Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.yar] | ممباير

Definisi : 1. memberi wang utk harga barang yg diterima (utk menyelesaikan hutang, sbg upah kpd seseorang, dll): ~ gaji; ~ hutang; ~ bil elektrik; 2. menunaikan (janji, kaul, dll): ~ niat; 3. membalas (kebaikan dll): ~ budi; ~ ansur membayar sedikit-sedikit; ~ derau membalas budi (pertolongan beramai-ramai); ~ di belakang membayar sesudah menerima barang dll; ~ di muka membayar sebelum menerima barang dll; ~ hajat = ~ kaul = ~ nazar = ~ niat melepaskan (menunaikan) hajat (kaul dll); ~ kontan Id = ~ tunai membayar pd ketika menerima barang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.yar] | ممباير

Definisi : 1 memberikan wang utk harga barang yg dibeli (menjelaskan hutang dsb): Salmah ~ harga kopi dan gula kpd Pak Kadir, yg empunya kedai runcit itu. 2 melakukan sesuatu utk memenuhi janji dsb; menunaikan nazar (niat): ~ niat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membayar

Puisi
 

Hari ini hari Selasa,
     Hari besok hari Arbaª;
Mudah-mudahan terlepas seksa,
     Segeralah membayar segala qadaª.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Menggali lubang,
     menutup lubang.

Bermaksud :

Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Tutup lubang, gali lubang).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin tanya samada frasa ini betul atau salah: Abu membayar harga kepada penjual itu atau Abu membayar wang kepada penjual itu. Harap tuan dapat membalas saya terima kasihMaksud "membayar" ialah memberi wang untuk harga barang yang diterima (untuk menyelesaikan hutang, sebagai upah kepada seseorang, dan lain-lain): Membayar gaji; Membayar hutang; membayar bil elektrik.
Ayat "Abu membayar harga kepada penjual itu" tidak betul.  Ayat "Abu membayar wang kepada penjual itu" juga tidak tepat.  Ayat yang sesuai ialah: Abu membayar makanan yang dibelinya di kaunter bayaran.
Lain-lain25.05.2017
Dia membayar wang selepas mengambil makanan itu. Adakah frasa kerja "membayar wang" itu betul? atau membayar harga makanan yang dibeli? TQDia membayar makanan yang dibeli. (Betul)
membayar (Kamus Dewan Edisi Keempat)-  memberi wang utk harga barang yg diterima (utk menyelesaikan hutang, sbg upah kpd seseorang, dll): ~ gaji; ~ hutang; ~ bil elektrik

Contoh lain;
Dia membayar sewa rumah.
Tatabahasa04.09.2012
Ingin tanya penggunaan kata 'membayar'... Adakah 'membayar harga' betul penggunaannya?Jawapan: Frasa tersebut betul.Tatabahasa12.03.2015
Manakah yang betul? membayar bil makanan / membayar bil ( situasi di restoran)Kedua-duanya betul, namun 'membayar bil makanan' lebih menjelaskan situasi tersebut.Tatabahasa01.02.2012
"...membayar pampasan berkenaan dengan kerosakan harta benda..." adakah perkataan "berkenaan dengan" dalam ayat diatas jatuh dibawah kesalahan kategori frasa kerja tak transitif?Frasa "berkenaan dengan" adalah betul.Tatabahasa01.11.2013
ibu membayar harga ikan. betul atau salah?terima kasih.Jawapan: Ayat tersebut betul.Tatabahasa26.08.2014
Adakah ayat-ayat berikut betul ? (1)Aril beratur di kaunter pembayaran untuk membayar harga buku-buku yang dibelinya. (2)Aril beratur di kaunter pembayaran untuk membayar buku-buku yang dibelinya. (3)Aril beratur di kaunter pembayaran untuk membuat bayaran.Ayat yang betula ialah "Arif beratur di kaunter pembayaran untuk membayar buku-buku yang dibelinya.Tatabahasa24.07.2014
Salam sejahtera. Kegunaan "bukan"dan "tidak". Mana satu betul? Pak Ahmad bukan mampu membayar yuran sekolah cucunya. Pak Ahmad tidak mampu membayar yuran sekolah cucunya. Terima kasih.

 

Kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi tidak ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Walau bagaimanapun kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat, contohnya seperti dalam ayat yang diberikan: 1. Dia bukan cantik tetapi pandai bergaya.



 

Ayat yang betul ialah "Pak Ahmad tidak mampu membayar yuran sekolah cucunya.







 

Tatabahasa18.04.2013
Merujuk kepada soalan saya pada 24/7/2014 , Ayat yang betul ialah "Arif beratur di kaunter pembayaran untuk membayar buku-buku yang dibelinya. Merujuk kepada soalan saya pada 29/7/2014, ayat yang betul ialah Arif membayar harga bunga di kaunter pembayaran. Saya sangat keliru sama ada perkataan 'harga' perlu hadir di hadapan barang yang dibeli (di sini buku dan bunga) atau tidak.Ayat yang betul ialah "Arif beratur di kaunter pembayaran untuk membayar buku-buku yang dibelinya", membayar ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek, iaitu "buku". Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa01.09.2014
Berapa bulan saya perlu membayar yuran? Berapa bulan yang perlu saya bayar yuran? Yang manakah betul?Ayat yang betul ialah “Berapa bulan saya perlu membayar yuran?”Tatabahasa10.10.2023
123456

Kembali ke atas