Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membawa ke

Puisi
 

Hujan di hulu hujan di hilir,
     Hujan di Teming membawa rintik;
Pandang ke bahu pandang ke leher,
     Pandang ke kening membawa cantik.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Pergi ke telaga terlupa membawa timba,
     timba yang dicari dapat yang tiada bertali.

Bermaksud :

Jalan-jalan mendapat keuntungan ada, tetapi kerana lalai maka keuntungan itu hilang begitu saja.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Membeli selasih dari pekan, Hendak membawa ke negeri China; Kerana kasih di tangan orang, Makan tak lalu tidur tak lena.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kata adat membawa fiil, Fiil mulia pegangan umat; Lupa adat manusia jahil, Jahil membawa ke jalan sesat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Ke mana lagi membawa ketupat, Orang ke hulu membawa emping; Ke mana lagi hamba menepat, Orang kurindu sudah berpaling.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Hujan di hulu hujan di hilir, Hujan di Teming membawa rintik; Pandang ke bahu pandang ke leher, Pandang ke kening membawa cantik.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Saya ke darat ke Pulau Lidi, Buah padi pisang jeranang; Jangan diharap membawa diri, Hendak membawa hati tak senang.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Sayang ke barat Pulau Peringgi, Buah padi buah jeranang; Saya melarat membawa diri, Sebab membawa hati tak senang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Naik ke darat membawa pelita, Gelang emas hendak dicari; Sudah kudapat bertentang mata, Barulah puas rasanya hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalaulah cukup membawa bekal, Ke mana berjalan tiada gelisah; Kalaulah hidup sempurna akal, Di mana berkawan hatinya rendah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Diam-diam naik ke sampan, Membawa jala berserta jaring; Dalam diam adik doakan, Semoga kakanda tidak berpaling.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Patah galah mudik ke Jelai, Membawa Cik Hassan dengan Cik Husin; Apalah salah kita bercerai, Sabit belacan makan dek kucing.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
12345

Kembali ke atas