ditampilkan ke hadapan atau ditonjolkan (bukan dibawa ke tengah).

2. Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis perkahwinan ini. 3. Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan berserilah majlis perkahwinan ini. Kedua-dua ayat ini betul kerana menyerikan bermaksud menyemarakkan majlis, manakala berserilah bermaksud bersemaraklah majlis.

 

Tatabahasa31.03.2011
salam...tanda sempang (/), apakah kedudukan perkataan sebelum dan selepasnya? contoh: ibu membawa adik/abang ke kedai atau ibu membawa adik / abang ke kedai atau ibu membawa adik/ abang ke kedaiTidak perlu dijarakkan seperti ibu membawa adik/abang ke kedai. Ejaan14.09.2011
adakah kedua-dua ayat ini betul? a. ibu membawa beg hijau pergi ke kedai. b. ibu pergi ke kedai membawa beg hijau. terima kasihKedua-dua ayat ini ibu membawa beg hijau pergi ke kedai; dan ibu pergi ke kedai membawa beg hijau betul.Tatabahasa14.10.2014
oleh itu betul ke oleh sebab itu betul? merasakan keperitan betul ke? ke berasa keperitan?

Frasa 'oleh itu' dan 'oleh sebab itu' kedua-duanya betul. Kata keperitan sahaja sudah membawa maksud rasa/peri hal perit, maka tidak perlu lagi berasa keperitan.

Tatabahasa22.03.2011
Membawa bekal atau Membawa bekalan? Contoh ayat: Dia pun membawa bekalan seperti kita." Aisyah melihat ke arah meja ang bersebelahan dengan meja mereka.Membawa bekalan. Lihat www.prpm.dbp.gov.my dan lihat perbezaan makna antara kata bekal dan bekalan dan begitu juga dengan kata-kata yang lain.Tatabahasa05.10.2011
Boleh ke guna membawa'nya' sebab setahu saya 'nya' hanya boleh digunakan untuk manusia. Perlu tambah 'ke' sebelum pusat kitar semula sebab sudah ada 'ke' sebelum tempat pelupusan sampah? Mereka terlalu malas untuk menanam sampah sarap apatah lagi membawanya ke tempat pelupusan sampah atau ke pusat kitar semula.

Ayat yang betul ialah Mereka terlalu malas untuk menanam sampah sarap apatah lagi membawa sampah tersebut ke tempat pelupusan sampah atau ke pusat kitar semula. Kata sendi ke perlu diulang bagi menunjukkan tempat atau arah seperti yang diterangkan dalam Tatabahasa Dewan halaman 267.

Tatabahasa11.07.2014
Bagaimanakah membezakan perkataan "menyangkut" dan "menyangkutkan" ? Adakah perbezaannya seperti ayat di bawah: a)Ali menyangkut baju. b)Ali menyangkutkan baju pada dinding.

Saudara,

Perkataan menyangkut/menyangkutkan daripada perkataan 'sangkut' bermaksud  1 terletak pd sesuatu dgn berkait; bergantung: Baju­nya ~ pd paku di dinding bilik tidurnya. 2 ada kaitan atau hubungan (dgn): ~ dgn perkara itu, mereka akan mengadakan mesyuarat khas. bersangkutan 1 ber­sangkut banyak-banyak atau banyak yg bersangkut (bkn pakaian dll). 2 bersangkut dgn (bkn hubungan atau kaitan); ada pertaliannya atau ada hubungannya antara satu dgn yg lain; bertalian. menyangkut 1 melekat pd sesuatu (kawat pd kawat, kain pd duri dsb) kerana berkait. 2 memasukkan atau membawa ke dlm sesuatu per­­kara (urusan dsb); melibatkan. me­nyangkutkan meletakkan se­suatu pd kait; menggantungkan; meng­gayutkan: Dia ~ bekalannya pd dahan pohon jambu. tersangkut 1 terlekat pd sesuatu; ter­paut; tergantung: Layang-layangnya ~ pd dahan pokok. 2 tidak dpt bergerak atau tidak dpt keluar dgn lancar; terhenti: Kerana air bah, kami ~ di Temerloh. 3 turut terlibat dlm sesuatu perkara: Dia ~ juga dlm perompakan itu. sangkutan 1 tempat menyangkutkan sesuatu. 2 apa-apa yg mengganggu atau yg menghalang; rintangan. persangkut­an hal, keadaan dsb bersangkut atau ber­sangkutan; pertalian; perhubungan. penyangkutan perihal, perbuatan dsb menyangkut atau menyangkutkan. penyangkut alat yg digunakan utk me­nyangkutkan sesuatu.

Daripada makna di atas, kata menyangkut  digunakan dalam konteks melekat pada sesuatu. Contoh kawat menyangkut pada kawat yang lain, manakala kata menyangkutkan  pula digunakan dalam konteks meletakkan sesuatu   pada sesuatu. Contoh, Ali menyangkutkan bajunya pada dinding.

Tatabahasa25.08.2010
12345678910...

Kembali ke atas