Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.yar] | ممباير

Definisi : 1. memberi wang utk harga barang yg diterima (utk menyelesaikan hutang, sbg upah kpd seseorang, dll): ~ gaji; ~ hutang; ~ bil elektrik; 2. menunaikan (janji, kaul, dll): ~ niat; 3. membalas (kebaikan dll): ~ budi; ~ ansur membayar sedikit-sedikit; ~ derau membalas budi (pertolongan beramai-ramai); ~ di belakang membayar sesudah menerima barang dll; ~ di muka membayar sebelum menerima barang dll; ~ hajat = ~ kaul = ~ nazar = ~ niat melepaskan (menunaikan) hajat (kaul dll); ~ kontan Id = ~ tunai membayar pd ketika menerima barang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.yar] | ممباير

Definisi : 1 memberikan wang utk harga barang yg dibeli (menjelaskan hutang dsb): Salmah ~ harga kopi dan gula kpd Pak Kadir, yg empunya kedai runcit itu. 2 melakukan sesuatu utk memenuhi janji dsb; menunaikan nazar (niat): ~ niat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membayar

Puisi
 

Hari ini hari Selasa,
     Hari besok hari Arbaª;
Mudah-mudahan terlepas seksa,
     Segeralah membayar segala qadaª.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Menggali lubang,
     menutup lubang.

Bermaksud :

Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Tutup lubang, gali lubang).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SYARIKAT KEWANGAN

Syarikat kewangan ialah firma yang

meminjamkan wang kepada orang yang berjanji

untuk membayar balik pinjaman itu berserta faedah

dalam tempoh yang tertentu. Peminjam mungkin

diperlukan memberi jaminan bahawa mereka akan

membayar pinjaman itu, seperti lien bagi gaji

mereka atau milik peribadi (lihat Lien).

UMUM 
NOTA JANJI

Nota janji ialah janji tidak bersyarat serta tak

boleh mansuh yang dibuat secara bertulis untuk

membayar sejumlah wang tertentu apabila dituntut

ataupun pada waktu yang telah ditetapkan kepada

orang yang dinamakan. Nota janji biasanya berupa

janji hendak membayar balik wang yang telah

dipinjamkan untuk tujuan perniagaan. Jumlah yang

harus dibayar balik itu biasanya lebih besar

daripada jumlah yang dipinjam. Perbezaannya ialah

faedah bagi pinjaman tersebut. Orang yang

menandatangani nota tersebut dikenali sebagai

pembuat . Orang yang akan dibuat bayaran

kepadanya dikenali sebagai penerima . Tarikh

apabila bayaran itu perlu dibuat dikenali sebagai

tarikh tebus .

UMUM 
KEBANKRAPAN

Kebankrapan ialah proses undang-undang

yang dikenakan ke atas seseorang yang tidak dapat

membayar hutang. Aset penghutang, atau bankrap,

diagihkan antara pemberi kredit berdasarkan

jumlah hutang yang ditanggung oleh penghutang.

UMUM 
DRAF

Draf merupakan perintah bertulis yang dibuat

oleh satu pihak untuk mengarahkan pihak kedua

untuk membayar sejumlah wang yang ditentukan

kepada pihak ketiga.

UMUM 
SEWA BELI

Sewa beli ialah satu kaedah pembelian secara

hutang. Kedai yang menjual barangan secara sewa

beli selalunya menghendaki pembeli membayar

sebahagian daripada harga barangan pada masa ia

dijual. Pembeli kemudiannya akan membuat

beberapa kali bayaran yang sama banyaknya

seperti yang dinyatakan, sehingga bayaran

dilunaskan sepenuhnya. Bayaran ini dikenali

sebagai bayaran tertunda dan tempoh masa

pembayarannya boleh dilanjutkan.

UMUM 
ALAT BOLEH NIAGA

Alat boleh niaga, merujuk kepada jenis

pertukaran undang-undang atau dokumen sama

ada secara perjanjian atau arahan untuk membayar

wang. Alat boleh niaga digunakan sebagai

keterangan keterhutangan atau gantian kepada

wang yang boleh dipindahkan daripada seseorang

kepada seseorang.

UMUM 
SEKAT MASUK KERJA

Sekat masuk kerja berlaku apabila seseorang

majikan menutup kilangnya untuk mengelakkan

pekerja daripada bekerja. Majikan menggunakan

senjata ekonomi dengan menghentikan kerja dan

tidak membayar upah supaya pekerja menerima

syarat kerja atau upah tertentu. Tindakan ini,

seperti juga mogok, merupakan senjata ekonomi

yang digunakan dalam pertikaian buruh. Namun

begitu, sekat masuk kerja berbeza daripada

mogok kerana mogok ialah pemberhentian kerja

yang dimulakan oleh pekerja untuk memaksa

majikan supaya memenuhi tuntutan tertentu.

UMUM 
PERSATUAN SEKERJA

Persatuan sekerja di Zaman Pertengahan ialah

persatuan orang yang mempunyai minat yang

sama, atau terlibat dalam tugas yang sama. Mereka

menubuhkan pertubuhan-pertubuhan amal,

keagamaan, dan sosial. Ahli persatuan keagamaan

membayar wang untuk tabung bersama. Ahli yang

memerlukan pertolongan disebabkan sakit atau

untuk kegunaan masa tua menerima bantuan yang

dikenali sebagai sedekah. Persatuan ini

mengadakan upacara mass (upacara orang yang

beragama Katolik) untuk ahli yang meninggal

dunia. Pada tahun 1500-an, aktiviti persatuan

keagamaan ini disekat di England.

UMUM 
MORATORIUM

Moratorium ialah penangguhan sah untuk

pembayaran hutang atau tanggungjawab

kewangan. Ia dicapai melalui dekri perundangan

atau eksekutif. Moratorium melambatkan tindakan

undang-undang terhadap hutang dan tidak

melepaskan penghutang daripada tanggungjawab

untuk membayar tetapi sekadar menangguhkan

tarikh hutang yang perlu dibayar.

UMUM 
PASAR RAYA

Pasar raya ialah gedung besar menjual barang

makanan dan pelbagai produk lain. Pelanggan

pasar raya memilih sendiri barang yang diperlukan

dan membayar di kaunter pembayaran. Pasar raya

berbeza daripada kedai runcit terutamanya dari

segi nilai jualan. Sesetengah pasar raya berbentuk

kedai bebas, tetapi kebanyakannya membentuk

cawangan yang dikenali sebagai rangkaian (lihat

Rantaian).

UMUM 
123

Kembali ke atas